Monday, March 18, 2013

Port Dickson, Waifai Free dan Speed Boat.

Sejak isu pencerobohan di Lahad Datu, hati tetiba terpanggil nak ke Port Dickson. Setelah merancang berbulan-bulan lamanya, serta setelah menabung dan mengumpulkan sakibaki BR1M yang telah dibelanjawankan, dapatlah seorang bapak, menyampaikan hajatnya nak bawa anak-anak dan famili, ke PD.
Dah lama tak pegi PD. Kali terakhir sampai ke sini ialah masa pilihanraya kecil yang dimenangi oleh Datuk Isa Samad, yang mengetuai Felda Vultures, sekarang. Seingat saya, antara janji beliau kalau menang di Bagan Pinang ialah akan sediakan free wifi sepanjang pantai peranginan PD, serta jadikan PD bandar tentera. Kami sekeluarga mendatangi PD melalui jalan Rantau-Sua Betong. Kalau ikut jalan ni, kami akan lalu Kem Askar PD dulu.
Sesampainya kami di kawasan yang jalanrayanya warna merah tu, saya teringat perarakan sempena sambutan Hari Tentera Darat ke 80 yang diadakan baru-baru ini. Kalau tak silap, pada hari yang sama Lahad Datu dicerobohi. Lamunan terhenti ketika menghampiri gerbang yang tertulis: 'PD, Bandar Tentera'. Bila kita masuk ke tempat yang berpintu gerbang dengan tulisan sebegitu, anggapannya kelibat trak askar, atau abam askar berpakaian celoreng melintas jalan, atau sekurang-kurangnya lifeguard bertubuhsasa ala-ala komando akan kelihatan sekitar pantai peranginan. Tapi tidak. Tak nampak langsung keaskaran satu-satunya bandar yang berpusatkan pantai di Negeri Sembilan ini. Itu satu.
Hepi punya pasal, konon-konon nak apdet blog dan fesbuk bagitau kengkawan yang kami sekeluarga berada di PD. Maka onkanlah wifi di smatfon yang dibeli hasil rebat kerajaan haritu. Tunggu punya tunggu, yang ada hanyalah waifai orang yang berkunci. Waifi 1NS, malas nak daftar. Mana waifai percuma yang dijanjikan? Takde pun? Usahkan waifai, talian #fuckmaxis pun putus-putus di sesetengah kawasan. Try punya try tak jumpa. Akhirnya, kami jumpa tempat nak lepak yang sesuai dulu, sebelum kami jumpa waifai free. Well, waifai tu tak jumpa-jumpa pun sampai balik. Mungkin saya salah dengar masa orang yang berjanji tu bercakap. Mungkin bukan waifai free tapi wafel free.
Nak pegi ke area pantai yang cantik-cantik, semua dah diconquer oleh empunya resort dan hotel peranginan. Sebagaia rakyat marhaen, kami pun joinlah orang ramai di batu berapa ntah yang ada roundabout dan kuda padi tu. Kalau berjaya dapat parking first time masuk kawasan tu, memang luck. Kami tak. Kami terpaksa keluarr balik dan masuk ke area pantai dia yang sebelah. Yang keta parking belakang deretan gerai tu. Alhamdulillah, dapat tempat parking yang cantik. Bukan apa. Dahla tengah panas, bawak pulak anak-anak kecil. Kang terhiburnya tak berapa nak dapat, demamnya pulak yang dapat. Anyway...
Kami terus ke kawasan pantai nak cari tempat nak bentang tikar. Sebab matahari tengah terik, keredupan tempat itu amatlah mustahak. Apa yang kami lihat, tempat yang teduh semua dahada kanopi siap meja dan kerusi. Kalau nak bentang tikar, ruang yang ada ialah di tengah panas pantai tu ajer. Nak tak nak, kami pun tanya pada sorang akak yang rupa macam tuanpunyya kanopi. Sewa kanopi ialah RM20 satu hari. Kami pun ambik memandangkan kedudukannya yang strategik memandang laut.
Selesai berkemas dan bertukar, saya pun nak bawak anak-anak mandi. Sampai di bibir pantai, baru perasan deretan speedboat, banana boat, kayak dan amender lagi ntah memenuhi pantai. Keterujaan melihat ombak yang gulung-gemulung melupakan saya sekejap. Kami anak beranak masuk ke dalam air. Kelihatan permukaan air yang berpelangi dek tompokan minyak dari bot. Dan seraya itu juga, sebuah enjin bot dihidupkan nak menarik sebijik pisang yang berisi manusia berbaju oren yang terjerit-jerit. Asap dari enjin memenuhi sekitar pantai kami berdiri. Tiba-tiba, imaginasi saya tentang pantai yang indah dengan udara yang nyaman, dikejutkan oleh realiti yang terasa seperti menunggu lampu hijau di trafik light, hasil dari asap speedboat tadi. Saya rasa enjin itu memerlukan servis yang teliti.

Kami beralih ke tempat yang takde pelangi, cuba mencari ruang nak basah-basah rambut di celah-celah bot yang diparking. Ada sekali dalam leka bergurau menyakat anak-anak, kepala saya nyaris tersadung propeler enjin bot yang tiba-tiba beroleng hampir dengan saya, dek ombak Selat Melaka. Mujur tak terkena kalau tidak, saya risau darah dari dahi saya akan menarik perhatian ikan-ikan pemangsa yang berhampiran jer.
Ingatkan dah selamat dahi. Sedang leka mengimbangi anak-anak di kedua-dua tangan mengharungi ombak yang ganas, kaki pulak terpijak benda keras macam besi di dasar. Setelah diteliti, rupanya itu adalah anchor untuk bot yang diparking itu. By that time, segala rasa rendah diri atau sabar terus hilang. Rasa nak mengamuk ajer dengan menghayunkan sauh tu ke bot-bot yang berhampiran. Mujur otak masih boleh lagi buat matematik berdasarkan jumlah tuanpunya bot yang ramai berbanding diri sendiri yang seorang. Nak tak nak, terpaksa telan ajerlah perasaan tak puas hati tadi tu, sekali dengan air laut Pokdeksen yang semakin masin.
Apapun, point saya kalini ialah pertama; betapa Janji tak ditepati di PD. Saya pelik kenapa muda-mudi PD tak saman Isa Samad sebab tak kotakan janji seperti yang berlaku di Selangor. Kedua ialah pasal peniaga kanopi yang conquer pantai. Kalau datang time-time pablik holiday, jangan haraplah nak bentang tikar bawah pepohonan rimbun macam dulu-dulu. Semua spot yang cun dah diambil dan abang boleh sewa cuma RM20 sehari. Free kerusi. Sampah sila kutip sendiri.
Ketiga ialah pasal indastri speedboat yang bagaikan tiada pemantauan di pesisiran pantai.  Bukan kadar tambang atau rupa bot yang macam tak berapa sesuai dengan taraf global pantai peranginan PD ni, tapi pasal bot-bot mereka yang diparking memenuhi pantai sampai dah takde ruang nak buat balik kuang dari atas pelampung. Patutnya bot-bot ini diparking sekian meternya dari bibir pantai dan semuuanya diparking di satu tempat. Ni bersepah-sepah. Dahlah nak elakkan bot lagi, dengan asap bau tutinya lagi, dengan sauhnya yang tersembunyi lagi. Pantai PD dah tak selamat.
Keempat ialah kedai-kedai makan yang macam tak stended mutu makanannya. Itu satu hal. Kedai-kedai tutup yang macam berhantu pun nampak mencurigakan. Patutnya pihak berkuasa memastikan suasana pantai, bermula dengan premis yang dibina sendiri oleh mereka, berada dalam keadaan cantik dan berjaga. Ini macam tandas awam jer. Bandingkan Port Dickson dengan Teluk Cempedak, misalnya.
Letih betul jadi rakyat Malaysia, ni..
Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Anonymous said...

Hey Ӏ know this іs off topic but I was wondering if yоu kneω of anу wiԁgetѕ I could аdԁ
to mу blоg that automаticallу tweet my newеst twitter updates.
Ӏ've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Visit my web page :: money saving tips for disney world

Anonymous said...

Wοnderful ωebsite you hаve here
but I was wonԁering if you knew of аnу message boardѕ that сover the same topics talked about here?
I'd really love to be a part of online community where I can get feed-back from other experienced people that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Thank you!

Review my web page; best solihull double glazing installers

Anonymous said...

Ηowԁy! I could have sworn I've been to this website before but after browsing through some of the post I realized it'ѕ
new to mе. Anyhoω, I'm definitely happy I found it and I'll be booκmагkіng and
checking back οften!

Hеrе іs my page ... Fathers Day Gift Baѕketѕ ()

Anonymous said...

تعتمد العديد من الصناعات الأخرى في مصر على شركات تصنيع العبوات الزجاجية لتعبئة وتغليف منتجاتها، مما يؤدي إلى تحسين جودة هذه المنتجات وزيادة قيمتها التسويقية.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...