Thursday, September 30, 2010

Komen kepada: Selamat Hari Jumaat!

Entry Asal:


Azan Maghrib berkumandang di senja Khamis
Maka masuklah sudah Jumaat pada minggu ini
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Baru
Semoga minggu ini lebih baik dari minggu lepas
Semoga minggu akan datang lebih baik dari minggu ini
 
 
Komen:
Ya Allah! 
Aku mengaku kalah!
Kau Maha Pengampun,
maka
Ampunkanlah aku

Komen kepada: Cerita Kahwin Part II


Entry asal:

So,ada la yang gatal mulut - especially cousin-cousin gua yang suka tengok Melodi pagi Ahad ni bukak mulut - "woi Nami,kau tu bila nak kahwin lagi,sekarang yang belum kahwin baya kita ni cuma kau adik beradik tiga orang,dengan si Rafik,yang tu habis study tu kahwin la".OK,gua adik beradik je belum kahwin.Adik gua dah mula sembang cincin tu cincin ni,sementara adik perempuan gua lebih berminat bersembang pasal drumset dari cerita cincin.Adik perempuan gua cool.

read more...

Untuk berkahwin, kita kena ada pasangan. Kalau kita lelaki, maka pasangan kita ialah pompuan. Kita kena berkahwin, mengaku kalah kepada Allah, belajar erti menjadi ketua dan menyayangi. Kita kena kawin untuk mengalami sendiri keperitan sebuah tanggungjawab. Supaya kita jangan jadi seorang yang asyik menyalahkan atau yang lari dari tanggungjawab.
Berkahwin bermakna mencari jodoh. Jodoh itu bukan nama atau rupa bentuk paras wajah. Jodoh yang dicari itu ialah utopia akan kualiti sebuah cinta seorang Adam kepada Hawa atau vice versa.

Ramai budakbudak camkau suka main kejarkejar dengan soalan tu. Bila nak kahwin? Bila nak tunaikan kewajipan kau sebagai spesis manusia. Aku rasa, apa yang kau kena entrykan ialah apa PLAN kau SEKIRANYA kau nak PILIH untuk BERKAHWIN. Kau explore kemungkinan ini dan diharap dengan cara ini, kau akan dapat idea camana nak atasinya.

Sebab manusia merancang, Allah yang menentukan. Kalau rancangan pun takde, apa benda yang nak ditentukan?

Komen kepada: Binatang Yang AKu nak Bela Tapi Tak Mampu Nak Beli...



Entry asal:

Penulis menyenaraikan senarai binatang yang dia nak bela tapi tak mampu (duit dan kederat), jadi dia ganti dengan senarai haiwan alternatif sebagai pengubat impiannya yang tak kesampaian tu. Aderberani akan menyimpul, meng analisa dan mengeluarkan kongklusi dari entry ini sebagai pertimbangan pihak tuan tanah.

read more...

Salam fontonk:

Aku dah buat semua ni dalam senarai:

Impian kau : Harimau putih
Ganti : Kucing yang akan dicat stripe hitam
Status : Sila lihat 'Analisa'

Impian kau : Ikan jerung
Ganti : Ikan Baung
Status : Sila linat 'Analisa'

Impian kau : Helang
Ganti : Takde ganti
Status : Mulakan menangis

Impian kau : Cobra
Ganti : Cacing Kerawit
Status : Dah ada

Impian kau : Serigala
Ganti : Takde ganti
Status : Sila lihat 'Analisa'

Sila klik di sini untuk 'AnalIsa'

Analisa:

1. Anak kucing boleh diusahakan. Sebab kau nak cat stripe hitam, kau kena cari kucing putih. Nak gempak sikit, kau cari yang mata biru. Mesti awek suka punya. Bila dah dapat, kau boleh gunakan template yang diperbuat daripada kertas manilakat yang dipotong mengikut stripe harimau. Lepas tu, kau tekap template tu kat badan anak kucing kau tadi dan spray menggunakan cat spray hitam. Pastikan jarak nozzle spray dan body kucing ialah 15++cm supaya semburan sekata. Aktiviti perlu di ulang setipa bulan sebab anak kucing membesar. Kosnya agak tinggi, jadi aku rasa kau lupakan part spray-spray tu.

2. AKu setuju dengan ikan baung. Ikan ni memang rare. Dia tahan lama. Cuma tang makanannya kena keluar belanja sikit kalau kau nak ikan baung kau sihat. Nak gempak, kau bagi perut ayam. Kau boleh dapatkan dari pasar. Pau sikit dari kedai ayam. Tapi sebab aku tau kau ni pemalas, aku rasa elok kau bela ikan puyu je. Beli bekas satu, taruk dua ekor, taruk daun keladi, taruk beras sikit. dah. Pastu bila nak Raya baru kau kasi servis akuariumnya. Santau dan tujutuju pun boleh elak...setiap umah kat payabesarpedas WAJIB ada ikan puyu. Ikan keli pun dah banyak sekarang. Ikan baung tak penah tengok pulak...

3. Kau lupakan ajerlah. Takkan dapat kau bela serigala der. Abis gempak pun kau boleh bela anjing. Ini dah masuk ilmiah. Dari segi syarak, kau kena ada sebab daruriyah baru boleh bela anjing.
Kat payabesarpedas, dalam bahasa kasarnya, kau kena ada tanah koman-koman 2 ekar yang berpagar sebagai pra syarat orang muslim nak bela anjing. Takleh nak memandai nak bela Siberian Huskey kat umah. Kok ye kang, kat mana kau nak letak serigala kutub, tu? Lam peti ais?


Kongklusii

Kau kena cari anak kucing warna putih bermata biru, start bela ikan puyu dan tiap kali kau melihat semua ni, kau menangis...Amacam? Ader beran?

Tuesday, September 28, 2010

Komen kepada: Subuh dan Jumaat

Entry asal:

(Beberapa waktu yang lalu, konon terjadi percakapan yang cukup intens di antara dua orang rabi Yahudi. Mereka membicarakan tentang kemajuan umat yang sangat diwanti-wanti dalam perjalanan panjang mereka menguasai dunia: umat Islam.)
Rabi pertama : “Sepertinya kita harus mulai mewaspadai gerakan umat Islam sekarang ini…”
Rabi kedua : “Memangnya kenapa?”
Rabi pertama : “Lihatlah, sekarang di masjid-masjid, setiap hari Jumat, selalu penuh dengan mereka yang menunaikan salat Jumat. Tampaknya mereka sudah mulai bersatu.”
Rabi kedua : “Hmm, tampaknya itu berlebihan. Kita sebenarnya masih bisa tenang-tenang saja.”
Rabi pertama : “Mengapa?”

read more...

Salam Fontonk

Soalan yang bagus. Yang aku tau, nak solat subuh kena bangun pagi. Nak solat Subuh berjemaah, kena bangun awal pagi. Nak bangun awal pagi, kena tido awal dan pastikan sebelum tido, perut tak terlalu kenyang. Maknanya kena kontrol timing dinner atau supper. Ini semua dinamakan time management. Sama skill macam persediaan untuk solat yang kusyu dimulai dengan bersugi dan wudhu yang sempurna.

Nak senang bangun, susahkan tido. Maka, jangan tido selesa-selesa sangat. Tido atas tikar mengkuang atau tilam Toto. Atau tido dalam keadaan sunnah (mengiring).

Nak buat semua di atas, kena lawan nafsu. Nafsu pulak di akhir zaman ni, memang macam suka sangat menggalakkan kita berjaga malam (layan FB, blog, movie, videoclip Slayer, etc). Bahkan berjaga malam juga digalakkan kerana ia melawan nafsu tido (walaupun psychiatrist Yahudi kata kurang tido akan buatkan kita paranoid dan terskizo). Anyway, aku nak cuba jawab soalan kau:

Solat Subuh itu 2 rakaat. Ia paling sedikit jumlah rakaatnya. Dan untuk melaksanakannya secara berjemaah di masjid (sebab kita nakkan solat Subuh macam solat Jumaat dan solat Jumaat itu hanya di masjid), rasa macam tak berbaloi la pulak nak start motor dan bergerak semata-mata nak solat 2 rakaat. Sapa-sapa yang lawan nafsunya dengan meneruskan perjalanan ke masjid untuk bersolat Subuh berjemaah itu adalah pemenang..Tapi ada lagi...

Solat berjemaah pulak kena ikut adabnya. Saf kena rapat. Bila saf rapat, ada body contact. Bila ada body contact, cas berlebihan yang terkumpul dalam kepala hotak kita masa tido tadi dapat di bumikan dengan mudah (masa body contact dan bersujud). Ini membantu manusia untuk lebih fokus dalam aktiviti sehariannya disamping body contact tadi membuatkan jemaah rasa mesra antara satu sama lain. Itulah salah satu sebab kenapa orang dah kawin, bangun tidurnya lebih segar dari orang yang tido sensorang. Sebab banyak cas berkumpul dalam otak dan cas berlebihan mengganggu keseragaman ampere sinaps neuron di dalam otak ketika berfikir di waktu pagi.

Dari segi tasawufnya pula, bila dah ramai orang Islam yang Allah izinkan untuk bersolat Subuh secara berjemaah, ini menunjukkan iman orang Islam sudah ada (salah satu bukti orang beriman: berulang-alik ke masjid untuk solat fardhu). Dan bila iman sudah ada, dan kita pun punyai sedikit kelebihan masa, maka takde apa pun dalam dunia ni yang boleh kalahkan kita.

Wallahu alam

Komen kepada: Apa yang ada dengan Melayu Babi?



Entry asal:

Aku baru tahu mengenai hal ini lepas aku pergi menjenguk dekat blog seorang blogger. Aku tak tahulah sama ada aku ini ketinggalan zaman ke apa. Sebab bila aku terjah pi dekat blog Melayu Babi ni aku tengok dah dua ribu lebih dah pengikutnya.

Aku cuba mencari motif dekat account ini, apa sebenarnya pengasas account ini nak. Kalau betul bencikan Melayu. Diam-diam sudahlah. Tak perlulah nak kecoh sampai macamni. Aku kecewa sangat dengan sikap sesetengah orang seperti pengasas Facebook Melayu Babi(click untuk ke facebook accountnya yea) ni.

Dia kutuk dan hina melayu dan ada juga menghina negara Malaysia ini. Dia kutuk dan hinanya melayu. Katanya kebanyakkan penagih dadah, pembuang bayi, pembuat maksiat dan semua yang buruknya datang dari orang melayu. Oke, kalau betul semuanya datang dari orang melayu, kenapa perlunya kau nak buat macamni? Macam tak reti cakap baik-baik.

read more...

Salam Cik Ju,

Memandang Cik Ju ini seorang yang berkulit sensitif, maka saya terpaksa menggunakan petroleum jelly sebagai lubricant. Kulit yang bergaris bila diguris itu bukanlah kering tapi sebenarnya berdaki. Cuba gunakan scrub masa mandi, nescaya Cik Ju tak perlu menggunakan Vaseline. Tambahan pula, Vaseline itu waterproof dan ia menghalang air wudhu dari sampai ke celah yang sepatutnya. Anyway...

Nasihat saya apabila terjumpa dengan 'Haters' dalam dunia cyber ni, JANGAN LAYAN atau menyebarkan link ke akaun FBnya. Apatah lagi nak buat (2) entry kat blog Cik Ju yang suci ini nak bercerita pasal dia. Serupa macam cerita tersebarnya klip video peterporn atau gambar lucah genius Matematik Malaysia dulu. Lagi kita berborak mengenainya, lagi tersebarlah ia, maka Cik Ju sebenarnya telah memblog walkkan mereka. Kerana orang bodoh jangan dilayan. Jika dilayan, kita memperbodohkan diri kita sendiri. Either way...

Jika yang buat hal itu ialah non Malay, maka kita pahamlah orang itu ada masalah domestik atau otaknya spastik. Tapi kita tetap kena ambil iktibar dari pendapatnya kerana orang yang postif belajar dari semua perkara, lebihlebih lagi komen negatif mengenai dirinya. Memang betul tangga teratas jenayah sex dan lain-lain kat Malaysia itu dipegang oleh Melayu. Nakwat camner? Dah majoritinya rakyat Malaysia ialah Melayu. Kalau kat India, orang Indialah paling atas. Kalau kat China, orang Cinalah paling atas. Dan bila point ini digunakan, pahamlah kita orang itu hanya berkata-kata mengikut emosi dan pengajaran kepada kita: orang marah jangan didekati.

Jika yang buat hal itu ialah Melayu, maka kita pahamlah orang itu ada niat tersembunyi. Biasa arr, Melayu kutuk Melayu sebab Melayu Malaysia itu Islam dan setan hanya memecahbelahkan orang Islam. Apapun, kita kena ambik iktibar dan cuba memahami kenapa dia ada self-hatred. Mesti ada sejarah dia tersendiri. Saya sarankan Cik Ju agar cuba menegurnya dengan sehikmah yang boleh (takut kulit dia pun sensitif jugak). Jika Cik Ju tak reti menegur dengan hikmah, belajarlah. Kalau tidak, sampai bila pun Cik Ju takkan belajar. Nantik Cik Ju akan bercakap macam mamat anonymous yang kononnya nak dakwah Cik supaya tutup aurat menggunakan reverse psychology tu...

Nampak macam saya attack Cik Ju? Jangan sensitiff...Kerana orang yang berjaya adalah orang yang mempelajari sesuatu yang berlaku pada orang lain sebelum ia berlaku kepada diri sendiri. Bahkan kita semua hanyalah saksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita (cuba lihat tafsir syahadah). Kitalah (dengan izin Allah) yang boleh menjadikan sesuatu perkara itu bermanfaat atau mudharat kepada kita, bergantung kepada cara kita melihat dan react kepada apa yang kita alami dengan deria kita ini. Semuanya adalah mesej dari Dia untuk Kita. Mamat anonymous, Emilda (blogger porn yang BW kat shoutbox), dan arwah Tok Wan hanyalah asbab dalam menyampaikan mesej-mesej tersebut kepada Cik Ju.

Saya harap hati Cik Ju tidak terguris dengan komen saya kerana saya percaya hati Cik Ju tidak berdaki. Jika terguris jugak, saya mintak mahap dan saya harap agar Cik Ju sapukan Vaseline kat hati Cik Ju...

Wallahu'alam.

Monday, September 27, 2010

Komen kepada: Aku vs Pemburu Lailatul Qadar

Entry asal:

Temu Bual Penulis Bersama Pemburu Bayangan Lailatur Qadar....Lokasi Dan Tempat Dirahsiakan...

Akuhuduh           : Taun Nih Agak Agak Malam Ke Berapa Lailatur Qadar?

Pemburu             : Owh.... Malam Ke Dua Puluh Dot..Dot Laa....

Akuhuduh           : Uiks!!! Camno Bole Tau Tu??

Pemburu             : Emmm...Tiap Tiap Tahun Kita Buru Dia, Jadik Allah Kasi Taufik La Tuk Merasai Saat     Saat   Kedatangan Malam Tuh..

Akuhuduh           : Uuuiiii..... Macam Tu Skali ( Sambil Control Jeles )
salam..maafkan aku tapi aku rasa kau dah tertipu pada malam laila tu. Sebab Baginda SAW pun beriktikaf, kau lak mandai-mandai...

anyway, ni cerita pasal Laila hunter:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/08/interview-dengan-wali-lailatul-qadar.html

dan ini cerita pendapat seorang karkun macam kau pasal memburu Laila:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/09/atan-dan-abu.html

dan ini cerita pengalaman berkhalwat dengan Laila tahun ni:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/09/malam-tadi-aku-khalwat-dengan-laila.html

Anyway..aku tak suka dengan cerita2 kau, so kipidap 
                              (kalau aku puji kang kau kembang, so aku test kau)

Komen kepada 'Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero'


Entry Asal:

Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.


Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.
read more...


Salam semua,

Wahhh..hebat perdebatan dalam entry kalini. Ini memang kebiasaan dalam blog atau site yang menyentuh hal-hal konspirasi. Hal konspirasi berkait rapat dengan psychology manusia yang suka mencari penerangan kepada sesuatu yang ghaib. Sebelum itu, tahniah kepada tuan tanah yang buat artikel ni dengan mengambil kira ilmu tafsir, dan sensitiviti pembaca-pembaca yang berbilang agama dan bangsa serta berilmu tinggi.
Setiap orang ada komen mereka dan seperti ibnuyaacob sendiri, masing-masing ada kepakaran mereka. Cumanya saya rasa, semasa menjawab komen orang lain, kebanyakan kita terlupa akan topik sebab terskizo dek ayat-ayat panas pengomen lain.

Kepada abang-abang karkun, tugas kita hanyalah menyampaikan. Dan bila ada orang yang tak terima ajakan kita atau salah faham sebab kelemahan kita berbicara, diamkan ajer. Jangan layan. Yang penting, lepas kita sampaikan, kita mau bangun malam dan doa sungguh-sungguh agar kita semua Allah berikan taufik dan hidayah.

Kepada brader-brader tarekat dan pondok, saya sangat setuju dengan pendapat yang mengatakan nak tafsir Al-Quran itu termemerlukan 15 cabang ilmu. Namun, ibnuyaacob tak tafsir Al-Quran dalam artikel ni. Beliau cuma dapat lihat KESELARIAN peristiwa dalam surah At Taubah itu dengan apa yang berlaku ini. Dari sini kita dapati beliau bukanlah penafsir tetapi seorang pengkaji dan mengkaji Al-Quran itu amatlah digalakkan. Walhal setiap pergerakan seorang Rasul itu mengandungi hikmah walaupun cara Baginda buang bijik kurma sekalipun, inikan pula Al-Quran yang Allah dah redha dengan susun aturnya pada hari ini. Kalau tak, tentu Al Quran itu disusun dalam susunan mengikut kronologi turunnya ayat.

Kepada orang pertengahan: aku tau ada dikalangan korang yang wali-wali. Sebabnya korang tunjukkan akhlak dengan mengambil jalan tengah dan berbaik sangka dengan semua pengomen yang panas-panas belaka. Baik korang singgah kat blog aku dan bersantai dengan cerita-cerita pasal korang.

Kepada bloggers yang copy paste, sila taruk disclaimer dan link kembali ke artikel ini bagi mengcover belakang korang kiranya ada yang tersalah faham atau sebagainya. Teruskan menyebarkan apa-apa yang korang rasa baik namun lakukanlah dengan integriti dan kesedaran. Jangan ikutkan sangat statistik jumlah visitor ke bloh korang tu sampai korang main publish ajer tanpa usul periksa. Nak lagi best, cuba selidik sikit pasal Cordoba Initiative, Rockefeller atau aku dan tambah lagi info on top info ni. Barulah berkembang. Korang ada masa, jadi jangan membazir.

Yang merisaukan aku ialah golongan yang bermula dengan niat yang baik tapi menjadi panas sebab ditembak oleh orang lain (sebab salah cakap atau salah eja). Kemudian sebab nak cover, dia memutarbelitkan kata-katanya sendiri dan bermain dengan falsafah atau ayat Al-Quran. Pesan aku ialah: bila ada orang nampak kesalahan kita, dan ianya betul salah, maka betulkan diri anda. Jangan jadi macam orang Yahudi. Putar belit sampai diorang pun dah confuse apa yang betul, apa yang tidak...

Apa-apa halpun, perbezaan pendapat itu memang menarik dan ia memberi manfaat kepada yang mahu mengambil manfaat. Aku tau ibnuyaacob dah biasa dengan hal sebegini. Bagus entry ni. Penyampaiannya juga bagus. Diharapkan kita semua akan sekular dengan tidak bermasam muka atau berprasangka antara satu sama lain setelah perbincangan ini.

Sunday, September 26, 2010

Komen kepada: Dirogol atau Kerelaan Sendiri?

Entry asal:

(Panjang sangat, korang klik jer lah kat sini-tukang komen)



Komen kepada "Aksi Celah Kangkang"

Entry asal:


Malaysia - Kaedah celah kangkang menjadi salah satu kaedah jenayah terbaru yang dikesan di negara ini. Terbaru 2 kes kecurian menggunakan teknik celah kangkang berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup.- Unwanted melaporkan dalam blognya..


read more...

kalau ko tgk, itu laki bini tu..BERTUDUNG TU... jenayah sebegini (atau lebih dahsyat lagi) semakin meningkat kat Malaysia dan kebanyakannya bermotifkan DUIT...adakah ini bermakna inflasi semakin mencengkam? sapa yg tak tau Raya tahun ni hambar? sapa peniaga bazar ramadhan tahun ni yg tak mengeluh kata sales tahun ni jatuh? sapa yang tak tahu kes bunuh Datuk Sosi... bermotif utamakan DUIT? Orang kaya tak cukup duit, orang miskin apatah lagi... Kalau ditangkap diorang ni, cuba tanya balik kenapa mencuri.. (serupa juga kes bakal ibu yang mencuri pakaian anak atau ibu yang mencuri semasa nak Raya) maybe diorang tak berduit dan mencuri untuk anak2 mereka..apa kau tau? korang ada earning nuffnang.. Jangan cepat menghukum. Bila tengok perkara camni, selidik dulu...

Saturday, September 25, 2010

Tukang Komen

Sebagai manusia yang macam bagus, aku akan mengomen blog dan posting orang kat sini. Kalau korang nak aku komen blog korang, sila tinggalkan URL posting di ruangan komen. Ader berani?
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...