Wednesday, October 20, 2010

Komen kepada: Speking London Pulak



Entry asal:

hello2 ebriwan..
i think dislah n3 first from me dat speking london.
i’m not so gud in inglish ya, but not wrong to test kan?

wen i talk inglish to people village
dey will say “fuyoooh, hebatnya ko speking london”
don you so proud to hear dat?
kembang kempis lobang idung
even you also do not noe wat are you talking about

read more...

Salam Dr Hanis.

Aik? Yu is doktor, rait?
Kenot bi yu kenot spiking minglish
Leyter yu komfius spatula with sairinj
jas dont insalt ader pipel intellijens, plis

Hehehe. Saya suka menggunakan bahasa macam ni. Menyusahkan orang nak memahaminya. Translator pun jadi biol nak terjemah ayat kita. Namun, isu bahasa itu adalah isu politik lately. Dan golongan blogger la yang dijadikan mangsa..

Dari satu sudut, saya tertarik dengan humor dalam entry ni. Ada blogger yang tak reti berbahasa English, mencuba nak berblogging dengan bahasa Inggeris (nak appeal to a larger crowd la konon). Tapi ayat dia punyalah hancuss sampai naik skizo aku cuba nak memahaminya. Ini mengingatkan aku zaman aku dengan dunia zine dalam underground dulu. Tapi aku tetap berikan kudos kepada yang berani mencuba.

Pada aku, paling utama ialah menyampaikan mesej. Kadang-kadang, ada suasana kompleks yang mudah diterangkan dalam BM macam:


"...jangan jadi umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah, mati kelaparan, Karam Singh melaporkan"

Ada masanya, kita kena pakai ayat BI nak bagi impak pada pembaca, macam:


"..then BAM! I smacked that fella right on his face. Blood splashed out from his nostrils..."

Ramai cendiakawan atau golongan ilmiah pulak, suka benar quote perkataan dalam BI nak bagi ayat diorang nampak berat dan berisi:


"..contohnya golongan sedikit yang senyap atau 'silent majority' yang lebih suka berdiam diri dari membawa apa-apa perubahan dengan lawatan mereka ke blog-blog persendirian atau 'personal blogs'..."

Tapi aku memang takbley tahan baca/dengar ayat yang macam ni:


"I tengah jalan-jalan kat Pavillion masa I terserempak dengan boy tu. So, I pun macam, wow! cutenya"

Bahasa itu amat penting. Penggunaan perkataan juga amat penting dalam penulisan. Tapi ia tidaklah sepenting menyampaikan mesej itu kepada target. Kerana setiap pembaca mempunyai pemahaman dan tahap IQ yang berlainan. Dan ayat yang 'open ended' atau terlalu umum akan menyebabkan orang tersasar dari mesej sebenar.

Jadi, aku nak menyalahgunakan entry cik doktor dalam menyampaikan mesej aku ini kepada semua. Semoga selepas ini, kita akan lebih simple dan berisi dalam menyampaikan maksud hati kita dan mengurangkan kes salah faham yang semakin menular di kalangan blogger.

Dan aku nak ambik kesempatan ini untuk menggalakkan semua agar bertanyalah sekiranya tak paham sebab mengandai itu ialah making assumption dan making assumption itu ialah:

Making an ASS out of U and ME

Komen kepada: Mencari MR/MRS Perfect?



Entry Asal:

Benarkah wujudnya Mr/Mrs Perfect?Begitu susahkah mencari pasangan yang memahami diri.Apakah sudah mati mereka yang Sempurna sehingga yang wujud hanyalah mereka yang kurang Sempurna....

Bacalah sajak dibawah ini,semoga yang membaca memahami isi-isi yang tersirat didalamnya....

Tak Perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman...

read more...


Salam Jib.

Aku suka entry yang ni dan mesej yang kau nak sampaikan. Apa yang aku paham; kita kena sedar diri kita sapa sebelum kita sibuk nak itu ini dari pasangan kita dan jika kita dah ada pasangan, terimalah dia seadanya...

Biasalah seorang yang tak pernah ada teman, akan sentiasa mengimpikan seseorang yang menyejukkan mata memandang dari luaran dan menyenangkan hati dari dalaman. Tapi bagi mereka yang playboy macam Asan, mereka tahu bahawa kesempurnaan itu adalah fatamorgana dalam percintaan.

Sebab fitrahnya, manusia kena berpasangan. Yang taknak berpasangan tu biasanya adalah orang kecewa dan paderi. Fitrah ini dijadikan demi keterusan spesis manusia. Kerana itulah berpasangan sejenis itu dilarang sebab TAKDE HASIL.

Tetapi dalam hal perhubungan sesama manusia atau pasangan kita, kita takbley menyukai seseorang kerana kelebihannya. Sebab setiap manusia, semakin kita hampir padanya, semakin jelaslah kelemahannya. Tambahan pula, jika kita suka seseorang kerana kecantikan atau kelebihannya, maka apa bezanya sayang kita dengan sayang orang kebanyakan yang memang akan suka kepada kecantikan?

Masalah utama dalam hubungan percintaan ialah harapan. Si lelaki mengharapkan si perempuan akan menjaga hatinya, membenarkan dia meraba tempat yang tak sepatutnya dan meminjamkan duit barang seketul dua. Yang pompuan pulak mengharapkan si lelaki dapat membaca fikirannya, mendengar tantrum periodnya setiap bulan dan mengangkat plastik mereka masa shopping. Bila ada harapan yang macam ni, maka perhubungan itu akan selalu ada pergaduhan.

Dalam percintaan, kita takleh pikir apa yang kita ndak. Kita kena selalu pikir camana nak bagi pasangan kita ni bahagia. Dalam percintaan, takde istilah'aku'. Yang ada hanyalah 'dia'.

Kita selalu dikaburi dengan istilah jodoh yang dah tertulis. Bila kawin lambat, kita kata belum jodoh. Bila dah cerai, kita kata takde jodoh. Pada aku, jodoh itu bukanlah nama orang yang kawen dengan kita tu. Jodoh itu adalah kualiti dalaman yang ada dalam pasangan kita. Kita kena cari 'jodoh' itu dalam pasangan kita. Dan untuk itu, kita kenalah bercinta. Dan masa bercinta, jangan harapkan apa-apa. Dan yang ada hanyalah Dia.

Dan bila dah kawen, 'aku' dan 'dia' tu akan lenyap bila dah ada 'mereka' (anak-anak). Barulah institusi rumahtangga jadi OK. Kot?
Aku pun masih mengkaji lagi...

Amacam Jib? Ok tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...