Tuesday, November 23, 2010

Komen kepada: Lahir Dari Jauh Lubuk Hati

Epikla gambar ni...

Blog asal:

Hidup aku penuh dengan liku. Kejap naik, kejap lagi jatuh. Kejap dipuncak, kejap lagi terperosok ke bawah. Apa yang aku impikan, hampir semuanya tak dapat ditunaikan lagi. Apa yang aku dapat, tidak semua yang aku nak, dan apa yang aku nak tidak semua yang aku dapat. Tapi, sebelum Malaikat Izrael datang menjemput...



(puas aku cari artikel ni balik. Dahla takde widget untuk rakib lama, bila search pulak, jumpa. Tapi bila klik pegi artikel mana ntah. Tuan tanah kena check benda-benda ni. Potong stim weiii. Anyway, aku taruk jer la link dia kat sini)

read more...

Aku anggap blog ini ialah sesuatu yang lahir dari lubuk hati KAU. Jika benar, maka dalam itu hati ada lubuk. Itu lubuk duduk dalam satu paya. Itu paya namanya payabesarpedas.

Sebagai seorang payabesarpedas, kau patut bergembira kerana kau banyak kali berpeluang menggembirakan hati orang lain. Kau pun cakap kau akan suka kalau orang pun suka. Dan akibat dari jalan ini ialah rasa keseorangan. Namun, kau paham bahawa keseorangan dapat diatasi jika kita simpan memori perjalanan ini (dan selalu bermuhasabah). Yelah, sapa lagi nak borak ngan kita pasal kita selain kita sendiri? Inilah jalan yang kau pilih.
Kau juga patut bergembira kerana kau ada kampung. Kalau kampung kau tak best, kau boleh datang payabesarpedas. Lagi tak best. Maka kau akan rasa kampung kau best semula. Kau juga ada adik beradik dan azam kau pun ialah kesatuan dan kemajuan. Bahkan kau juga ada impian mengarut sebagai pengingat bahwa kau hanyalah seorang Melayu Malaysia. Kau seperti dah tau mana nak pegi dan apa nak buat selepas ni.

Dan kau juga tau bahwa apa orang nak kata pasal impian kau tu takkan mengubah apa-apa sebab itulah hakikat diri kau. Dan semua ni bermakna satu jer:

Ekau pomaleh! Lengah main intenetttt yo lam bilik tu, tak koluar-koluar. Dah! Moh kito poei ngoca kek sungai. Dapek yo buek laok malam kang.

Monday, November 22, 2010

komen kepada: Untuk si cantik dalam dan luar

Entry asal:

Rachel,
saya minta maaf. Saya nak awak tahu yang saya walaupun panas baran, tapi dengan awak panas saya tak pernah lebih 24 jam. Paling lama pun bila nak tidur mesti ingat awak. Jangan lah merajuk lama lama. Kesian dekat saya. Nak makan choki choki pun tak lalu. Awak, saya sebenarnya nak nyanyi lagu dekat awak. Tapi memandangkan karakteristik suara saya yang agak menggerunkan, saya batalkan niat saya. Tetapi saya ada tulis dekat sini saya nak nyanyi apa, bayangkan saya nyanyi ya.

"Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit"

saya nak tengok awak senyum lagi lah.


read from start



Salam Zoul,

Aku suka nama blog ni. Aku minat dengan gambar header tu. Dan aku nyaris-nyaris menangis sebab membaca entry kau yang ini. Sungguh hipnotik dan gempak. Mungkin kerana aku suka penulisan sebegini. Atau kerana kaffein dalam nescafe kaw yang aku minum tadi mula bertindakbalas, aku tak pedulik. Yang pentingnya, entry ini penuh inspirasi. Pada aku.

Plot entry ini simple ajer, nak blame kan sifat panas baran kau sebab kau tersalah cakap kat Rachel haritu. Dan kalau boleh, kau nak kapel balik dengan Rachel sebab dia lawa.

Setiap perenggan PADAT dengan selok belok linguistik yang menekankan ISIK dalam perenggan tersebut. Ayat kau seolah mengalir umpama ia didengari secara lisan. Sebuah artikel akan jadi sebegini jika ia ditulis dengan emosi yang berpandu.

Kisah seseorang yang berazam, kemudian menyaksikan azam tersebut dihancurkan oleh dirinya sendiri adalah sinonim dalam dunia orang yang suka berazam. Dan dalam hal kapelhud, azam yang kita buat demi sebuah perhubungan itu, lagilah diuji dengan lebihdahsyat lagi.

Kerana tanpa ujian dan susah payah, manusia jarang dapat rasai nikmat MENGHARGAI sesuatu itu. Contohnya sebuah kereta yang kita miliki dengan mudah, kurang kita hargai daripada sebuah motor yang kita beli hasil dari duit simpanan kita. Begitu jugalah dengan perhubungan. Sekiranya perkahwinan itu tiada mujadahnya, maka tiada pihak yang akan mempertahankannya bila rumahtangga di landa gelora kelak.

Kau akhiri dengan pantun (atau gurindam) yang aku rasa sungguh touching. Tapi kau pun sudah tentu tahu, nak memenangi hati seorang manusia lain (dapat lak yang bernama perempuan), kita perlukan lebih dari sebuah entry dalam blog. Ayat power hanyalah membuka pintu. Setelah pintu terbuka, kita patut ada strategi apa nak buat dalam rumah supaya bila pintu tertutup kali akan datang, kita berada di dalam. Takdelah kitorang sumer kena baca lagi entry sebegini...Kahkahkah...Kipidap.

Thursday, November 18, 2010

Komen-komen bebas


Dua tiga menjak ni, aku agak sibuk. Namun itu tak menghalang dari skuad cakna blog ini dari terus menge-save-page dan mencari mangsa-mangsa terbaru untuk dikomen. Malangnya, walau hampir seminggu menyemakkan pen drive dengan isik blog orang, tukang komen masih tak berjumpa dengan blog yang membakar jiwanya untuk mengomen....Dan keboringan itu datang melanda semula.
Berboring secara berjemaah akan menunjukkan kebodohan

Sungguhpun begitu, ada juga tukang komen tinggalkan sepatah dua kata di blog-blog berkenaan. Namun, komen tukang komen di sana masih belum cukup memadai untuk dijadikan entry dalam blog ini. Oleh yang demikian, tukang komen akan menunjukkan beberapa komen yang tukang komen dah buat, tapi belum matang nak dikira sebagai entry dalam blog ini:

1. Akibat menyumpah tak tentu pasal (http://aidawahablovefun.blogspot.com)






2. roh sudah hilang.. (http://kulupsakah.blogspot.com)

3. Hamlet (2000) (http://sorrow-graphic-novel.blogspot.com)



Ada banyak lagi komen aku melayang ke dunia cyber, kena entah siapa. Tapi aku harapkan dunia blogosphere akan lebih mencabar pada minggu akan datang.
Kalau tidak, terpaksa lah aku mengomen blogshop atau resepi kek coklat orang
...Come on guys! Bring it on!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...