Entry asal:
Sedang kitaorang berjalan2 miss x bagitahu kat aku yang perutnya memberi satu isyarat yang telah pun di salurkan ke otak yang mengeluarkan satu message iaitu lapar hehe..dalam masa yang sama lidahnya merembeskan satu jenis cecair apabila terlihat sebuah restoran yang diberi nama 'Ayam Penyet'..
read more...
Salam Tuan Ali,
Seperti yang saya gembar gemburkan di shoutbox anda, saya juga seorang peminat nasi ayam penyet. Saya mengenali makanan ini asbab sebuah kedai makan Melayu si Seremban Jaya yang menampilkan makanan ini sebagai menu utamanya. Saya suka gaya penulisan tuan, jadi bila tuan tulis pasal ayam penyet, saya terus order nasi ayam penyet tapau, satu.
Tuan keluar dengan seseorang? Miss X? Whooaaa.. Dating ke bang? Bahaya, nokk. Tapi bila tuan cakap jemaah ada dua dan tuan ialah imam dan dia ialam makmum, saya ameenkan...
Aik? Setau saya, ayam penyet itu ialah ayam goreng, tempe dan tauhu goreng, ulam sikit (biasanya kacang botor dan petai) serta sambal untuk ayam dan ulam (fyi: sambal sayur dengan sambal untuk ayam, sepatutnya lain-lain). Saya perasan ada macam semangkuk gulai pucuk ubi (juga faveret saya) terselit. Dan dua gelas air milo sejuk.
Gambar seterusnya ialah pinggan yang licin serta tulang-temulang mangsa. Dua gelas air milo pun tah mana perginya. Dari kedudukan mangkuk gulai, nampaknya macam tuanlah yang bertanggungjawab meng-clearkan gulai ubi. Tambahan pula, tiada tulang mangsa kelihatan di pinggan tuan. Apsal tak habiskan kobis tu?
Yang saya nak komen ialah tabiat pemakanan. Pada saya, kombinasi nasi ayam penyet dengan gulai sebenarnya menenggelamkan nikmat kepenyetan ayam itu. Sebab rasa gulai itu berlemak dan makanan berlemak akan conquer tunas rasa yang ada kat lidah kita, membuatkan kita hilang 20-30% nikmat ayam penyet yang terdiri dari goreng-goreng dan sambal-sambal sajer.
Dah makan gulai, di bilas pulak dengan air milo sejuk. Saya harap air milo tidak diminum semasa makan sebab ia akan membuatkan kita cepat muak (susu+gulai yang berlemak). Saya anggap tuanlah mangsa keadaan untuk menghabiskan kebanyakan makanan yang di dalam gambar pertama berdasarkam kedudukan bekas makanan yang hampir ke bahagian tuan.
Amatlah berbahaya sekiranya kita makan makanan berkolesterol tinggi (macam gulai dan gorengan yang berminyak) kemudian dibilas dengan minuman sejuk. Ini kerana kolesterol itu akan pejal dalam perut dan susah nak dihadamkan (lebih kurang la) dan mengakibatkan ia berkumpul di tempat yang tak sepatutnya seperti salur darah. Oleh yang demikian, saya menganggap tuan tidak tahu akan info ini sebab tuan telah order gabungan menu tersebut berdasarkan gambar-gambar dalam entry ini. Ataupun tuan dah tahu tapi sebab terpengaruh dengan lapar semasa meng-order, tu yang terlepas pandang...
Apa-apapun, tuan telah mempatenkan ayam penyet dan akibatnya saya pasti akan teringat kat tuan setiap kali saya order menu ini. Saya menganjurkan tuan cuba juga nasi ikan lele, dan buat entry pasal menu ini pulak. Nak lagi terasa kejemaahannya, cuba makan dalam daun pisang (presentation menu ni, originalnya atas daun pisang) style tabligh (satu daun, banyak tangan). Tapi jangan buat camni dengan Miss X. Kang jadi XXX pulak kang...