Thursday, November 4, 2010

Komen kepada: Dear Copy Pasters and Plagiarisers


Entry Asal:
Hey motherfucking asswipes! How ya doin? Do you like stealing my shit and not giving credits. No more excuses ok. Just for you assholes I'm gonna teach you how to properly share other people's hard work you found on their blogs online. Today I'm gonna spoon feed your ignorant ass so youse have no excuse for not crediting my work properly. Sepatutnya benda ni tak diajar oleh aku. Korang buat research paper dan dissertation FYP dekat Uni takkan tak tahu lagi camne nak bagi proper kredit. Gua suruh buat footer je. Not write a goddamn BIBLIOGRAPHY.

read more...
Salam, Obefiend
Harini, masa aku baca blog-blog bakal mangsa aku, aku ada jumpa komik bangsat sempena piala Malaysia tu somewhere. Aku pikir: cool la komik ni. Kemudian, bila dah baca blog FOA, baru aku tau komik tu milik kau. Aku juga dapat rasakan bahang kemarahan kau sebab orang main tibai idea kau tanpa cakap timer kasih atau link balik ke blog kau. Soalannya, kalau kita meniru masa ujian selaras, kita tulis tak nama orang yang kita tiru tu kat kertas jawapan kita? Perkataan TIRU itupun sama jeleknya macam perkataan curi, rogol atau suntut. So, WTF do you expect?
Sungguhpun ayat dalam entry kau tu panas, aku dapati kau masih sayangkan pengunjung dan para pembaca kau. Buktinya, kau sentiasa melakukan yang terbaik untuk mereka dengan menyediakan entry yang bagus, bahkan mengajar mereka lagi bagaimana nak jaga hati kau sekiranya mereka ada niat nak recycle entry kau di mana-mana selepas ini. Entry ni penting demi menjaga morale kau sendiri, sebelum kau sendiri fedup dengan peniru ni semua dan berenti blogging altogether.
Isu hakmilik atau giving proper credit dalam dunia internet ni memang klasik. Aku sendiri pun suka curik gambar dari google tanpa bagi kredit atau buat link back pada google. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang membesar dengan CD cetak rompak, computer game yang telah di crack dan siaran berita yang isinya dicuri dari CNN atau Reuters, aku dah biasa dengan halhal sebegini. Zaman aku buat zine dulu, aku marahmarah jugak bila artikel, artwork atau jargon yang aku introduce dalam dunia ni dicuri dan di claim sebagai milik diorang. Tapi semakin aku meningkat dewasa, aku semakin tak pedulik. Ditambah lagi dengan fakta bahawa penguatkuasaan akta hakmilik kat Malaysia ni nak kena makan Viagra. Kalau Windows 7 dan Microsoft Office pun kena curik, ni kan pulak komik lawak Hai-O kau tu.
Polis cyber hanya melindungi hak Rais Yatim dan BN. Yang takde kena mengena, jangan haraplah diorang nak layan. Jadi, aku boleh relate kekecewaan kau bila golongan blogger sendiri pun tak jaga etika dalam berblogging. Aku bet, diorang ingat kau tak kisah sebab kau tak pedulik dengan perasaan orang melalui pilihan ayat yang kau gunakan dalam FOA.
Satu lagi, nama blog kau: Freedom of Ass-o-ciation, tapi ada blog rules. Kata benci pada Anon; tapi kau sendiri pakai nama orang kapir mana ntah. Kau ni ingatkan aku pada undergrounders yang masih stuck dalam dunia post-SPM la.

Jadi, pada pandangan aku, selagi kau buat entry yang cool, memang akan ada orang yang akan plagiat dan TERLUPA nak bagi kau kredit. Adakah ini bermakna kau kena lame kan entry entry kau selepas ni? Tak, kan? Jadi, buat apa kecoh-kecoh? Atau pun entry ni nak cakap bahawa kau ni influential? Well, that is expected from somebody who crave for credits. Sounds like you grew up in a family with domestic problems.

Pada aku; Hanya Johari yang mengenal Maniam. Jangan tak pedulik apa yang Maniam buat sebab Maniam ni biasanya kau tak perasan pun. Yang kau mahukan ialah Johari. Dan pada aku, seorang Johari pun dah cukup untuk menenggelamkan beribu-ribu Maniam yang kadang-kadang happen to be in FOA by chance. Rilek la bang.

p/s: I'll take both pills, heat it and stick it in Scot Weiland's vein. Damn, junkies...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...