Wednesday, January 12, 2011

Komen kepada: Aku Anak Bumi Adat

Entry asal:

Duduk dekat berpelasaran,
Dekat rumah dekat kampung,
Sehalaman sepermainan,
Seperigi sepermandian,
Segayung sepergiliran,
Sejamban setepian,
Muafakat tak berubah,
Rahsia tak bertukar,
Ibarat labu menjalar ke hulu,
Ibarat kundur menjalar ke hilir,
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama diambil,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama di renangi.


Salam Khairul,



Ke sini sama di itu,
Ke sana sama di ini,
Tanah sekangkang dah naik lalang
Rumah pun dah nak tumbang

Mana pergi anak muda?
Mana pergi orang tua?

Semuanya sibuk ke kedai kopi
Atau lepak di CC
Sapa yang pedulik?
Anak negori yang rumahnya tak bernasik?

Mana si cilaka undang perut luak?
Yang peranannya hanya sebagai tok lawak?
Katakanlah aku kurang ajar
Akan ku katakan kamu semua mangkuk benar...

Aku tak bangga jadi anak negori
Kalau yang tinggal hanyalah puisi


14 comments:

  1. hahaha!!tu pasal aku post perbilangan ni kerana zaman sekarang cuma tinggal puisi saja..yg lain-lain dah pupus dan hilang ditelan zaman..pembesar cuma pentingkan kuasa dan nama saja..kita cuma ada puisi ni je laa..tapi aku suka perbilangan ni kerana ianya kisah persahabatan dan persaudaraan..

    ReplyDelete
  2. puisi...

    eh puisi utk aku xde ke? hahaha

    ReplyDelete
  3. ada kak ching:

    toing-toing boing-boing
    goes the pen and the ink.
    i wonder where are?
    where else,
    if not somewhere bizzare

    get it?

    ReplyDelete
  4. hari jumaat besday yamtuan. semoga raja yang celaka akan terus dicelakakan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. marah btol kau, scuba..siap 2 kali ko post..huhu..gua x campur

    in general, semoga pemerintah sesebuah negeri ambil berat tentang kesusahan rakyatnya sbb skrg org semakin x peduli.masing2 sibuk isi perut sendiri

    ReplyDelete
  7. wuu terharu...

    err ade apekah dengan raja itu?

    yg ikhlas,
    katak bawah tempurung.

    ReplyDelete
  8. agaknya keturunan diorang ni lupa yang diorang ni penaung rakyat.

    Bukan rakyat yang payung mereka.

    sebab rakyat sibuk memayungi kubur

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete