Friday, December 3, 2010

Komen kepada: Kesian Melayu

Entry asal:

Agak agak secara bangang, apa teras kekuatan melayu? bangsa yang muda tak mempunyai akar tunjang.
melayu hanya mampu menjadi kuat sekiranya mengambil islam sebagai  teras kekuatannya
Islam bukan saja agama yang indah,bersih dan suci malah kekuatan ketamadunan islam itu di perakui

 read more

Salam brutalsolo,

Entry yang gempak sebagai penyebar info tentang kesedaran kepentingan beragama Islam di dalam bangsa Melayu. Aku bangga jadi Melayu sebab bangsa ini saja yang memperlembagakan agamanya. walaupun aku sendiri semakin keliru dek keadaan negara yang semakin mengkapitalisme.

Sungguhpun peruntukan perlembagaan itu sudah ada, namun penguatkuasaannya amatlah lemah. Punyalah lemah sampaikan dewasa ini, aku pun dah tak tau samada bolehkah aku memberi salam kepada mamat berambut ala Beckham di depan aku ni. Atau patutkah aku menegur kapel yang sedang commolot di depan anak-anak aku ni.

Tak cukup dengan tu, golongan yang mensyiarkan ketayap dan janggut mereka juga nampak lebih mudah tersinggung daripada apek, machaa atau bro.

Dan yang lebih menyedihkan lagi, orang macam kau dan aku, sungguhpun kaya dengan keislaman kita, masih bergua-gua lu-lu tiap kali kita berbicara dengan bro-bro kita.

Aku taktau mana akar atau tunjangnya. Dan aku rasa pokok ini akan rebah dek ranting yang macam kita berdua. Atau dek anai-anai yang kita biarkan beranak di hati kita...

Komen kepada : Nasib bangsa aku

Duit Rakyat Didahulukan, Pelan Persaraan Di utamakan
Entry asal:


[malas aku nak taip balik entry asal sebab tiap kali aku copy, dia stuck kat widgeo punya iklan. Aku memang anti dengan taktik widgeo dalam mempromosi. Ni silap-silap aku komen pasal widgeo lak ni kang]

Klik di sini


Aku tertarik dengan blog ni sebab kebanyakannya adalah sajak yang bersifat peribadi. Aku juga suka sebab budak ni budak negeri. Jika ini menyebabkan aku ni dilabel kenegerian, maka pergi mamposlah sama pelabel. KahKahKah.

Salam Khairul,

Isu kenaikan harga petrol memang tidak asing lagi. Bila ia dipersoalkan, kita akan disogokkan dengan hujah boring seperti petrol di Malaysia masih murahlah, Malaysia dapat save berjuta ringgit dengan penarikan subsidilah, ramai yang jual petrol haramlah. Aku yang tak pernah beli RON97 pun terasa cam cibai bila dapat tahu akan hal ini dari blog kau. Dan sebagai bangsa Melayu yang tanpa usul periksa, aku anggap apa yang aku baca kat blog kau ni adalah berita sensasi terkini yang tak perlu disangkal lagi. Maka bermulalah komen kita pada hari ini.

Bila harga petrol naik, peniaga akan menaikkan harga barangan. Bila harga barang naik, sebenarnya nilai duit kita semakin turun. Aku tak pedulik berapa kadar tukaran ringgit berbanding dolar. Cukuplah padaku sebagai hujah bahawa harga air kencing yang nak aku curahkan nantik semakin tinggi nilainya. Baik aku curahkan kat rumah ajer sebab takmau IWK makan gaji buta.

Sebenarnya aku faham dengan falsampah menaikkan harga petrol ni. Aku juga paham bahawa duit subsidi tu lebih baik digunakan untuk benda lain. Cuma aku benci tatkala melihat lemahnya penguatkuasaan dalam mengawal kenaikan harga barangan. Umpama golongan peniaga itu lebih KUAT KUASAnya dari PENGUATKUASA. Berita dalam TV pun sekadar tangkap muat, nak tunjukkan bahawa pihak BERKUASA TAHU dan lakukan sesuatu dalam hal ini. Tak dipaparkan pulak indeks keberkesanan penguatkuasaan walaupun PM dah perkenalkan sistem KPI dalam pentadbirannya.

Kalau harga ayam setiap musim perayaan dalam SETIAP TAHUN pun tak dapat nak pantau, agak-agaknya apalah lojiknya janji mereka nak memantau benda lain? Agaknya memang betul bahawa bangsa kita ni hanya pandai mencipta dan menginovasi tapi mangkuk bab mengekal atau memperkayai. Yang boleh harap ialah bab bercakap.

Jadi, apa yang boleh kita buat? sementara nak tunggu mengundi, alamat kita semua dah bankrap. Kalau kita buat demonstrasi, kita sapa yang akan jamin kita jika kita ditangkap nantik? Kalau kita sebarkan PERASAAN ini, kita akan dituduh mengindoktrinasi. Jadi apa yang boleh kita buat?

Buat lawak jelah sebagai penghibur jiwa yang kacau...

Komen kepada: Wujudkah kosong?


Entry asal:

Sesuatu yang berisi tentunya tidak sama dengan sesuatu yang kosong, namun pertanyaannya, apakah benar yang berisi itu adalah sentiasa sesuatu yang baik? Apakah kekosongan hanya bermakna sesuatu yang tidak baik atau tiada apa-apa kesan kebaikan darinya? Atau apakah kekosongan hanya berkaitan dengan kebosanan yang menyelubungi kehidupan?


read more...


Salam Cik Zarch,

Pada saya, kosong itu hanyalah garisan pemisah. Dengan kosong, saya lebih menghargai akan kesucian sebuah keberisian. Tanpa kekosongan, saya tidak ada motivasi untuk mencari pengisian. Bahkan, setiap hari saya akan bermula dengan kosong agar ekspedisi mencari hari ini yang lebih baik itu lebih mudah buat saya. Serta proses memahaminya pada malam nantik sebelum tidur lebih sistematik.

NOMBOR KOSONG umpamanya, adalah pemisah antara integer positif dengan negatif. Dengannya kita dapat menilai magnitud sebuah anu, atau mengetahui arah sebuah vektor. Tanpa nombor ini, kita tidak akan menghargai kemutlakan sebuah permulaan. Nombor 10 lebih mudah diterangkan kepada budakbudak darjah 3 sebagai permulaan nombor dua digit daripada nombor 9.99999999. Dengan nombor kosong, kita dapat buktikan secara matematik bahawa sesuatu yang dikaitkan dengan kekosongan itu tidak akan memberi apa-apa nilai. Namun anehnya, melalui nombor yang mewakili 'ketiadaan' ini juga, cendiakawan matematik lebih memahami konsep infiniti.

Intepretasi KOSONG SEBAGAI SEBUAH PERKATAAN pula membawa kepada pelbagai tafsiran. Ada yang melihatnya sebagai 'ruang'. Ada yang melihatnya sebagai 'keadaan'. Saya melihatnya sebagai sebuah 'permulaan'. Sungguhpun demikian luasnya intepretasi perkataan ini, kadangkala saya akan TERASA kewujudan emosi bila saya dilabel sebagai KOSONG setelah susah payah saya cuba tonjolkan akan keberisian saya. Namun emosi sebegini tidak saya layan sekiranya saya tak ingin terus berada dalam kekosongan yang dikaitkan dengan saya tadi...

Dalam hal realiti dan keagamaan, manusia perlu mengosongkan dirinya dari sesuatu untuk lebih menghargai sesuatu itu. Kita takkan dapat menghargai kebenaran, selagi diri tidak dikosongkan (bertaubat dari negativiti) sebelum memulakan perjalanan menuju ke arah kebaikan (positiviti). Sesuatu takkan bergerak (ke arah yang sepatutnya) jika kita tidak berupaya mengenalpasti vektor-vektor yang bertindak ke atas roh yang hendak digerakkan itu. Pendek kata, dalam hal penerokaan diripun, KOSONG itu ada NILAINYA yang tersendiri.

Secara peribadi pula, tatkala saya mengosongkan diri setiap hari, saya suka menganggap kekosongan itu sebagai tanpa warna. Dari sini, kekosongan itu akan menimbulkan segala macam rupabentuk perkara yang tersurat atau tersirat pada saya untuk hari tersebut. Semuanya akan nampak chaotic, hitam putih (kerana waktu muhasabah kita kena tau mana baik dan mana buruk) hingga ke tahap tiada satu pun yang berlaku memberi apa-apa makna. Kemudian saya akan cuba mengamati setiap butir dalam kekacauan itu. Sedikit demi sedikit, setiap hitam dan putih itu akan mula menampakkan warna dan bentuknya. Lama-kelamaan, ia akan menjadi suatu gambaran sebuah pemandangan yang biasanya mententeramkan jiwa (kerana dah paham). Dan setelah itu, barulah semua warna yang umpama pelangi itu bertukar menjadi putih. Barulah datang sakinah untuk zzzzzzzzzz....

p/s: perenggan terakhir diexplain juga di sini bagi mereka yang CGPA kurang dari 2.75
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...