Thursday, February 10, 2011

Rekomendasi kepada: Followers Beriban Idaman Kalbu


Hahaha!


Aku kenal dengan cik ni melalui Sahabat Blogger. Ada satu hari tu aku tak dapat tido dan bereksperimen dengan FB sebaik wifi free yang mungkin. Dalam reramai kekupu yang aku jumpa, kekupunilah yang paling kecik
Tapi bijik mater dier besar, weyhhhh. Warna biru laktu!. Aku pun, terjah,lahhh...

Sekali masuk, tengok beribu-ribu gambar yang dilabelkan sesetengah sebagai cam whore. Siap buat contest I love MySelf and My Blog lagi. Aku terus I love myslef and I want to puke. Siap antara syaratnya ialah taruk gambar sendiri dan tulis artikel kenapa kita suka dengan diri sendiri. Dari sudut Fadilah Kamsah dan psikotropiknya, memang cool contest ni. Dari sudut FB, Tweetblog dan mtweet pun bley bla gak ni kalau gambar profail bermata biru gitugitu digunakan dan diphotoshopkan sikit pipi tu. Takpun Cik Yuyu cuba gunakan SK2; 2 splash 3 kali seminggu. Mesti lepas ni Nora Danish pun berenti kejer dan jual ubat herba secara series. Orangnya pun bertudung. Lagi elok berlilit daripada open-air. Mata pun berkonteklens. haimentenens.

Aku pun browse lagi entry-entry yang sempat aku save pagekan. Eh? OK gak laaa..(hehehe) Sekali aku baca entry pasal camana nak dapatkan follower riban-riban ni, aku bersetuju dengan semuanya.Bagus kerja rumah yang cik yuyu lakukan. Memang cik yuyu ni sejenis Nora Danish yang bakal menghaniszalikhakan blogosphere malaysia sempena PRU13.

Cuma aku tak suka sebab takde link ke blog kengkawan cik Yuyu yang lain.
Aku sarankan agar cik Yuyu mulakan dengan menaruk link blog aku kat situ. Hahaha.


Apapun, selamat berjaya dalam perjuangan cik dan doakan agar anak-anak saya comel-comel dan bijak macam cik yuyu jugak.





p/s: Power tak ayat gua?

Komen kepada: A hungry man.




Entry asal:

Excuse me people.
Do you not understand it is a man's need to eat?
To swallow it whole?
Like a python devouring his food.

NEVER EVER not scrape the bones. Best part!

There may be times where I, well, space out and well.. before I know it, the shared food became MY food.
 click here



Waddap G? 

I saw you snoopin around my joints the other day thru the nuffnang site, so I come to check YOU out. My, cool blog you got there, bro. Hei, do you really work for nuffnang? Can you do something about my earnings? I want to sell my old car and get a new one. Anyway, here's my comment for this entry:

I agree that we need to finish our meal. Malaysian should reduce the amount of food they throw away in the thrash can. We should only take what we need and finish what we put in our plates. Don't take what we're not sure we could finish. It's not about saving the money or food for the greater good or things like that. For me, I think of it like this:


Imagine a cat meow-ing beside you, while you're eating chicken rice at a warung. You throw a chunk of meat to the cat. But the cat just sniffed the chunk, licked it a few times, make a disgusted face, and then fleet off the scene. How would that make you feel?
That is how I feel if the rezki I have in front of me is not well managed or used. A good cat should finish his chunk of meat.

And no matter how intriguingly funny I might sound with the meow-ing cat example, that doesn't mean I could eat my meal any way I want. We must respect the food. We must treat them differently like the way we treat our socks, the car, our chair or the barley-making girl. Again, we go back to the meow-ing cat:


Imagine instead of eating the piece of chunk we threw at him, the cat eat it ruthlessly and smear stain and oil all over the floor.


Or the cat just looked at the piece by moving its head a little bit, uninterested. Then it put its right paw on it as if saying "so?"

I think that is why there's table manners or adab makan as the Malay call it. Like we must cut our meal in bite size so it fits into our mouth. Or chew our meal quietly or talk slowly while eating.


But I always wondered, why do you guys use the left hand to eat?
Is there any reason?

May I propose another way? I propose we eat using the right hand.
Because the left hand we use for you know what. So we segregate. Cool or not?


Nicky conveying his feelings




I hope you hang around here often.





rekomendasi kepada: Happy!!!





I was dozing at my station
Bored, half-sleepy, almost frustrated...

Then came Mr. Cranky,
Whining about not being happy,
I read, I scroll down some more, I shouted.
You just got to love it!





Updated daily by Mr. Cranky: W.B Picklesworth.

Formula Menangani Kemiskinan Di Rembau by Profesor Muhammad Syukri Salleh


Aku jumpa entry ni dalam blog Rozmal bin Malakan. Entry bertarikh 2007. Blog terbaru Rozmal ialah waghih.blogspot.com. Aku akan terjah, nantik...

Aku matimati ingatkan Cik Rozmal nak kasi formula matematik atau link ke skim-skim cepat kaya atau jadi ejen MLM. Paling tidak pun ada gambar dia bagi ceramah depan orang yang pakai kot atau student. Tapi takder. Hehehe. Ader jugak orang yang series dengan keadaan Rembau. Siap bentang-bentang kertas lagi...

Aku baca, cuba layan, stop. Aku paksa lagi baca, dan baca dan baca. Sampai part bagaimana Baginda SAW begitu prihatin terhadap keadaan ahli suffah tu, air mata aku mengalir.

Bukan pedih. Bukan apa. Tapi dia mengalir laju.
Aku nangis dowhhh..Isk-Isk..
Tak sangka aku boleh nangis masa baca sebuah kertas pembentangan.
Aku berenti kejap. Aku kesat air mata dan minum seteguk dua air sejuk.
Lek jap.


Aku mula balik. Tapi cam tak best pulak. Aku try dua tiga kali baca perenggan yang sama cuba mencari feel yang tadi, tapi tak dapat. Jadi, aku pun baca balik dari mula. Takper...

Sampai part keprihatinan Nabi Muhammad SAW terhadap ahli suffah tu walaupun Baginda SAW sendiri tak makan, air mata mengalir balik.

Mengalir deras.
Mengalir dengan laju.
Siap ada terisak-isak lagi...


Ahhhh...



Argggghhhhhhh!!!!!!!!




The end.

(mana ntah perginya entry ni kat blog baru cik Rozman...aku cari ikut link geocities dia, link tu dah tak exist laaa)




note: Tukang Komen terpaksa dihospitalkan dan masuk air dua botol selepas meracau-racau sebab dah dua hari tak tido.


Komen saya:

1) Ok. Jadi kita kena kenalpasti jenis orang miskin yang ada supaya kita boleh kenalpasti terapi yang sesuai untuk mereka. Sapa yang nak kenalpasti, ni? Mungkin kita boleh mulakan dengan kontek BersamaMu atau pejabat MB atau BaitulMal setiap negeri...

2) Sesapa yang dah miskin kena sedar diri dan cuba cara-cara yang telah ditunjukkan oleh para sahabat. Mulakan dengan berniaga. Kantoi jugak, pergi try mintak bantuan (bela kambing contohnya). Bila dah kaya (atau kepada yang dah kaya) pulak, digalakkan banyak bersedekah dan menyumbang kepada program yang berusaha membasmi kemiskinan. Kalau masih kantoi jugak, daftar nama dan tunggu panggilan. Bila ada misi khas atau takazah, join jemaah...Ke Palestin, contohnya...

3) Satu masalah yang kami hadapi ialah kebanyakan orang miskin bersifat islandish-meminggirkan diri dan ini menyukarkan proses pembinaan profail orang miskin untuk satusatu kawasan. Camana nak tau tahap taqwa diorang kalau batang idung pun taknah nampak kat masjid atau kat mana-mana. Tah mana melepaknya diorang ni. Berapakali dah datang kususi. Asyik takderrr jer...Dah tinggal nota pun tak call jugak. Takkan nak camping lak nak tangkap, eh nak jumpa dia jer. Dapatlak kalau dia karkun. Lagi liat.

4) Adakah pendekatan ini unik untuk Rembau saja atau applicable untuk semua tempat? Sebab kat Rembau memang banyak wali dan bolehlah pakai ayat camni ngan diorang. Abang bentang kat sapa kat Resort tu bang?

5) Kalau jawapan soalan di atas ialah pendekatan ini boleh dipakai untuk semua, maka Rembau ni mesti sekadar salah satu tempat yang tuan dah promotekan formula ini, betul tak? Ada tak success story dari promotion sebelum ni? Kalau ada, harap tuan boleh share.

6) Kertas bentang pada tahun 2007. Ni dah 4 tahun berlalu. Ada apa-apa progress tak? Saya tengok Rembau camtuuu jer. Lampu membazir yang kat traffic light utama tu pun masih tak berganti lagi balb nya. Tak citer lagi tanah, rumah atau orang tua-orang tua yang terbiar lagi...



Mengarut 101 (Kerja sekolah 1st dari Cikgu Kaching)



"Saya dah lama nak tanya benda ni sebenarnya, tapi sebab saya tak mau cikgu ingat saya ni berfikiran cetek, jadi saya pendamkan ajer selama ni" kata Cikgu Badrul sambil memandang kepada longgokan baju di atas meja Cikgu Kaching. Mentang-mentanglah cikgu kelas jahitan dan memasak. Sibbaik dia tak sepah-sepahkan kuali atau nasi goreng kampung kat atas meja ni.

"Apa dia, tanyalah" jawab Cikgu Kaching sambil buat bambi-eyes (>_<). Cikgu Badrul langsung tak mempedulikan pandangan Cikgu Kaching itu kerana di kepalanya sibuk memikirkan benda lain. Cikgu Kaching tetap dalam pose cutenya.

"Kaching tu, apa?" tanya CIkgu Badrul sambil buat keningnya macam blank-blank.

"Hoooooh...huhu..Itu bunyi duit syiling. Kalau rapper ada nama macam Lil' Bow-Wow, Yeepeeya-yeay atau MC SplishSploshSplash, guru pun ada juga pen-name dier..." jawab Cikgu Kaching masih memaintainkan mata cutenya. Cikgu Badrul mengangkat pandangannya dan memandang tepat ke dalam mata Cikgu Kaching.

"Lagi satu, takkan first day kembali, dah kasi assignment?" kata Cikgu Badrul. Berderau darah Cikgu Kaching tersentak dek eye-contact yang ketiba-tibaan itu dan terus tersedar dari aksi yang seakan-akan model cosplaynya tadi. Beliau tak menyangka Cikgu Badrul akan tanya soalan kedua yang takde kena mengena dengan soalan pertama.

"Sukatilah. Itukan kelas kita" jawab Cikgu Kaching. Beliau berpaling dan mula menyusun-nyusun baju bajan di atas mejanya. Nampak sangat beliau mahu Cikgu Badrul bertanya lagi macam scene dalam sebuah movie masa heroin merajuk.

"Takde ar. Saja tanya nak tunjuk saya ni perasan dengan perkembangan budakbudak kelas tingkatan satu..."

Cikgu Badrul ialah guru subjek khas untuk murid Tingkatan Lima di MRSM tu. Subjek beliau menyediakan para murid untuk dunia selepas SPM di luar sana yang mencabar dan tanpa sempadan. Lagipun, para pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan sains politik kalau ada jam kredit kelas ni. Cikgu Badrul mengajar subjek tersebut di kelas 1 Mawar pun sebab menggantikan Cikgu Kaching yang bercuti. Orang kata Cikgu Kaching bersalin. Sibuk buat side income rupanya. Ke, profesion mengajar ni, yang side income kepada Cikgu Kaching? Cikgu Badrul menggeleng-gelengkan kepalanya yang cuba lari dari topik.

"Oh, ye ke? Hehe" kata Cikgu Kaching pula.
"OK jugak tajuk assignment yang cikgu kasi, tu. Saya pun terpikir nak huraikan benda yang sama jugak..."kata Cikgu Badrul.

Kening Cikgu Kaching pulak yang bercantum setelah mendengar remark dari Cikgu Badrul tadi.



xxxxxxxxxxxxxxxx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...