Monday, February 7, 2011

komen kepada: Untuk yang dah berkahwin!





Entry asal:

Soalan suka-suka... Tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia atau yang tengah tenat atau yang sihat walafiat atau dan atau lagi... hehe... .
Soalan saya adalah :


Baca soalan kat sini...

Salam Cik EikaSyaza,

Sebagai seorang yang baru bernikahwin, saya rasa terpanggil nak menjawab soalan-soalan cik. Walaupun saya taknampak ke mana perginya soalan-soalan ini, tapi saya layan jelah sebab cik selalu blogwalk kat blog saya dan cik ada banner dari suffer8zine blog, yakni musuh zine saya zaman dulukala...

i) Kami prefer dok umah sendiri. Dari sejak SPM pun isteri dan saya memang jenis manusia yang independent. Dan Alhamdulillah, sebelum berkahwin lagi kami dah sediakan peralatan isik rumah kami tu dan mula hidup bersama sejak dah halal. Kami tak terpikir nak dok sekali dengan mak bapak sebab memang takde dalam kamus kami ni perkataan tu. Kami pun tak pernah terpikir nak berbuat demikian...

ii) Kalau ditanya apa kesukaan, tentulah yang besar-besar. Kami lebih suka MPV dari SUV. Kami aim nakkan Exora tapi tunggulah yang turbo dah keluar dan di review oleh Motor Trader dulu. Kami takmau menyesal macam masa saya beli Kelisa dulu. BAru seminggu pakai Kelisa, Myvi pun announce nak keluar. Betulbetul rasa cam sial.

iii) Masa berdua dulu, kami dapati gayahidup makan kat rumah tak berapa kos-efektif. Sejak dah beranak satu, kami masak masa hujung minggu atau bila ada tetamu. Sejak kelahiran anak ketiga ni ajer frekuensi masak kat rumah tu semakin meningkat. Kami tak plan, tapi dia jadi sendiri. Kalau nak menjawab soalan cik, jawapannya kami selalu makan kat luar. Tapau ajer. Buat panggilan, lepas tu masa on the way balik ke rumah lepas ambik anak-anak, kami ambiklah makanan sekali.

iv) Kami bukan wayang-go'ers. Kami pun bukan kaki movie sangat. Sejak dah ada anak ni, susah nak layan movie. Tak sempat nak fokus, dah terpaksa menangkap anak pertama kami yang suka main tangga. Kami pun tak berapa menggalakkan hal tengok wayang ni. Tapi kena expose jugak. Nantiklah bila bebudak ni dah besar nantik.

v) Rapat. Hubungan kekeluargaan kena jaga, lebihlebih lagi lepas kahwin. Kalau dulu balik umah tengok makbapak tu sekadar perlu, kini kena jadikan rutin dan ada jadual waktu. Takmaulah anak-anak ni tak kenal wan, tak kenal Pak usu. Bagus untuk anak-anak dan kami juga.

Series saya masih blank dengan ke mana perginya soalan cik ni. Adakah sekadar nak lengkapkan frekuensi update minima 2 minggu sekali, jer?

8 comments:

  1. en.tukang komen... thanks ye sudi jawab...sebenarnye kan, sy just suka2 and disamping tu nak tau, adakah org lain pon mcam sy jugak..i mean yg dah berkahwin la.. memang kebanyakan jawapan adalah hampir sama.. suka dok rumah sendiri, suka mpv@suv dan lain-lain lah.. hehe.. then, saya xla buat entry ni untuk lengkapkan frekuensi update minima 2 minggu sekali je sebab saya jenis suka update bila ada yang nak diceritakan @ ingin bertanya.. Thanks again....... (^_~)

    p/s : disebabkan anda best, sila tgk pertambahan follower... muahaha

    ReplyDelete
  2. great reply!

    And thanks for frequently visiting my blogs!

    ReplyDelete
  3. no prob... And Blogwalking is best!!! hehe

    ReplyDelete
  4. ye ke? tang mana aku dah mengubah tu?

    BTW, kau kena tag, der...bila nak buat?

    hehehe

    ReplyDelete