Wednesday, February 6, 2013

Komen kepada Kepiramlian Malaysia - #3Abdul


Gua dah tahap fedap dengan RTM. Kalau lagenda jer, P Ramlee. Kalau hitamputih jer, P Ramlee. Padahal, semua movie beliau yang meletup tu, semua dihasilkan di Singapura. Bahkan, jika beliau sebegitu disanjung, patutnya anak keturunan beliau hidup senang. Bahkan dikatakan, karier seni beliau dibunuh oleh industri negara ini. Entahlah. Banyak benda pelik kat Malaysia ni...
Tapi itu bukanlah point gua. Point gua dalam posting kalini ialah gua nak suarakan pendapat gua pasal #3Abdul. Malam semalam gua 'memaksa diri' tonton cerita ni dari mula sampai habis atas sebab-sebab teknikal. Dan seraya dengan itu juga, jiwa ketukangkomenan gua, hidup semula.
Dalam cerita tu, adik-beradik anak Ismet Ulam Raja, memperisterikan anak-anak Sadiq Sigaraga. Kat sini pun dah tunjuk kekurangsensitifan penulis skrip tentang ilmu syariat Islam. Kat sini pun patut dah digam movie ini.

Masa majlis keramaian time Sadiq memperkenalkan Ghasidah kepada Abdul Wahub pun, didapati setiap tetamu memegang gelas wine. Ini seolah-olah mempromosikan gaya minum wine berdiri yang diamalkan oleh socialite pada zaman itu (atau sekarang). Dapat pulak cerita 3Abdul ni dah ditayangkan beratus kali di siaran TV free negara ini. Tidak hairanlah jika bebudak muda (atau segelintir orang tua) terpengaruh dengan gaya bersosial sebegini. Ini bercanggah dengan 'transformasi sosial' yang baru saja dilancarkan melalui #MyBeautifulMalaysia 3 Feb lalu.

Tak cukup dengan itu, lenggok bahasa yang digunakan dalam cerita itu juga tidak selari dengan gelombang moderasi yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Menjahanamkan orang. Menyetankan orang yang lebih tua. Bahkan kekurang-ajaran itu diindoktrinasikan sebagai 'lawak' oleh movie ini (dan kebanyakan movie komedi lakonan arwah).
Sungguhpun begitu, gua terpanggil nak membandingkan dialog-dialog dalam movie ini, dengan dialog dari drama-drama cinta korporat di slot 'Akasial' di #RTM3. Gua kalau boleh taknak dengar dialog dalam cerita #RTM3 tu, meluat! Tapi, despite semua yang gua komen di atas, gua tak kesah mendengar dialog-dialog kuang ajar dalam cerita ni berulangkali. Kat sini ada mesej yang sangat mendalam kepada pejuang moderasi yang cuba nak jadi hero di Twitter, tu... No wonder betapa ramai pun yang block gua kat twitter, last-last diorang mesti nak stalk jugak timeline gua. Sebabnya? Kerana gua guna taktik dialog PRamlee ini dalam tweet-tweet gua. Oops. Terpendedahan eksklusif, pulaks...
Apapun, gua nak suarakan kepada yang pedulik, agar biarlah P Ramlee rest in peace. Sudah-sudahlah kita siarkan cerita-cerita beliau. Perangai kita dok rerun cerita dia kat TV, menggambarkan ketidaksensitifan kita pula pada agama Islam. Kesian. Bukannya nak sedekahkan Al-Fatihah ke apa...
Sudah sampai masanya negara melihat lagenda baru. Dan dah sampai masanya kita berjuang menentang kebullshitan yang dah semakin sebati sampaikan kita sendiri taktau, apa yang betul apa yang salah. Mangkuk, betul...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...