Showing posts with label Mengarut 101. Show all posts
Showing posts with label Mengarut 101. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Dah lama rasanya tak mengomen blog-blog

Les critiques

Sejak masuknya fasa ketiga ni, gua dah semakin kurang mengomen blog-blog orang. Itu bukan bermakna gua dah tak blogwalk. Gua masih melakukan aktiviti tersebut, cuma gua lebih kepada memfollow blog-blog yang pernah menjadi mangsa kepada blog ini (sila skroll ke bawah sekali ke label "blog-blog Mangsa").

Dan dewasa ini, gua dapati, blog-blog mangsa-mangsa gua semakin dewasa dan hebat. Tulisan, design, artwork dan point of view mereka juga semakin berkembang dan matang. Tengok jerlah Sarkasis, Terfaktab Dan 100 penulis. Diorang dah pandai mengasimilasikan point yang diorang nak sampaikan dengan isu terkini dalam gaya penyampaian santai tetapi menyengat. Gua salute bebudak ni semua. Bebudak zaman sekarang pun bila part mengutuk, sama ada akan secara tak hengat punya atau lebih kepada sarkastik. Dah takde guna generic terms yang tak berpa tepat tembakannya kadang-kadang. Atau berpantun-pantun macam orang sebelum kita...

Apapun, perkembangan social networking, mudahnya nak akses internet serta gayatnya kita kat Malaysia ni dalam hal mengaplod sesuatu ke internet, semakin menghangatkan lagi industri blogging dan sosial. Blogger kampung pun dah tau nak konekkan blog mereka kepada akaun twitter, FB dan tahapa-hapa lagi ntah sampaikan kita kena berhati-hati bila bercakap dengan orang di jalanan takut muka kita endup kat internet. Semuanya benar-benar terletak dihujung jari hinggakan si suami kalau nak suruh bini bukak pintu bilik pun terpaksa tweet dulu baru bukak. Takyah ketuk pintu lagi dah.

Keadaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih matang dalam menyampaikan mesej serta berkomunikasi. Keadaan ini juga sepatutnya membuatkan kita lebih matang dalam menangani konflik atau perbezaan yang wujud dek pertembungan budaya, fikiran atau falsafah antara kita. Keadaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih cultured, matured dan open kepada perubahan dan bukanlah takut kepadanya.

Diharapkan agar semua ini akan membawa kepada perkembangan yang lebih positif kepada negara dan masyarakat kita. Supaya setiap komponen didalamnya sentiasa berusaha ke arah kemajuan dan pada masa yang sama selalu ingat bahawa kita bukanlah bersaing sesama kita. 

Dan yang paling penting, diharapkan agar kita ini lebih fokus kepada angin yang menyebabkan pokok bergoyang, daripada dok leka bergaduh pasal sapa yang patut sapu daun yang berguguran atau arah mana pokok tu bergoyang selepas ini.



Thursday, February 10, 2011

Mengarut 101 (Kerja sekolah 1st dari Cikgu Kaching)



"Saya dah lama nak tanya benda ni sebenarnya, tapi sebab saya tak mau cikgu ingat saya ni berfikiran cetek, jadi saya pendamkan ajer selama ni" kata Cikgu Badrul sambil memandang kepada longgokan baju di atas meja Cikgu Kaching. Mentang-mentanglah cikgu kelas jahitan dan memasak. Sibbaik dia tak sepah-sepahkan kuali atau nasi goreng kampung kat atas meja ni.

"Apa dia, tanyalah" jawab Cikgu Kaching sambil buat bambi-eyes (>_<). Cikgu Badrul langsung tak mempedulikan pandangan Cikgu Kaching itu kerana di kepalanya sibuk memikirkan benda lain. Cikgu Kaching tetap dalam pose cutenya.

"Kaching tu, apa?" tanya CIkgu Badrul sambil buat keningnya macam blank-blank.

"Hoooooh...huhu..Itu bunyi duit syiling. Kalau rapper ada nama macam Lil' Bow-Wow, Yeepeeya-yeay atau MC SplishSploshSplash, guru pun ada juga pen-name dier..." jawab Cikgu Kaching masih memaintainkan mata cutenya. Cikgu Badrul mengangkat pandangannya dan memandang tepat ke dalam mata Cikgu Kaching.

"Lagi satu, takkan first day kembali, dah kasi assignment?" kata Cikgu Badrul. Berderau darah Cikgu Kaching tersentak dek eye-contact yang ketiba-tibaan itu dan terus tersedar dari aksi yang seakan-akan model cosplaynya tadi. Beliau tak menyangka Cikgu Badrul akan tanya soalan kedua yang takde kena mengena dengan soalan pertama.

"Sukatilah. Itukan kelas kita" jawab Cikgu Kaching. Beliau berpaling dan mula menyusun-nyusun baju bajan di atas mejanya. Nampak sangat beliau mahu Cikgu Badrul bertanya lagi macam scene dalam sebuah movie masa heroin merajuk.

"Takde ar. Saja tanya nak tunjuk saya ni perasan dengan perkembangan budakbudak kelas tingkatan satu..."

Cikgu Badrul ialah guru subjek khas untuk murid Tingkatan Lima di MRSM tu. Subjek beliau menyediakan para murid untuk dunia selepas SPM di luar sana yang mencabar dan tanpa sempadan. Lagipun, para pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan sains politik kalau ada jam kredit kelas ni. Cikgu Badrul mengajar subjek tersebut di kelas 1 Mawar pun sebab menggantikan Cikgu Kaching yang bercuti. Orang kata Cikgu Kaching bersalin. Sibuk buat side income rupanya. Ke, profesion mengajar ni, yang side income kepada Cikgu Kaching? Cikgu Badrul menggeleng-gelengkan kepalanya yang cuba lari dari topik.

"Oh, ye ke? Hehe" kata Cikgu Kaching pula.
"OK jugak tajuk assignment yang cikgu kasi, tu. Saya pun terpikir nak huraikan benda yang sama jugak..."kata Cikgu Badrul.

Kening Cikgu Kaching pulak yang bercantum setelah mendengar remark dari Cikgu Badrul tadi.



xxxxxxxxxxxxxxxx

Wednesday, February 9, 2011

Mengarut 101 (semalam ada kelas)



"Cikgu-Cikgu!" teriak murid pompuan tu kat aku.
"Ye, cik adik, apa yang cikgu boleh bantu? Nak daftar masuk Kelab Komputer, ker?" lawak bodohku di pagi Rabu yang sungguh mengantukul-lazi.


"Semalam takde kelas Mengarut 101, ker?" tanyanya. Aku buat muka pelik. Aku semak salinan artikel yang murid Kelas 1 Mawar dah hantar kat aku: DarkHalf punya, Along Tapa punya...Aik? Cikgu Kak Ching pun ada? Mana Chirpy dan Eszol punya, ni? Mehmet budak form five, so dia memang tak termasuk dalam ini assignment...


"Eh? Ada, la...cuba gi ke kelas Cikgu Kak Ching..." jawabku selamba.

Murid pompuan tu buat muka terkejut dan berlari ke kawanan murid-murid lain. Kemudian kawanan itu berdengung-dengung malah ada yang terlompat-lompat dalam keterujaan. Kemudian mereka berlari ke arah Bilik Guru. Nak check shawl atau baju baru yang Cikgu Kakching bawak la tu...


Tuesday, February 1, 2011

Mengarut 101 (kelas ditangguhkan)




Kelas hari ini ditangguhkan sebab Cikgu Badrul selsema. Dia pesan sila hantar artikel yang dia suruh hari tu dan cakap boleh tiru DarkHalf dan Along Tapa punya.


Sebagai panduan, Cikgu Badrul kongsikan beberapa contoh sibmission dari abang-abang dan kakak-kakak kamu dari Upper Six.



------------------


Entry 1: Kenapa Kerajaan kena tukar komputer desktop ke laptop

Peranan kerajaan pimpinan PM kita Najib Razak yang lebih cenderung kepada internet dan tweeter telah menambah kepada penembusan industri tersebut ke dalam masyarakat di Malaysia. Kalau dulu makcik kat pasar mini hujung kampung tu tak tahu pun amendernya mouse, sekarang dia dah boleh 'like'-'like' kedai sayur yang dia suka. Kalau dulu bebudak sekolah sekadar chatting dan cari point nak melancap, sekarang mereka dah boleh cari duit dengan buat laman lucah sendiri dan blogwalkkan URl dia pakai tiny URL sial.
Akibat dari ini, agensi kerajaan kenalah memantau aktiviti ini dengan menukarkan komputer-komputer desktop lama yang dah cabuk kat pejabat kerajaan tu kepada laptop.

Yang paling aula, setiap saat dalam waktu pejabat mestilah dihabiskan dengan berfikir atau berbincang benda yang berkaitan dengan hal kepejabatan saja demi menjamin keberkatan rezki yang disuap nanti. Ini mustahak.

Laptop memudahkan pergerakan penjawat awam di dalam lanskap ofis yang semakin mencabar. Kertas-kertas permohonan yang berlambak sejak zaman Badawi sampai sekarang tak beraet lagi. Ada borang yang dah tak bergambar atau gambar yang dah tak bernombor IC. Susah nak melangkah-langkah timbunan borang dan fail zaman dinosor. Nak buang takleh. Nak kemaskini, dah 3-4 orang budak pektikel yang sakit jiwa cuba menyusunnya. Alamat dibiarkan jelah berlambak cam dalam pejabat MARA tu.

Lagi masa berbincang tu, takdelah kosong datang dengan air liur. Masa kita berhujah menyokong atau membangkang dalam meeting, kita terus wifikan ajer slide yang mengandungi graf kajian empirikal kita yang membuktikan bahawa kitalah betul dan mereka ni semua dah salah dan telah menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar setahun.

Kita blututkan ajer kepada laptop mereka yang perlukan data dan fakta kita ni untuk membantu kengkawan lain buat kerja dia pulak. Benda ni tak dapat dibuat dengan desktop. Desktop harap bawak pendrive kulu kiley. Nak loading pendrive jer setengah minit. Bukak folder gambar awek. Double klik powerpoint ada virus. Cam sial. Buang masa semua ni.

Sebagai penamat, aku sokong dengan proposal agar kerajaan kena tukar komputer cabuk dalam jabatan diorang tu kepada laptop. Sekian.



-----------




Entry 2: Kenapa Kerajaan kena tukar komputer desktop ke laptop

Dari sudut ekonominya, kerajaan lebih dari mampu untuk memperuntukkan sejumlah dana untuk proses pertukaran komputer di jabatan dan agensinya kepada laptop. Apa yang menariknya ialah apa faedahnya kepada kerajaan sekiranya kerajaan berbuat demikian?

Dengan melakukan pertukaran ini, ia akan menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menuju ke arah masyarakat berpendapatan tinggi. Orang pakai laptop nampak lebih berpendapatan daripada orang yang sekadar main dekstop kat rumah. Ini penting sebab nak buktikan bahawa kerajaan bukan fliaflop. Lagipun kalau pakai laptop ni nampak series dan sibuk dan orang tak berani nak berhujah kalau takde fakta atau bukti dalam .jpeg atau .3gp yang lengkap. KAsi goyang blogger pembangkang.

Melakukan pertukaran juga bermakna kita boleh meletakkan peranti yang akan menyalurkan segala data dan maklumat rahsia kepada kita. Disamping kita bagi tender kat kroni kita, kalau kita kalah PRU nantik pun, kita dah taruk bug dalam alat kerajaan dan kita akan tau apa yang mereka sedang lakukan dari bilik rahsia kita. Tanpa susah payah. Lagipun, kita kena tamatkan kontrak dan tender kroni kaum yang sebelum ni dan aku boleh guna alasan sebab dah ramai bebudak ofis aku yang merungut komputer diorang slow masa loading youtube.

Tambahan pula, kita dah tersedak dengan kes pemberian laptop kepada pelajar. Takkan kita suruh bebudak pakai laptop tapi kerani pejabat kita masih pakai komputer monochrome? Patutnya bila ada PC, memudahkan dan meng efisienkan kerja. Ni tunggu lampu knight rider windows habis loading pun setengah jam. Dah tu asyik short sebab cicak dan lipas gemar melepak dalam casing CPU tu. Semua benda ni tak jadi hal kalau pakai laptop. Mudah. Datang keja bukak laci, on laptop. Cucuk kabel dan hantar email dan report. Dah siap. Takdelah nak kena printla, stapler la, folder la. Buang kertas jer sumer tu.

Maka di sini ditekankan bahawa kerajaan memang patut menukarkan komputer kat jabatan mereka kepada laptop. Sila hubungi abang saya sebab dia supplier laptop. Boleh kawtim punya.


-------

Entry 3  Why Malaysian Government should change their desktops to portables

The world is changing. The way we look and manage change are also changing. To have control means to have information readily accessible at the tip of our fingers. To succeed further means to be able to manipulate it to fit our means before the information got distorted or wasted and deemed irrelevant. As such, the government, above all must be on top of these changes, especially those going on in the socitey it manages. And everybody is talking about updating their status in FB before going out on a dinner with their friends, lately. Or posting a hate-filled article about their feeling towards something. Even when we meet, we don't talk or see each other in the eye. We're too busy texting or updating our status via the free wifi available somewhere here.

Being a civil servant doesn't mean one only sits behind a desk and do paper work from eight to five. Or walk around a cubicle, air-conditioned by a poorly maintained 2-horse-power motor. They need to move around and involve in discussions and decisions rather than mundanely trying to find the key for the symbol $ on their keyboard. They need to readily have the data and points for the next discussion and cut the process of decision making to fulfill the needs of the rakyat urgently. A desktop computer is always the excuse they were late for meetings. They had the darn graphs but it got stucked inside the printer. Thus the decision for the bantuan for that poor rakyat was delayed. Besides, Pengarah won't be available to release the cheques since he's gone for the see-and-why, anyway.

The managers in the governmental agency could easily trace a servant's KPI through a laptop. Since everything has made electronic, one could easily trace whether a civil servant has done a good job or not by the end of the year. This way, we could ease down the yearly reviewing process and focus more on the next item which usually the case after the review.

The servant's knowledge about computer will also increase by exposing them to laptops. They'll know about wifi, bluetooth, looking for available networks and pornographic sites or cool blogs like aderberani.blogspot.com. Their kids can't kencing them anymore abut spending hours infront of a laptop without coming out from their rooms. What the heck am I rambling about?

A scientific research on the heat emission in an office done by the University Tenaga Nasional, Bangi recently revealed than by using laptops, the heat amount in the studied region reduces by 45% compared to the use of desktops. This was later attributed by the effectiveness of heat dissipation from the CPU fan from that of a laptop are more efficient than that of a desktop. This study fueled anger and riots among desktop manufacturers across the globe with global protest against the official release of the study into the academic world. Nonetheless, laptops usage in governmental agencies in modern countries like Japan and America are getting a widespread welcome especially the Obama story which once reported to have 'ruled the world via an Ipad' when he was stucked at an airport.

We can further strengthen our relationship with Apco and getting the damn Zionist's trust by giving them the contracts to manage all this shit. They love all this monitoring stuff. They create the frame work. We see if it's work. If it does, we take over. If it doesn't, our cronies could earn their living by maintaining the lappy's, anyway...

So there are many ways the kerajaan can benefit by changing the komputer cabuk to laptops.



Entry 4

I'mma gonna be brief. I dunno what's the point of writting such an article but since it's the first asignment, I'mma gonna spill a few short ones.

Switching to laptops taps the consciousness of the civil servants who took working for the government for granted. Owning a laptop symbolizes responsibility and accountability instead of just switching the CPU off without even bother logging in it off properly, while blaming the darn viruses for loss of data and the report they supposed to submit this morning. The civil servants will start taking paperworks and Microsoft Words seriously and will begin taking typing classes and enroll in report writting seminars.

When there's a steady demand for laptops in Malaysia, lappy manufacturer will want to make an assembly plant in Malaysia. They will help the government to clear up whats'left of the jungle in the outskirts of Selangor to turn it into a so called Silicon Valley like they did with the Sun Solar in Melaka. Many rakyat will gain from this factories by working in them. Banglas and Indons who left the construction industries could also work here and this reduce the number of jenayah in the Malaysia. We can go on explore the ripple effect of promoting laptop usage in the government agencies but I think we better stop here.

Sigh.
-------------



Entry 5

Dream on, suckers! You guys are stoned!



Setakat itu saja contoh yang lulus untuk disiarkan sebagai panduan kepada murid-murid kelas 1 Mawar. Semoga murid-murid jaga makan limau mandarin dan kurangkan minum minuman bersoda.


Selamat Bercuti!

Friday, January 28, 2011

Mengarut 101 (kerja sekolah dah siap? 2)

baca dari mula...

Aku kembali ke kelas 1 Mawar untuk ambik buku-buku yang aku tinggalkan kat atas meja guru tadi. Saja aku buat camtu. Tak buat camtu kang, alamat sampai tengahari lah aku dok berborak dengan Tuan Haji. Di sebalik songkok lusuh dan rupa dia yang macam orang tua yang ortodoks tu, Tuan Haji ni OK sebenarnya. Cuma bila time dia bersajak tu yang tak tahan....

Bebudak tengah tekun menaip. Sampaikan tak perasan aku tengah berdiri kat belakang diorang (aku masuk ikut pintu belakang). Hairan. Bersungguh-sungguh benar bebudak ni menaip. Senyap lak tu. Lagi senyap daripada time aku ada dalam kelas. Nampaknya, bolehlah aku selalu keluar, camni...


"Kusyuk benor nampoknyer, yob?"
usik aku pada seorang budak pompuan. Budak pompuan tu mengcover skrin laptopnya tak kasi aku baca.

"Ek Elleh, kang saya baca jugak..."
kataku tak heran. Aku pura-pura cuba membaca taipannya.

"Janganlaa cikgu, belum siap. Kalau cikgu tengok benda in-progress, finished product tu nampak tak kick nantik"
kata budak tu. AKu akui hujahnya. Aku tegakkan badan, silang tangan kat belakang dan berjalan ke arah meja guru. Ada lagi 5 minit sebelum waktu aku tamat dan sesi persekolahan untuk minggu ini juga berakhir.

"Baiklah, tinggal lagi 5 minit. Siap ke tak siap, sila publish kan post tu. Saya akan review malam nanti"
kataku sambil menyusun buku. Kedengaran beberapa orang murid merungut.


"Kenapa berdengung-dengung kat belakang tu? Bunyi cam langau je?"
kataku cuba menghiburkan hati mereka. Tak elok kalau berpisah dengan murid-murid untuk hujung minggu dalam keadaan yang tak baik. Kena kasi penutup yang indah dan ceria agar mereka tak sabar nak tunggu Isnin.

"Kami tak cukup masa,lah cikgu..."
kata beberapa orang dari mereka. Dari pintu belakang, aku perasan si eszol dan Ju_on baru kembali dari kelas sebelah. Bateri henpon dah kong dok main twit-twit la tu.
Diorang yang tengah leka berborak, menyembunyikan diri setelah terperasan aku ada berdiri kat depan ni. AKu tak endahkan mereka.

"Ada sesapa yang dah siap?"
tanyaku. Semua orang senyap. OK. Kalau camtu...


"Baiklah. Sebelum berpisah, cikgu nak kongsikan 1 berita buruk dan 1 berita baik"
kataku. Buku dan laptop dah aku kepit di celah ketiakku. Kalau aku tak berubah style, mau kematu bawah ketiak aku ni dek kepanasan bateri laptop yang menekan ke ketiak.

"Berita buruknya ialah artikel yang kamu tulis ini akan mempengaruhi laporan saya mengenai kamu sepanjang saya mengambil alih tugas Cikgu Kaching"
. Aku pause. Aku ushar muka sensorang. Muridmurid semua berdengung kembali dan bercakap-cakap sesama mereka dengan muka yang risau...

"Berita baiknya ialah, cikgu akan review 1st round artikel kamu malam ni. Sepanjang hujung minggu ni, sila check entry kamu tu dan perbaiki segala apa yang cikgu komen. Kemudian, bila dah puas hati, kamu post balik entry tu sebagai entry yang baru. Tajuk sama tapi ada perkataan (modified) dalam kurungan. Paham?"


Kringgggggg!!!!

Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan untuk minggu ini. Bebudak semua dah bermuka cemas.


"Paham tak ni?"
tanyaku sekali lagi.

"Pahammmmmmmm, cikguuuuuu"
jawab bebudak tu dalam nada tak ikhlas sebab nak balik.
Aku keluar dari kelas.





selamat hujung minggu.
Jangan lupa tulis entry tu.

Mengarut 101 (Kerja sekolah dah siap?)


"Salam Satu Malaysia, cikgu!" tempik budak tu.


"Salam Satu Malaysia, cikgu!" sahut budakbudak yang lain. Kengkadang aku pun ikut sama bertempik. Aku meletakkan bembarangku di atas meja guru. Aku memangku sebelah punggungku di atas meja sambil menghadap ke arah wajah-wajah berseriseri dan bercahaya yang sedang menganga tertanya-tanya apakah sambungan kuliah Mengarut 101 sempena nak hujung minggu, ni?

Aku perhatikan matamata mereka. Stone ke, apa?


"Yang kamu semua ternganga tu kenapa?" tanyaku memecah buntu. Muridmurid semua seolah-olah ter snap dari lamunan mereka dan ketawa sambil menggaru kepala.


"Dah. Cikgu nak, kamu semua keluarkan laptop masing-masing" arahku kepada mereka sebagai memulakan kelasku hari ini. Aku nak cepat. Ada meeting dengan Tuan Haji. Katanya nak bincang pasal projek Kelab Komputer aku tu. Takper. Aku kasi setel bebudak ni dulu. Lepas setel ni kang, aku run ke atas jumpa Tuan Haji. Wayar laptop jangan lupa. Haritu tak sempat habis presentation bateri dah kong. Hikhikhik...

Kelihatan darkhalf angkat tangan.


"Dark?"


"Cikgu-cikgu, kenapa cikgu sengih sorang-sorang?" tanya Dark blank-blank cina. Ada dua tiga orang budak pompuan speki ketawa kecil.


"Eh, Kantoi ke?" coverku selamber. Muridmurid satu kelas ketawa jaga hati kepada lawak aku yang tak jadi.
Mee Sup daging mouse, anyone?


"Baiklah. Dah keluarkan laptop kamu semua?" tanyaku kembali kepada mereka. Eszol pulak angkat tangan. Hishhhh. Walaupun aku respek dengan adab tatsusila mengangkat tangan mereka ni, tapi kalau dah kejap angkat tangan, kejap angkat tangan, tak lenguh ke aku menjawab? Bila nak abis, camni?

"eszol?"

"Cikgucikgu, kenaper orang suka taruk status update yang tahapahapa dalam fesbuk? Kenapa trend pelat speller semakin berleluasa dewasa ini? Hingga meleret ke kalangan blogger?" tanya eszol panjang lebar. Banyak persoalan yang sedang bermain dalam kepala hotak budak ni rupanya. Patutlah dia nampak runsing dan kelihatan memblogwalkingkan link entry homophobic aku kat blog aku sendiri haritu. Dua tiga orang lagi angkat tangan:


"Nantik cikgu jawab, eszol. Sementara tu, kamu semua bukak balik kelas terakhir kita dan check bahagian bawah entry yang berfont biru tu. Sementara tu, kamu?" aku memuncung ke arah Cik Chirpy.


"Cikgu, kenapa orang sekarang suka mengawan dan suka membuang?" tanya Cik Chirpy dalam posing series. Selalu dia cam ceria tapi harini nampak cam series. Nampak lebih korporat dan seksi pulak camni. Dahlah ada sebut keyword 'mengawan'.
Menciap-ciap cam anak ayam.
ByeBye to pengundi hantu.
Hi-Hi to pengundi ayam


"Aperrr lah kamu semua, ni? Amender dah jadi ni?" tanyaku sambil buat muka tertanya-tanya pada mereka.


"Amender mender?" tanya Ju On yang baru pulang dari kelas sebelah. Kelihatan dia duduk di tempatnya dan mengeluarkan carjer nak cas blekberi nya. Tu sebab dia duduk dekat dengan lubang plag.


"Takder mender mender, der. Kamu dah baca ke belom perenggan berfont biru dalam entry tu, tu?" tanyaku kepada seluruh kelas. Semua murid kelihatan bertungkus lumus mencari entry yang dimaksudkan. Rasa macam pernah baca, tapi tak pasti yang berapa haribulan. Ahhh..tekan jer lah ikut label yang belah kanan tu. Klik kat 'Mengarut 101'.


Muridmurid kelihatan tergamam. Ada yang menepuk dahi. Ada yang buat muka baru teringat. Ju On dan eszol dah lari ke kelas sebelah.


"Kamu dah siapkan artikel 3 sebab kenapa komputer cabuk kat jabatan kerajaan perlu ditukar kepada laptop yang cikgu suruh hari tu? Kan harini kita nak bincang?" tanyaku pada mereka. Makin menganga-lah mereka.
Semua terperanjat bila dengar kena hantar harini jugak

"Takper-takper. Cikgu kasi chan untuk kamu siapkan artikel tu. Cikgu nak kamu buat entry dalam blog kamu dengan tajuk yang sama. Tak banyak. 3 sebab ajer. Kamu boleh bagi apa saja sebab kamu. Hantar di akhir kelas harini" kataku selamber.

Semua murid tak percaya dengan arahanku. DarkHalf angkat tangan. cam biaser.


"Cikgu-cikgu, kalau laptop tu tukar dengan Ipad boleh tak?" tanya Dark.


"Dah-dah-dah. No more questions. Saya mahu kamu semua buat karangan dan hantar pada saya sebelum kamu balik nanti. Bincang takper tapi jangan meniru, OK?"


Sorang lagi angkat tangan.


"Fontong? Kenapa kamu ter highbeam-highbeam, tu?"


"Cikgu-Cikgu, kenapa kita takleh nampak oksigen?"


"Dah-Dah-Dah! Korang ni tak abes-abes mengarut. Cikgu dah lambat nak jumpa pengetua kamu, ni. Siapkan artikel yang cikgu suruh tu. Hari Isnin kita bincang....Cikgu akan datang balik ambik entry kamu selepas meeting ini"
Hanya Tukang Karut saja yang dibenarkan Mengarut


Kelas bersambung lagi pada petang nantik...

Tuesday, January 25, 2011

Mengarut 101 (Happy, Emo dan Stick to The Plan)


"Salam satu Malaysia, Cikgu!" 


"Salam satu Malaysia, Cikgu!" jawab muridmurid yang lain. Mereka kelihatan eager nak belajar harini. Semuanya memandang tepat ke muka Cikgu Badrul. Tapi Cikgu Badrul pulak yang bermuka jem. Sebaik semua murid melabuhkan punggung mereka di kerusi masingmasing, Dark Half yang masih berdiri mengangkat tangan.


"Dark?" kata Cikgu Badrul.


"Kenapa cikgu muka monyokkkk jer?" tanya Dark.


"Takde. Cikgu OK. Cuma cikgu ada satu berita yang tak berapa OK bagi cikgu, tak taulah ia OK ke idak pada kamu semua" jawab Cikgu Badrul. Kening Cikgu Badrul berkerut. Dia memandang ke lantai.

Kelihatan hampir seluruh kelas mengangkat tangan. Termasuk Cikgu Gedek yang kebetulan melintasi pintu kelas. Cikgu Badrul mengangkat pandangannya ke semua. Dia melirik ke arah seorang murid perempuan.


"Cik Chirpy?" kata Cikgu Badrul pada budak tu. Cik Chirpy terus bangun dan berpaling ke belakang. Apa tabiat la budak sorang ni...


"Apa dia berita tu?" tanya Cik Chirpy.


"Cikgu asal kelas kamu; Cikgu KaChing akan kembali dari cuti bersalinnya pada bulan Februari nanti" mula Cikgu Badrul. Dia berenti sejenak memerhatikan reaksi muridmurid kelas 1 Mawar terhadap berita tersebut.

Kelihatan budakbudak pompuan happy dengan berita itu. Mereka berpandangan sesama mereka seolah tak sabar dengan kepulangan Cik Kaching. Maklumlah, Cikgu Kaching ni ada blogshop jual baju pompuan. Kelihatan juga ada yang terlompat-lompat dalam keterujaan. Dalam suasana happy dek berita baik itu, kelihatan podeh3 mengangkat tangannya.


"Ye?" kata Cikgu Badrul sambil memandang kepada podeh3.
"Adakah ini juga bermakna Cikgu Badrul tak datang kelas ni lagi? Cikgu kan, guru kelas Form five?" tanya podeh3. Budak pompuan yang dok terlompat-lompat tadi berenti melompat. Kesemua mereka memandang ke arah Cikgu Badrul yang dah duduk di belakang meja guru.


"Betul" jawab Cikgu Badrul.
"...dan itulah yang membuatkan cikgu monyok" sambung Cikgu Badrul lagi. Seluruh kelas tibatiba senyap macam malaikat maut baru lalu.


"Ini bermakna cikgu dah tak mengajar kelas kamu lagi. Secara peribadinya, walaupun cikgu masih baru lagi mengajar di kelas kamu, cikgu ada rasa 'sayang' lebih sikit dengan kamu semua, berbanding kepada abang-abang atau kakak-kakak kamu di form five tu" terang Cikgu Badrul.

Barulah muridmurid paham kenapa muka Cikgu Badrul monyok je sejak masuk kelas tadi. Ada setengah guru kat maktab ni yang specialized mengajar certain subject ajer. Cam Cikgu Badrul. Kalau bukan sebab Cikgu KaChing bersalin haritu, takkan aderlah Cikgu BAdrul nak jejak kelas budak tingkatan satu ni. Budakbudak Form Five kelas dia pun dah tak menang tangan...

Kelas dilanda suasana yang emo. Cikgu Badrul perati jer air muka bebudak tu sumer. Semasing muka down jer. Yang dah mula mengesat air mata pun ada. Cikgu Badrul menyambung lagi:


"Cikgu tak tau lah kamu semua suka ke tidak dengan cikgu. Mungkin cikgu jer yang perasan" 


"Kami pun suka dengan cikguuuu!" kata sekumpulan budak perempuan speki di belah kiri kelas. Katakata mereka di iya kan oleh sekumpulan besar murid lain kelas 1 Mawar. Cikgu Badrul terharu dengan reaksi yang ditunjukkan oleh bebudak tu sumer. Si Dark Half tengah menangis teresak-esak.


"Dark? Kamu kenapa? Kenapa kamu menangis?" tanya Cikgu Badrul.
" Emo itu sangat Terindah " jawab Dark.

Hampir seluruh kelas jugaklah ketawa dalam kesedihan dengan remark dari Dark yang blankblank lawak tu. Eszol membalingkan segumpal kertas ke arah Dark Half. Melantun gumpalan kertas tu setelah terkena bahu.


"Tapi sebab cikgu dah jangka ini akan berlaku, maka cikgu dah buat satu plan dan Alhamdulillah, plan itu diterima oleh Tuan Haji Marhaen. Tapi untuk menjayakannya, cikgu perlukan bantuan kamu semua" kata Cikgu BAdrul. wajahnya berubah kepada ceria. Semua murid pause sekejap dari sedihsedih nak dengar apa bantuan yang Cikgu BAdrul nak mintak tu.


"Cikgu nak tubuhkan Kelab Komputer kat maktab kita ni, dan cikgu nak kamu semua jadi ahli jawatankuasa pioneernya. Dengan cara ini, walaupun cikgu bukan lagi guru kelas kamu, kita masih boleh menyambung pengkajian kita dalam Subjek Mengarut 101..."

Muridmurid kelihatan tercengang. Yang melompat-melompat tadi mula melompat-lompat balik. Diorang ni memang kaki pogo agaknya. Yang speki pulak berpelukan dalam keterujaan. Kelihatan Dark Half membaling kembali gumpalan kertas kat eszol. Mana Ju_On?


"Mana Ju_On?" tanya Cikgu Badrul.


"Ntah? Dia suka melepak layan twitter dengan budak kelas sebelah. Mungkin dia kat sana kot?" jawab Eszol.


"Nantik awak tolong pesan pada dia kita ada meeting pertama Kelab kita ni pada Jumaat ni, OK?" kata Cikgu Badrul pada Eszol.


"Insya Allah, cikgu" jawab eszol berkobar-kobar. Tangtangtuu jugak Dark Half nak berlari keluar pergi ke kelas sebelah. Cikgu Badrul menahan Dark Half.


"Rilek. Takper. Bagitau masa dia kembali ke kelas nantik" kata Cikgu BAdrul. Dark Half kembali tenang dan duduk.


"Baiklah, sebagai persediaan kelab kita tu, cikgu nak mintak pendapat kamu, walaupun cikgu dah tau apa jawapannya. Kamu nak komputer desktop ke, komputer riba sebagai komputer dalam kelab kita tu nantik?" tanya Cikgu BAdrul.


"Laptopppppppp" jawab muridmurid Kelas 1 Mawar serentak.

"Bagus. Untuk itu, saya mahu kamu semua buat satu karangan dan berikan 3 sebab kenapa komputer-komputer kat Jabatan-Jabatan Kerajaan mesti ditukar kepada laptop. Hantar pada hari Khamis dan pada hari Jumaat nanti kita akan bincangkan artikel-artikel kamu tu sebelum cikgu compile dan hantar sebagai attachment dalam final proposal pada Tuan Haji pada Isnin nanti. Boleh?"

"lulz" kata podeh3.


"KahKahKah. Kan dah ker-nerrrrrrr" kata Ju_On Yang baru kembali.


"Termasuk awak la sekali, Ju_On" kata Cikgu Badrul. Seluruh kelas ketawa macam ending sebuah cerita kartun Anime yang bahagia...

Friday, January 21, 2011

Mengarut 101 (Troll)




"Cikgu Bard paham kenapa kita mengadakan pertemuan ini sekarang?" mula Tuan Haji Marhaen, Pengetua MRSM Terendak, Melaka. Keadaan kelihatan tegang dan kering. Tuan Haji merenung tepat ke mata Cikgu Badrul. Cikgu Badrul terpaksa bersembunyi dibalik bayang bingkai speknya agar tidak bertentang mata.


"Kerana muridmurid saya mencarut dengan kuatnya?" cubaan lawak yang merbahaya dari Cikgu Badrul.


"Bukan itu saja, tapi juga ini" jawab Tuan Haji sambil menghempaskan helaian laporan kajian, memorandum dan surat layang yang semuanya berkaitan dengan Cikgu Badrul dan Kelas Satu Mawar. Cikgu Badrul buatbuat muka hairan sedangkan baru tiga minit tadi dia membelek semua kertas itu di depan kelas tadi. Cikgu Badrul membetulkan speknya. Dia kelihatan series.


"Baiklah. Sekarang saya sudah dapat perhatian dari Tuan Haji. Barulah boleh saya bentangkan proposal saya ni" kata Cikgu Badrul sambil memusingkan laptop yang dibawanya ke hulu ke hilir sejak mengajar di sekolah tersebut.

Tuan Haji yang sedang berkerut mengalihkan perhatiannya kepada skrin laptop yang baru dipusingkan. Misai Tuan Haji nampak bercahaya dek karen dari imej dalam laptop tu. Cikgu Badrul berdoa dalam hatinya agar Tuan Haji termakan umpan. Tapi kat luar Cikgu nampak rilek. Cool. Kita dapat detect sebab tengok paha Cikgu Badrul yang menggeletar macam ekor anjing yang excited. Hehehe.


Tibatiba Tuan Haji buat tanda dengan jari dia macam tanda satu malaysia. Ingatkan Tuan Haji sedang tuding ke arah sesuatu di siling, hinggakan Cikgu Badrul memandang ke atas.

Rupanya Tuan Haji nak tekan enter untuk ke slide seterusnya. Tuan Haji membaca slide-slide proposal dari Cikgu Badrul. Cikgu Badrul dah tak cover lagi dah. Tangan dia buat macam gaya orang kristian tengah berdoa dalam cej.

Sebentar kemudian muka Tuan Haji rilek. Dia memandang kepada Cikgu Badrul. Kemudian Tuan Haji bangun. Dia menghulurkan sebuah salam dengan tangan kanannya kepada Cikgu Badrul.


"Bagus jugak tu. Maktab kita pun takde lagi cikgu untuk kelab komputer" kata Tuan Haji Marhaen sambil memutarkan misainya. Dari lirik matanya, dia sedang mengkonspirasikan sesuatu...


"Komputer nya pun takder...?" kata Cikgu Badrul. Tuan Haji dan Cikgu Badrul kedengaran ketawa berdekah-dekah dalam bilik Pengetua.

Dah lama akak kerani depan bilik pengetua tak dengar pengetua gelak kuat-kuat camtu.

"Kali terakhir masa maktab kita johan pertandingan catur antara MRSM 3 tahun lalu. Lepas tu senyum pun takde. Asyik terkenang janderrrr jer"

Wednesday, January 19, 2011

Mengarut 101 (Mencarut)



"Bangun!" kata Mehmet tibatiba. Muridmurid semua terus senyap dan berdiri tegak. Kelihatan seorang lecturer muda masuk ke dalam bilik darjah.


"Salam Satu Malaysia, cikgu" kata Mehmet.


"Salam Satu Malaysia, cikgu" kata seluruh kelas.


Duduk. Kata cikgu ringkas. Dia meletakkan laptopnya beserta buku teks Mengarut 101 di atas meja guru. 




Muridmurid semua duduk. Mereka terus menganga menantikan apakah tajuk yang bakal diajar untuk hari ini. Ada yang taruk recorder atas meja guru. Ada yang on kan kamera yang telah ditegakkan di tengah-tengah kelas mengadap papan hitam. Ada juga yang dah ready jari kelingking kat butang 'control' dan ibu jari kat butang 'c' dan 'v' kat laptop masing-masing. Mereka memandang cikgu kelas Mengarut 101 dengan penuh minat dan tanda tanya;
Apakah topik hari ini?

------------

Itulah angan-anganku.

Sebab semua yang di atas tidak berlaku. Ini ialah kelas 1 Mawar. Kelas yang dianggotai oleh 25 orang budak baru dajahanam. Budak 13 tahun yang penuh dengan adrenalin dan perlukan deodoran. Budak yang penuh dengan pertanyaan dan semangat untuk mendapatkan jawapannya. Budakbudak yang cergas. Budakbudak yang bising. Dan mereka memekak tak kiralah sama ada aku ada atau tidak kat depan ni.

Aku perlukan sesuatu yang impact untuk menarik perhatian mereka. Masa semakin berlalu. Aku kena habiskan topik ni harini walaupun ia hanyalah side-topic dan takkan keluar dalam peksa...


Aku duduk menupang sebelah punggungku di meja guru, mengadap mereka yang sedang meraung ada, menjerit ada, main kejarkejar pun ada....



Gampang!
Kataku pendek.

Muridmurid terdiam. Mereka semua memandangku.


Butuh!
Kataku lagi. Ju-On kembali ke tempatnya dan dari jauh mula tersenyum.

Bila semua dah kembali ke tempat masing-masing, kelihatan Dark dan Eszol mengangkat tangan.

Kamu?


"Cikgu-cikgu. Pada pendapat saya, cikgu sedang tak ikhlas" kata Eszol.

Kamu?


"Saya teka cikgu sedang promote blog cikgu yang satu lagi" kata Dark mencuba. Kelihatan Chirpy terciap-ciap kat belakang mengangkat tangannya.

Kamu?


"Cikgu mesti suruh kita think out of the box bila diprovok. Macam latihan buat dot haritu"

Bagus. Nampaknya ada juga yang masih tak hilang ingatan dalam kelas cikgu ni. Tapi sebelum cikgu mulakan topik hari ini, cikgu nak tanya kepada kamu murid-murid kelas 1 Mawar:

Boleh ke tidak kita mencarut?


"Tak bolehhhh" jawab murid-murid.

Kenaperrrr?


"Sebab sapa mencarut dia berdoserr" jawab muridmurid serentak.

Kenapa kita taknak berdoserr?


"Sapa berdoserr masuk nerakerr" jawab muridmurid in unison.

Kenapa taknak masuk neraker?

Semua murid diam. Mereka tertanya-tanya. Dua tiga saat lepas tu, cam biasa, ada lah yang mula angkat tangan.

Fontong? Kenapa kita taknak masuk neraka?


"Nantik tak dapat jumpa Dia"


"Neraka panas" jawab Dark.
"Neraka tak best" jawab Chirpy.
"Neraka are for losers!" jerit Eszol.


"Dalam neraka takde arak" jawab budak malumalu.


"Aku taktau neraka, tapi yang aku tau, kat syurga ada bidadari" kata sorang murid yang mahu namanya dirahsiakan.


"Fak la semua! Neraka itu, neraka ini. Macam pernah pergi neraka, jer. Cakap taknak neraka tapi perangai cam setan. Curi idea orang, hak orang, makan duit haram. Pergi mampos lah kita semua dalam neraka" rungut Ju-On tibatiba (macam biasa).

(muridmurid hanya terdiam memerhatikan Ju-on terpekik terlolong sambil buat aksi cam kena bakar atas mejanya)

Bila kita mencarut, kita kena kawal emosi kita. Tercarut kadang-kadang tu, biasa, ler. Tapi apa yang kita buat dan belajar selepas carutan itulah yang membezakan kita sama ada kita ini seorang murid yang cemerlang ataupun tidak.

(agaknya si Ju-On terasa)


"Ahhh! Fak la. Nak ajar, ajar je lah. Ni nak main saiko-saiko orang, pulak" jerit Ju-On. Dark menepuk bahu Ju-On yang macam keterlaluan. Eszol pun garu kepala tengok perangai rakan sekelasnya itu. Eszol terpikir adakah faktor bulan mengambang juga mempengaruhi mood toyol berbedak tebal ini?

Baiklah. Sekarang, saya mahu semua murid berdiri.

(muridmurid terpinga-pinga. Tapi mereka berdiri jugak)

Baiklah. Saya mahu setiap kamu bagi satu perkataan mencarut. Saya nak kamu pikirkan satu perkataan. Tak kisahlah bahasa apa pun. Baiklah. Dah dapat? Tak payah angkat tangan.

Kamu?


"poo-key" -duduk
kamu?


"core-neck" -duduk
kamu?


"pun-tart" -bagus. duduk


"pet-pet"

(semua murid ketawa. Cikgu pun ketawa sekali. Sedang mereka ketawa-ketawi, guru besar sekolah; Tuan Haji Marhaen menerjah ke dalam kelas)



"Assalamualaikum Cikgu Badrul. Kenapakah saya dengar dari luar tadi, murid-murid dalam kelas cikgu mencarut-carut?" tanya cikgu besar.

Kami sedang membincangkan topik 'mencarut' dalam dunia blogging. Setiap pelajar dikehendaki berdiri dan dibenarkan duduk setelah mereka menyebut sesuatu yang mencarut. Eszol! Bagi satu contoh!


"buah zakar kanan" jawab Eszol.

Ju-On?


"ke-lent..." Ju-On tak sempat menghabiskan carutannya. Cikgu besar menyampuk:


"Saya mendapat aduan dari guru-guru kelas bersebelahan yang mendakwa bahawa sejak kelas 1 Mawar berada di bawah cikgu, kelas cikgu sangatlah bising hingga mengganggu kosentrasi murid di kelas lain" kata cikgu besar.

Saya menggalakkan perbincangan secara interaktif antara guru dan murid. Saya percaya ini dapat mengoptimumkan lagi pemahama...Aku tak sempat habiskan ayat aku.


"Cikgu tengok graf desibel bunyi yang dibuat oleh budak2 kelab fizik dari kelas sebelah. Ini pulak karangan bertajuk 'Bagaimana menangani jiran yang kurang ajar?' dari kelas sebelah yang satu lagi. Dan yang ni pualk, memorandum dari semua guru dan kakitangan sekolah ini yang bersetuju agar cikgu dijauhkan dari kelas 1 Mawar atau semua kelas tingkatan satu."

Aku tenung muka cikgu besar. Dia tenung muka aku. Aku menoleh ke arahh anak-anak muridku. Bila diorang tengok aku menoleh, ajer, diorang beria-ia mengangkat tangan. Amender ajerlah yang nak dicakapkan oleh bebudak ni, time-time camni?

Kamu?


"Fak yu" katanya.

Dari belakang, cikgu besar menepuk bahuku. Aku menoleh padanya. Dia memandang padaku dan mengisyaratkan agar aku mengekorinya ke pejabatnya.

Kelas tamat.

Monday, January 17, 2011

Mengarut 101 (sila baca dari mula dan baca sampai habis)


Apa yang kamu paham dari exercise tadi? Kamu? Kamu dah siapkan keja rumah yang kamu hutang cikgu, tu? Mana list blog yang cikgu suruh kumpul?


"Se-saya, dah letak atas meja cikgu, tu" jawab budak tu. Budak ni lain sikit. Dia tak macam budak Form One yang lain. Budak lain ada kepala semasing. Masih raw dan full of enthuthiastic energy. Aku mengamati sekeping kertas berkelumut di atas meja guru di belakang ku. Aku mengambilnya.

Bila masa pulak kamu letak kat sini?


"Tadi? Masa cikgu ke belakang, cakap dengan eszol" jawab budak tu dengan muka bersalah. Di background kelihatan Dark sedang jual zine sapa ntah kat budak baru. Dark ni cina mualaf. Dan cina pandai berniaga. Dan melukis. Eszol. Mana Eszol? Kenapa dia kat tempat podeh3?

Dan budak berbedak tebal. Mana dia? Biasa tercarut-carut lanchoww itu, lanchowww ini.

Kenapa awak tak bagitau cikgu, tadi?


"Saya cuak, cikgu" jawab budak tu sambil tertunduk. Kelihatan cik chirpy menahan gelaknya mendengar alasan budak tu.

Aku membaca list yang tertulis. Ada kesan kena padam. Ada yang ditulis berkali kali sebab pen habis dakwat agaknya. Takde sense of presentation langsung bebudak zaman sekarang ni. Sumer main selekeh. Macam hasil kerja otai. Tapi kengkadang genius macam ni, lah. Aku pun camni gak dulu, masa kat U.

(Dark angkat tangan setelah berjaya tolak dua keping zine periuk Nasi dan CD band underground nama apa ntah)

Dark? Kenapa?


"Cikgu dah mengarut" kata Dark.

OK-OK. Tapi malangnya, masa dah tamat. Kita sambung dalam kelas besok.

 Jangan lupa buat kerja rumah yang cikgu suruh buat semalam, OK?


"Eh? Mana ada cikgu suruh buat kerja rumah?" tanya cik Chirpy.


"A'ah. Cikgu cuma suruh baca buku teks, muka surat 2 sampai 6, ulang baca sampai 4 kali. Takde pun suruh buat keja rumah" sampuk Dark pula.


"Baca 4 mukasurat 4 kali tu, lah kerja rumahnya" jawab eszol pulak meneka.

Dah-dah-dah. Cikgu cakap; kerja rumah. Bukan "kerja sekolah". Nampaknya kamu semua ni, dah lupa pelajaran pertama kita. Sebab tulah cikgu suruh kamu baca balik, apa yang dah berlaku setakat ini dari mula. Kan kita dah episod kelima? Sebab tu lah kena ulang 4 kali.


"Cikgu-cikgu-cikgu"

Ye, kamu. Kenapa kamu suka tercikgu-cikgu-cikgu?

(murid murid ketawa)



"Cikgu-cikgu, saya hantar dalam bentuk sculpture, boleh tak?" tanya Cikgu Gedek di muka pintu tetiba. Eh? Masa dah time, ker? Aku menoleh ke jam dinding. A'ahhhh. Dah 5 minit berlalu. Next ialah kelas Matematik dan aku dengar harini ada kuiz.


(muridmurid terus taat dan menyimpan buku teks dan laptop dalam beg sekolah dan mengeluarkan buku teks Matematik, setelah terlihat wajah 'self-absorbed' cikgu Gedek)
Cikgu Gedek suka ambik gambar sebelum masuk ke kelas...



"Good luck" kataku pada Cikgu Gedek semasa kami bertembung kat pintu kelas. Cikgu Gedek cam biasa, buat muka self-absorbed dia.

Dari belakang kedengaran bebudak dah kecoh-kecoh bersedia nak kuiz...

Friday, January 14, 2011

Mengarut 101


Baiklah murid-murid. Harini cikgu akan mula mengajar. Untuk itu, cikgu nak murid-murid semua kelaurkan buku latihan masing-masing dan sebatang pen.

(murid-murid semua bertungkus lumus mengikut arahan. Dark mengangkat tangannya)

Kamu. Kenapa angkat tangan? Cikgu belum tanya soalan lagi.

"Maafkan saya, cikgu. Pen mata bola ke, pen dakwat cair?"

(sorang lagi murid angkat tangan)

Kamu?


"Cikgu-cikgu. Pen merah biru ke pen hitam?"

(tibatiba ketua kelas naik ke atas kerusi)

Mehmet! Kenapa kamu berdiri atas kerusi? Ingat ni Gunung Nuang ke?


"Cikgu, saya tak bawak pen"

Pensil takder, ke?


"Lanchowww!!! Pensil untuk budak darjah 4 dan ke bawah lah!" tempik budak korea bermuka pucat.

Siapa nama kamu, hai toyol berbedak tebal?

(murid-murid ketawa)


"Ju bin On" jawabnya.

Takper, takper. Duduk semua. Rilek. Pen mata bola ke, dakwat basah ke, warna kelabu ke, jingga ke, pensil ke, semua OK. Harini cikgu kasi diskaun. Tapi mulai esok, cikgu nak kamu semua guna pen biru, OK?

(semua murid diam)

Baiklah. Semua dah ada alatulis dan buku latihan masing-masing?


"Dahhhhh" jawab murid-murid serentak.

Bagus. Sekarang, cikgu mahu kamu semua buat satu dot kat buku masing-masing.

(murid-murid mula menconteng buku mereka)


"Cikgu, nak buat dot tu kat mana?" tanya Chirpy Chummy.

Kamu buat dot tu dulu.


"Cikgu-Cikgu! Nak buat dot besar ke, kecik-kecik?" tanya sorang murid yang lain.

Sukati.


"Cikgu-Cikgu! Kalau buat dot kat tengah-tengah muka surat, boleh tak?"

Sukati kamu. Semua dah siap?


"Cikgu-Cikgu!" jerit sorang murid yang dok kat belakang.

Amendernya tercikgu-cikgu ni? Susah ke nak buat dot?


"...dot tu, apa?" tanya budak tadi menyebabkan satu kelas bingit dek hilai ketawa murid-murid yang lain.

Syyy! Kamu jangan bising sangat. Kang guru kat kelas sebelah terganggu nantik.


"Cikgu-Cikgu!"

Hah? Apa lagi? Siapa nama kamu? Cikgu terlupa plak.


"Fontong, cikgu. Cikgu-Cikgu, kalau saya buat garisan boleh tak?"

Saya kan suruh buat dot. Kalau sesapa buat selain dari dot, maka takdelah markah sebab tak paham kehendak soalan.


"Cikgu-Cikgu!"

Apa dia?


"Saya rasa saya taknak buat dot la cikgu. Saya nak buat dot-dot" kata Dark.

Kang ada yang balik rumah muka berdot-dot ni kang. Baiklah, semua dah ada dot masing-masing?

(aku pun mula bergerak melihat hasil kerja murid-murid)

Tak sorang pun yang betul...

Tuesday, January 4, 2011

Mengarut 101 (Kelas satu Mawar-2)



"Podeh3 sebab keadaan masih belum terdesak, maka dia masih dalam mode menyamar sebagai kepala traktor. Err, Al: sebab dia tengah sibuk buat sesuatu. Anonymous, anonymous kata dia err, dia...." jawab Chirpy Chummy


seorang budak bermuka pucat cam hantu Korea naik ke atas meja sambil membuat isyarat lucah dengan jari dari kedua-dua tangan kurniaan tuhan.
Ju? Is that you?


"Lanchowwww!!! Yeahhh!"

dia melompat ke atas meja, buat aksi action beam, kemudian diikuti oleh budak pakai baju dalam tshirt lambang sabit dan bintang warna merah



"Fak komeng moder-resyengggg!!! Yeah!!!"


Mereka melompat ke atas meja dan terpekik terlolong sambil buat fak.


"Woii!!! Hormat pada guru, lah. Kita sebagai orang Malaysia yang bergama rasmikan igama Islam mestilah berkelakuan sopan dan manners, terutamanya di hadapan guru yang akan memberikan kita aelllmmmm...."

perkataan 'ilmu' dengan a'in pekat itu tak sempat dihabiskan oleh DH sebab dipotong oleh hantu Korea kiut yang atas meja...


"Lancau la budak chembeng. Sikit-sikit emo. Sikit-sikit bilang abang. Fak cikgu ganti! Fak cuti bersalin 90hari. Fak sistem pendidikan. Fak..."

aku pegang tangan budak tu dan menggenggamnya dengan kuat, tanda aku tak suka dengan bahasanya. Apalah dosa budak ni sampai camni sekali budinya dalam tanah airku ini. Dan aku? Aku cuma menganggap semua ini hanyalah eighttofive dan 20 hari setahun, cuti bergaji. Aku tak pernah mendekati muridmuridku. Aku tak pernah melihat mereka sebagai INSAN sebelum ini. Mereka bukan sekadar nama dalam senarai kelas gantiku. Mereka mula mempunyai makna...Tak macam budak kelas aku yang Form 5 tu.

...

Aku melepaskan genggamanku. Budak terus melompat ke meja seterusnya dan menyambung aktiviti mengefaknya. Diikuti oleh budak baju merah...






"Raar-Raar!"
"Raar! Raar!"

Budak nama Dark Half tadi menjeritjerit memarahi mereka agar mereka hormat pada guru dan turun dari atas meja...


...






..kemudian diikuti oleh budak Chirpy Chummy tadi. Kemudian seluruh kelas mula sorak-menyorak, main tolaktolak dalam kelas macam satu gig skinhead zaman aku mudamuda dulu.


...



Darkhalf pun dah sekali berada kat atas meja.



...Aku cuma memikirkan kenapalah dalam banyak-banyak keja, keja jadi cikgu jugak, yang aku ni akhirnya? Kalau camni budak form One, aku tak taulah kandang haiwan apa yang berada kat sekolah rendah atau prasekolah. Aku respeklah diorang. Tibatiba aku rasa macam nak jadi spokeperson golongan pengasuh seMalaysia pulak...


Form five camtu, perangainya. Form one, camni perangainya...Aku risau. Sepatutnya kerajaan ketatkan lagi syarat kelayakan nak jadi cikgu, ni. Ni dah tahap profesional tahap expert dah ni. Hishhhh. Terasa benarrr ketagih nak batal puasa rokok time-time camni...


...
Pengetua Marhaen

Aku perasan Pengetua Marhaen dan Cikgu Gedek dari kelas sebelah menghulurkan kepala mereka meninjau keadaan kelas aku yang hiruk pikuk. Aku tau apa yang aku perlu lakukan.

Aku hentakkan buku Teks Kitab Entry Agong Sepanjang Zaman Cetakan Kedua kuatkuat kat atas meja. Semua terdiam, kaku melihat gelagatku. Aku kerutkan keningku.
Cikgu Gedek


Kemudian aku senyum.


"Kamu pernah main Perkasakan Vokab Anda, tak?"




bersambung...

Monday, January 3, 2011

Mengarut 101 (kelas satu Mawar-1)


Sebagai seorang guru, aku tak lari dari kesilapan sebagai manusia dalam halhal pilih kasih. Aku cuba lari dari berprejudis: suka atau benci tanpa sebab. Tapi sejak bila pula hubungan antara manusia, seistimewa hubungan antara seorang murid terhadap gurunya, yang padaku sesuci embun pagi, mula tercemar dek kemaruk emosi duniawi? Ahhhh...Biarkan saja. Mereka yang tak memahami katakataku ini boleh ke sana atau ke sini. Namun buat masa ini, biarlah aku perkenalkan siapa diriku:


Cikgu Kak Ching$
Sayalah 'cikgu ganti' kamu hari ini. Biasanya cikgu mengajar abangkakak kamu di tingkatan lima, tapi sebab cikgu habibah meletup...

(muridmurid ketawa)

Eh! Meletup pulak. Bersalin...Maka, cikgu terpaksalah menggantikan tempat beliau buat seminggu ni sementara menunggukan cikgu kelas kamu yang baru : Cikgu "Kak Ching", kembali dari postpartum.
Dark Half

(muridmurid angkat tangan. Lagi ramai dari kelas Tingkatan 5 tempat aku mengajar subjek Mengarut 101. Aku risaukan masa depanku dalam sekolah yang muridnya banyak tanya, ni...)

Kamu. Sapa nama kamu dan kamu layan apa?



Podeh-Podeh-Podeh
"Nama saya Dark Half. Saya berdarah emo. Saya ada abang kat Tingkatan 6 stengah. Saya tak boleh jawab soalan kedua sebab ia against my religious belief"

[Aku risau. Aku tenung budak tu. Tak nampak mukanya sebab tersembunyi di sebalik asap rokok. Dia masih berdiri. Aku kaku...]

"Cikgu, sebelum saya mengundurkan diri, maafkan saya jika saya bertanya: postpartum tu apa?"


(muridmurid lain ketawa berdekahdekah. Aku pun tak paham apa yang lawaknya)


"Postpartum dalam konteks lawak cikgu tadi ialah berpantaaaang" jawab seorang budak pompuan kiut bertudung. Aku assume dia kiut walaupun aku sekadar melihatnya dari belakang sedangkan dia sedang merenung laptopnya.

 

Nama awak sapa?

 

Chirpy Chummy seorang pemalu..
"Chirpy Chummy, cikgu"

Baiklah. Cik Chirpy anak Chummy, sebutkan nama tiga rakan sekelas awak yang tak hadir pada hari ini.


"Err. Podeh3, Al, dan anonymous"



 






Kenapa mereka tak datang?


"Oooo..? E-niii kerja engkorang masa ponteng sekolah, yer?"









bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...