Saturday, December 4, 2010
Komen kepada: Lelaki Melayu Sekarang Agak Loser
Entry asal:
Dah soalan tanya harta ngan paras rupa kan? Aduhhh.. Hati suci sangat pun susah weyh. Ikut kesesuaian ah. Semua hati nak suci, belajar malas, kerja malas, lu bawak hati lu pergi GIANT apa barang lu boleh dapat? Gua rasa, pada zaman sekarang ni orang lagi memilih kebendaan dan apa yang di boleh dirasai. Sekarang mungkin lu orang sama sama belajar, berjanji sehidup semati, mengharungi liku liku kehidupan yang mendatang sambil berpegangan tangan. Gua rasa BULLSHIT. Bak datang mamat bawak Buggati Veyron menabur kekayaan kat awek lu orang, tengok gila tak gila awek lu orang? Gua rasa sebagai kaum perempuan, kita orang tak selfish. Tapi lebih memikirkan masa depan anak anak kita orang nanti. Bukan kah lebih terjamin? Mana ada perempuan taknak hantar anak kat private school, petang ada kelas piano dengan swimming, malam hantar mengaji dekat guru Agama terkenal, bagi kegembiraan dan kesenangan demi masa depan anak anak.
read more...
Salam Cik Eleena,
Oleh kerana Cik dah membakar, maka saya mencurahkan petrolnya. Saya suka dengan entry ini yang sarkastik tetapi direct. Saya setuju lelaki Melayu semakin kalah dalam perlumbaan untuk menyebarkan benih pembiakannya, berbanding lelaki dari bangsa lain. Satu sebab utama ialah rupa mereka yang lebih menyerupai Proto-Malay dari rupa Pan-Asian yang lebih eye-friendly. Sebab kedua ialah mereka takde material kerana saya juga setuju, tanpa material, macam mana kita nak dapat (pe)listik pembungkus barang keperluan rumah setiap bulan. Dan komen ini ditulis dari perspektif seorang perempuan MELAYU. Sebab tulah saya bagi salam, walaupun saya tak pasti Cik ni agama apa.
Lelaki Melayu kena ada substance. Kalau mereka takde strength, sekurang-kurangnya mereka kena ada stamina. Kalau mereka takde pickup, mereka kena ada top end. Kalau mereka takde rupa, mereka kena imbangi dengan ada reta. Tapi camner nak buat kalau dua-dua memang dah ditakdirkan takde? Terpakser lah berpuashati dengan pilihan makbapak atau andartu-andartu bekas mainan lelaki yang bereta.
Yang berduit pulak, dia tak main dengan pompuan Melayu. Sebab mereka ada kelebihan untuk memilih. Dan lelaki macam ni, biasanya hanya tertambat dengan pompuan Melayu yang betul-betul boleh MENUNDUKKAN dia. Ada yang tertunduk dek peribadi. Ada yang tertunduk sebab budi. Tapi ramai yang tertunduk dek you-know-what. Dan jenis ni, biasanya kawin lambat. Sebab mereka nak sample semua jenis daging yang ada dipasaran. Barulah bila kawin tu namanya 'settling down'. Sekiranya lelaki yang miliki benda ni yang menjadi keutamaan dalam pilihan Cik, maka Cik ni bakal berkahwin dengan LAKI orang atau orang tua. Jadi, jangan komplenlah nantik kalau tak puas, atau abang tak layan dengan secukupnya atau benda-benda batin yang berkaitan.
Sebab pompuan Melayu ni, demand tinggi, tapi habuk pun tarak. Benda basic macam memasak atau memastikan rumahtangga 'sedap mata memandang' pun masih fail. Wajah dan bau juga berubah setelah berkahwin. Takyah cerita la peranan di ranjang yang sekadar terkangkang tanpa sound effect. BUkanlah nak kata pompuan bukan Melayu tu bagus. Pengalaman saya, diorang ni kita takleh nak salahkan sangat sebab mereka memang nak kena ajar memasak ikut selera seorang lelaki Melayu. Atau berperangai cam orang Islam. Sebab pompuan Melayu pun dah tak macam Melayu, apa yang boleh kita harapkan dari mereka?
Kembali kepada topik, ini ialah soal mendirikan rumahtangga, saya percaya bahawa sebuah rumahtangga, sungguhpun dikepalai oleh si lelaki, memerlukan sokongan dan peranan dari semua pihak, dari suami isteri hinggalah ke makbapak. Sebab nobody's perfect. Dan bukan semua orang ada semua benda. Yang ada otak, kurang musclenya. Yang bermuscle pulak, kurang otaknya. Jangan anggap rumahtangga itu sebuah kapal dan menyandangkan semuanya di bahu Kapten. Anggaplah ia macam sebuah kompeni dan semua orang ada peranan dan KPI tertentu. Kerana ini ialah soal jodoh. Dan kita takkan tahu balak kita ni ialah jodoh kita, sehinggalah dia disahkan menjadi suami kita.
Dan bila dah kawin tu, sesamalah berjuang mengekalkan keharmonian rumahtangga itu. Bukan main tuding-tuding atau demand-demand. Nuff said.
Labels:
komen bebas
Subscribe to:
Posts (Atom)