Dalam hal penulisan dan pembacaan, kematangan amatlah dititikberatkan. Lebih-lebih lagi dalam hal pengkomenan. Kematangan bukanlah dinilai dari tingginya tahap pemikiran, bahasa atau gempaknya idea yang diketengahkan. Kematangan juga bukan sekadar keterbukaan seseorang untuk menerima pandangan orang lain. Untuk lebih masyuk pada hari minggu ini, kita kaitkan kematangan dalam hal-hal diatas dengan kematangan manusia dalam isu seks.
Seks. Semua suka melakukannya. Tapi tak ramai yang suka bercerita mengenainya secara ilmiah. Orang yang bercerita tentangnya akan dilabel seksual. Orang yang tak cerita tapi seksi dianggap sebagai simbol keseksualan. Orang yang membincangkannya secara ilmiah pula, dianggap sebagai doktor pakar. Budakbudak dilabel matang bila organ seksualnya mula hidup dan demanding. Tetapi, pada tahap budak-budak, seks hanyalah sekadar hal-hal yang berkaitan dengan kemaluan. Cipap, konek, dan fuck. Dan benda camni memang menarik kepada budak-budak kerana budakbudak memang adrenaline junkie. Tambahan pula, mereka suka berborak sesama mereka kerana semuanya masih belum mengalaminya. Apa yang nak ditekankan disini ialah, sungguhpun mereka sudah mampu mempersenyawakan orang, atau hebat dalam teori, mereka belumlah dikira matang dalam seks.
Orang dah berkahwin pula, lebih sibuk memikirkan tentang soal pengurusan AKIBAT dari seks. Mereka takde masa nak mendalami ilmu seks itu walaupun itu sajalah ikatan yang tinggal dalam rumahtangganya. Mereka tidak berbincang dengan pasangannya tentang bagaimana nak memaksimakan kenikmatan sementara itu, atau bagaimana nak memastikan keghairahan aktiviti seksual itu sentiasa terpelihara.
Akibatnya, tahap kematangan seksual mereka hanyalah tinggi sedikit dari level budakbudak. Gaduh-gaduh, keluar anak satu. Gaduh-gaduh, keluar anak satu. Maklumlah, semasing tak matang dalam seks. Bila dah kusut, dah gaduh-gaduh, baru terpikir dah lama tak main.
Sungguhpun begitu, seks bukanlah sekadar kemaluan, kegeli-gelian, atau keberapakalipancutan. Kenikmatan seksual juga tidak bergantung kepada ketat, besar atau berapa lama boleh tahan. Orang yang ada akses kepada seks tahu, seks ialah soal interaksi dan komunikasi. Dan komunikasi bermakna bukanlah syok sendiri atau cakap sensorang. Ia berlainan dengan ekspresi diri yang lebih bersifat onani dalam konteks kita ni. Hahaha. Dan komunikasi itu terdiri dari yang mendengar dengan yang bercakap. Kalau dua-dua mendayung atau dua-dua harap didayungi, komunikasi itu takkan berjaya. Kena sorang diam dan sorang kayuh. Kalau dua-dua kayuh, biarlah ada ilmu. Sebab kalau salah cara, urat boleh terseliuh dan rahim boleh jatuh.
Dan sebelum artikel ini memancut, elok aku berenti kerana seks juga bukan sekadar ejakulasi. Hahaha.
Dan aku harus ingatkan: Ini bukan cerita lucah!
;p