Friday, December 24, 2010

Komen kepada: Rehatkan Jari

Entry asal:



...Sebenarnya TV3 menyediakan kemudahan rawatan muka dan mengunting rambut 2 kali sebulan kepada semua pengacara televisyen dengan peruntukan RM300 bagi setiap kunjungan ke Leornarad Drake dan Cut Above.

Namun katil tempat berbaring sewaktu menjalani rawatan muka itu terlalu kecil buat saya. Justeru sejurus selesai rawatan, tubuh lenguh.

Biarpun, kemudahan diberikan percuma, bayaran menggunting rambut kekadang mencecah RM178 berserta rawatan kesuburan rambut, satu pembaziran bagi saya.

Hey! Rambut saya tidak berapa lebat, sikit sahaja.

Daripada TV3 membayar jumlah itu, lebih baik saya menyerahkan  M10 kepada tukang gunting, pemilik kedai tidak jauh dari rumah saya.

Namun, suatu ketika dahulu saya banyak rambut.



salam Cik Mazidul,

saya tak suka RTM3 tapi saya tengok jugak sebab kat kampung saya tak dapat  channel lain


saya boleh berambut panjang tapi saya membotakkan kepala. Agar frekuensi ke kedai potong rambut itu kurang juga. kerana pada saya, membuang duit untuk potong rambut macam RTM3 buat tu memang satu pembaziran


.
.
.

saya ke sini sebab saya tak suka dengan cara awak menyoal budak sekolah tak pakai helmet kat kelantan dalaam rancangan 999 haritu.

lain kali tanyalah soalan yang menginspirasikan mereka agar berubah.
Bukan soalan yang pada saya memperolok-olokkan mereka.
Manusia buat salah. Takyahlah nak lebihlebih 'basuh' mereka pulak



Sekian

Mazidul Akmal Sidek melaporkan...

Mengarut 101

Sebagai seorang tukang komen, kita mesti mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu yang berkaitan. Ini bermakna yang paling basic ialah kita kena ambik kursus ketukangkomenan berpandukan buku Teks Entry-Entry Agong Malaysia sepanjang zaman, melalui silibes: Mengarut 101.

Ia adalah 4jam kredit sehari, dan kelas ada setiap hari, tujuh hari seminggu.

Sebagai prebiu, aku akan mengongsikan dan membuka gelanggang untuk salah satu tajuk dalam silibes ini. Ia dipanggil: Kenali Audience Anda.


----

Untuk itu, sesapa yang bawak buku teks, sila bukak ke muka surat 1. Sesapa yang tak beli buku cikgu hari tu, cikgu ada bawak buku lebih untuk di sewa. Sila taruk duit korang kat tabung kat tempat biasa. Ketua kelas sila ambik nama orang yang nak beli buku cikgu.

"Harga, cikgu?"

Kan cikgu dah bagi tau semalam. RM20 satu. Pakai untuk setahun.

Baiklah, KAMU yang bertanya tadi, sapa nama kamu?

"Mehmet Kamarul, cikgu"

 Sila baca perenggan pertama!


"Assalamualaikum..."

Wa'alaikumussalam. Baca laju sikit


"...Pertama sekali aku bersyukur kerana dengan limpah kurnia Nya..."

Laa..Itu Sekapur Sireh! Baca muka surat satu.


"Mana ada yang lain, cikgu"

Laa. Selak la pages buku teks, tu..Muka surat satu mula kat helaian kedua...

"Cikgu tak suruh selak pun? Tadi cikgu tak cakap 'buka halaman pertama'. Cikgu cakap 'MUKER SURAT SATU'. Bila 'surat' maka itu ialah kertas. Maka saya assume cikgu maksudkan buka kitab ni ke muka kertas yang pertama. Dan baca perenggan pertama yang terdapat di dalamnya. Mungkin cikgu nak mulakan dari Sekapur Sireh..."




...

(murid-murid lain menggaru kepala. Ada juga yang buat muka puas hati, ada yang ketawa macam nak mati)


Bagus...Dah, selak MUKER SURAT SETERUSNYER.
Dan baca atas kerusi.

(semua diam. Dua minit kemudian, dari atas kerusi)



"Bab satu. Titik bertindih;  Kenali, Audience, Anda"





...bersambung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...