Entry asal:
Pertama sekali, lebih suka untuk aku katakan, ini adalah penulisan khas dari aku sebagai nasihat kepada mereka yang baru menjinakkan diri ke alam blog. Sekadar pandangan peribadi aku atau getusan ringkas hasil soal-balas dari para pembaca yang dahagakan arah dalam dunia blog.
Semestinya aku akui, blog ini telah menjadi perhatian dalam tahun 2011 yang serba mencabar. Aku katakan sebagai mencabar kerana, setelah bertahun ulung hayat aku bergelumang dalam arena maya ini, hampir 5 tahun jika di nilai dari blog lama aku yang telah aku buang dari kehidupan, aku kena akui semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula ber-blog (mempunyai blog), tak kira platfom percuma ataupun tidak. Ada juga yang menggunakan platfom facebook, aku tahu, jangan nak tipu.
Jadi, semakin ramai ber-blog. Semakin mencabar dunia blog. Mengerti?
Lebih suka aku kaitkan bilangan pengguna blog yang kian ramai sebagai punca mengapa dunia blog semakin mencabar, semakin sesak dan lebih tepat, semakin keji. Mungkin ada yang lucu. Namun, ia tidak selucu blog era dahulu. Kadang-kadang bila baca tubelawak pun, aku rasa blog Ben Ashaari lagi lawak. Lawak dengan segmen bodoh misalnya.
Jangan perasan. Ni untuk aku. |
Hahaha. Nice entry. Aku setuju dengan kebanyakannya cuma...
Sebagai undergrounder, takkan kau tak perasan kesamaan evolusinya?
mula-mula ug sekadar same interest. Pastu gig mendapat sambutan. Dijanakan lagi oleh zine dan isu-isu ethical serta pergaduhan antara genre. Dan dapat perhatian media mainstream. Mula-mula join sebab curiosity, lepas tu minat. lepas tu, bila kengkawan lain dah berjaya (atau kahwin atau berkarier), yang tinggal pun jadi otai (sebab lepak dengan noobs). Bila bangfes dan hujan berjaya, atau budak2 baru buat duit dengan dgn ug melalui internet, mulalah mindfuck kan budak2 dengan cerita2 ethics, good old days, etc.
Grow up la AA. Wise la sikit. Patutnya kalau kau dah anticipate semua ni akan berlaku, apa yang kau buat? Kau galakkan persatuan atau perpecahan? Tapi yelah, itu luahan peribadi kau.
Pada aku pulak:
Berilah orang baru peluang dan masa. Nantik sampailah hidayah kat diorang, macamana hidayah sampai kat ko. Dan maybe, just maybe, mereka akan jadi lebih baik dari kamu semua nantik.
fak komen moderesyen
p/s: asperger symptom doesn't fit me. I know me. I don't know you.
pp/s: some words in this article has been moderated to suit the audience here (noobs)