Friday, September 30, 2011

Saja nak berlagak

Yang penting ranking dalam Malaysia, tu.
Klik gambar untuk ke akaun.
Hahahaha
Tahapakejadahnya entah?

Thursday, September 29, 2011

KTM New coach? Cuba teka sapa dapat berapa? Hehehe

Gua baru dapat update pasal KTM new coach dari @syhrlnzm pasal coach-coach baru KTMB:
Bahagian depan lawan camana pun, kalau tak ikut jadual tak guna juga




Cock pit. Gambar ni, takde efek pada kita.
Tapi pada driver tren, ada yang orgasm tengok gambar ni, kot?
Gambar ni semua dicuri dari sini. Entah bilala coach ni semua nak sampai kat negara kita. Ada 38 ke 39 bijik semuanya. Setiap coach ada 3 pintu. Gua tak sabar-sabar nak komen. Tapi sebenarnya, gua bukan tak puas hati dengan coach. Coach sekarang memang ok walaupun seat dia boleh dipersoalkan ergonomiknya. Bukan. Yang gua tak puashati ialah management KTM.
Made in China ke, Korea, ni?

Ni style lain

yang ni style lain....

Besar pintu jamban. Muat ke makcik-macik kita?
Gambar dicuri dari sini

Gua malas nak explain dalam-dalam dan jauh-jauh. Gua pernah cakap benda ni sebelum ni. Kalau lu semua naik komuter atau keretapi, korang akan perasan akan keadaan pemandangan di sepanjang track railway kita ni. Macam gua, gua hari hari lalu dari stesen Sungai Gadut ke Stesen KL, kemudian ke Setia Jaya. Kat stesen KL contohnya, kita dapat perhatikan banyak coach lama, kayu-kayu dan block simen dari track yang entah apa plannya. Susunlah elok-elok sikit, apalah salahnya?


Ingat lagi tak kejadian kat bawah ni?


Bangku kat bawah ni adalah hasil tinggalan kejadian lori jatuh ke stesen KL dalam bulan Jun tahun ni.
Dan sampai ke bulan Oktober, bangku stainless ni masih lagi macam tu.
Macam takde pembelaan jer...
Takyah cerita la benda lain. Jangan kasi point kat gua.
Inilah nasib, diriku yang malang...

Wednesday, September 28, 2011

Aisehhhh...Gua terdelete

Gua dah siap dah posting untuk Kontrol Histeria, PseudoSains dan Fynn Jamal Cakap. Tapi pada subuh Isnin, dalam kemamaian, gua terdelete pulak instead of posting them here. Harini baru gua perasan. Damn! Kena buat balik...



Amacam, OK tak alasan? Hehehehe...

Saturday, September 24, 2011

Kepada Bebudak Yang Baru Belajar Menulis

Bila kali terakhir korang naik bas?
Kengkadang gua hangin dengan korang semua. Bangkang kerajaan tapi jejak kaki ke jalanan pun tak pernah. Korang samada duk depan lappy atau tab, atau empuk dalam kenderaan semasing. Bila panas sikit, susah sikit, berkokok mengalahkan orang bergelendangan yang kat KL tu. Tapi sehangin hangin gua pada diorang,
hangin lagi gua kepada puak yang baru belajar menulis.
Tulisan mereka elok dan kemas. Orang yang menulis tetiap
jer boleh tulis kat permukaan sebegini.
Puak puak ni, selain menjadi pengiklan atau chatter tetap di pintu pintu tandas awam, puak yang sama juga sering menjadikan bangku dalam bas sebagai tempat nak test pen biru dan hitam mereka. Contohnya ialah bangku bangku bas yang gua naik ni. Lu tengok?
Peh! Dia punya pesanan tak boleh tahan...
Menurut kajian saintifik, bebudak sekolah ajer yang biasanya ada bawak pen kehuluhilir DAN berkeupayaan nak tulis huruf O dalam keadaan vertikal, apatah lagi dalam sebuah bas yang bergerak. Ini dikuatkan lagi dengan survey tidak rasmi yang mengatakan sebab utama mereka mevandal bangku bas ialah membantah paperless world dek penularan iPad dan tab sebagai hadiah kepada segala pertandingan dalam dunia ni sekarang. Kajian sejarah tempatan terhadap bangku bangku bas sekolah yang menampakkan ciri profail pemvandal yang sama juga menguatkan lagi taakulan bahawa culprit utama vandalisme sebegini adalah bebudak sekolah.
Bukti I Love You tulis kat tempat orang taruk buntut?
Pesanan gua kepada adik adik yang baru belajar menulis ni ialah, jika adik tak puas ati dengan cikgu, pakgad atau Salim sekalipun, eloklah adik belajarbelajar mengendalikannya macam orang dewasa. Adik kena bawak berbincang, bertemu face to face. Gentle. Dialog macam gentleman. Alah, paling kuat bergaduh. Biasa ar tu.
Dag naik lunyai dah sarung bangku, tu
Dan kepada adikadik yang nak mengekspresikan cinta, atau carutmarut, atau pesanan masyarakat sekalipun, gunakanlah saluran yang betul. Kita ada blog, twitter, malah FB untuk adik poke atau troll mamat yang merampas cinta hati adik itu. Bukan bangku bas. Kesian parents yang terpaksa tutup mata anaknya dari gambar klivej ala ala dewi aztec yang adik cuba lukis kat pelapik bangku bas tu.

Sebab kalau adik betul betul tak puas hati dengan bas, driver, sistem atau kerajaan sekalipun, at least pakai lah spray paint dan sembur kat body bas tu.
Kali terakhir gua mengamuk dengan bas...
Komankoman petang tu jugak adik masuk Metro. Sekian.

Selamat beramal!

Just Dila




Just Dila


Blog Just Dila lah yang patut jadi yang pertama. Kerana secara umumnya, komen beliau yang seakan merajuk kat salah satu entry gua bulan lepaslah yang mengingatkan kembali gua yang sedang asyik dalam Fasa ketiga, mengomen sistem perkomuteran dan polis trafik. Gua terus ke blog beliau dan save page. Malam semalam gua baca.


My Raya Kali ini.

Apa gua nak komen tentang entry ini? Ia amat personal. Dan penyampaian CikDila79 amatlah berkesan. Mungkin sebab kebolehan Cik Dila dalam hal-hal emo (ingat tak entry beliau yang pertama dikomen di blog ini?), mungkin juga perkataan Raya Kali Ini yang berulang-ulang menjadi seakan hipnotis kepada gua yang sedang mengantuk. Atau mungkin gua masih syahdu dengan peristiwa yang berlaku pada gua pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Oh, sungguh personal. Anyways...

Dan membawa ke entry hangat Cik Dila pasal Perang di FB.
Perang tu pasal komen Cik Dila pasal tudung. Entry nilah yang Cik Dila suruh komen tapi memandangkan dah terlambat dan orang semua pun patutnya dah mintak mahap sempena Raya haritu, maka gua takdelah nak cerita panjang-panjang pasal entry ni. Tapi bagus jugaklah dibaca kepada mereka yang nak tahu serba sedikit pasal FB. Hehehe


Lepas tu ada entry pasal hadiah. Ni sebenarnya cerita pasal hadiah untuk Hari Guru kot? Santai jugaklah mata gua setelah melayan snapshots dari FB page yang dipenuhi dengan warwar yang tahapa-hapa. KAhKAhKAh.

Anyways, gua harap Cik Dila akan terus memblog dan memblog dan berkongsi pendapat Cik tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan hidup Cik. Mungkin Cik Dila boleh salah gunakan keyword macam "Jantan Sial" sebagai tajuk entry dan bagi pendapat Cik. Dengan cara ini, blog Cik akan dapat follower dari Google dan makin ramailah akan memberikan pendapat tentang penulisan Cik. Well, itu yang saya buat haper..Hehehe...

Friday, September 23, 2011

Selamat Setahun Jagung

Harini adalah sangat bersejarah sebab:
BLOG INI DAHGENAP SETAHUN


Gua nak ucapkan 
Terima Kasih 

kepada semua pengunjung, 
Murid-Murid Kelas 1 Mawar,
dan semua mangsa kepada blog ini.

Semoga apa yang kita ada ini, 
bertambah dan lebih baik lagi
Untuk setahun lagi ini...

FakirFikir




FakirFikir

Sejak gua dah ada anak ni, gua memang cepat tertarik dengan artikel atau apa saja yang berkaitan tentang budak-budak. Entry Bro FakirFikir yang pertama kat page yang aku bukak ni pulak cerita pasal pengalaman beliau dengan anaknya. So, memang gua tertariklah.

Sinopsisnya, perbualan antara Bro FakirFikir dengan anaknya tentang rancangan holiday keluarganya di Adelaide berkisar tentang bagaimana kita sebagai ibubapa kena bagi ruang kepada anak-anak untuk menentukan rancangan mereka. Kita kena ambik kira pendapat mereka sebelum kita terus hantar mereka ke rumah mertua kita untuk cuti depan contohnya. Dan gua amat setuju dengan pendapat beliau bahawa :


"Kita patut memberikan sedikit kuasa untuk anak-anak kita menentukan jalan terbaik untuk mereka. "

Terima kasih, Bro!

Touching, dowh!

FluffyMath



FluffyMath

Next ialah blog Siti Zafira, kawan baik dan silent reader kepada blog ini (Cheh!)

Gua tertarik dengan entry ini sebab mesejnya tentang doa itu tepat. Ye. Kita kena spesifik dengan doa kita kepada Allah. Ada banyak perakara yang gua nampak dari situ.

Dengan spesifik tentang apa yang kita nak, kita dah ada sifat start with the end in mind. Kita dah visualize kemahuan kita dari sekadar sepotong perkataan didalam minda kita ni. Nampak bendanya. Bila dah nampak, barulah datang keinginan dan dorongan nak mendapatkannya, seraya timbullah kesungguhan dalam berdoa. Nampak tak?

Cumanya permintaan comel Cik Siti kita ni melembutkan mesej yang  biasanya disampaikan dalam nada boring oleh para Ustaz yang cyber-literate. KehKehKeh.
What in the world is a Lomo Cam?


Blog Cik Siti bersifat personal. Dan gua perasan, gaya penulisannya dah lebih mudah difahami. Tak amcam setahun lepas.

Mati-mati gua ingat dia ni ambik Master ke, Phd...Kussemangat!

Thursday, September 22, 2011

Zar Minda Art






Dah beberapa kali gua komen entry dalam blog bro Zarch tapi sampai harini gua tak reti nak nyebut nama dia. Gua malas nak menggodek FB atau profail orang dalam-dalam sebab gua takde masa. Anyway, kita terus ajer ke entry pertama pilihan gua dalam blog ni:

Imam Ghazali r.a 

Entry ini biografi tentang Imam Al Ghazali r.a. Siapa yang tak kenal beliau? Kalau tak kenal memang buta hurup. Gua yang mungkar ni pun tau beliau menulis Ihya Ulumuddin. Cheyyh. Berlagak. Entry ini menceritakan tentang Imam Ghazali, siapa beliau secara akademik dan perjuangannya. Apa yang menarik pada gua yang setakat tau Imam ni tulis kitab yang gua sebut tadi, ialah gua dapat rasa feel tentang SIAPA Imam Al Ghazali sebenarnya. Walaupun dalam dunia ISlam, ada yang menempelak pendapat beliau dalam Ihya, namun pada gua, beliau adalah seorang yang mencari kebenaran. Orang-orang sebegini pada asalnya memandang alam ini secara empirikal. Action, reaction. Kemudian BEliau didedahkan kepada ilmu yang sebenar yakni ilamu tauhid melalui perjalanan kesufiannya. Yang menariknya, gua pelajari dari bio ini bahawa beliau mengalami perubahan itu dalam masa 4 tahun saja! Wow! Itu level GENIUS beb! Outro entry ini tentang saat kematian Imam menguatkan lagi kepercayaan gua bahwa beliau telah menemui kebenaran. Saran bro Zarch diakhir artikel juga amat berkesan dan gua rasa selari dengan nama Imam Al Ghazali yakni Proof of Islam.
Otak aku umpama seekor katak tanpa tempurung...



Entry kedua pula ialah Sebab dan Akibat no 8.

Brader ni memang suka berbicara tentang benda-benda heavy. Last time gua baca artikelnya meleret-leret. Tapi kalini, gua baca artikelnya ada flow. Akibatnya gua terus menerus membaca tulisannya itu sampai habis. Padahal benda tu cerita pasal hukum akal, yakni topik paling boring pada gua. Secara sinopsisnya, gua nampak:

Hukum akal = Wajib, Mustahil, Jaiz

Kemudian petikan yang menarik ini:


"Berputarnya hidup insan saban waktu dengan kefahaman diatas sebab dan akibat disekitar kehidupannya adalah berpaut pada hukum akalnya. Yang mana merupakan kewajaran buat suatu pemikiran rasional atau pemikiran yang jelas, namun disamping itu juga sering membuat dirinya jauh terpesong lantaran ketandusan sumber-sumber kebenaran atau yang hak dalam penjelasan akan apakah suatu sebab dan akibat tersebut."


Kemudian ada cerita pasal persoalan tentang penciptaan manusia oleh para malaikat. Gempak gak ah. Dan seperti biasa, ia bersambung. Takper, gua terus ke entry sebelumnya.

Gua skip entry pasal Ramadhan. Hehehe.

Gua masuk ke Sebab dan Akibat 17.

Pergh! Bro Zarch cerita pasal mental pulak. By this time, tekak gua haus. Gua ke dapur nak minum air. Bila dah dapat air segelas, gua ke depan dan sambung baca artikel ni. Gua pening.


Pada gua, blog bro ini tergolong dalam wajib baca kepada mereka yang perasan ilmiah dalam blogosphere ni. Dan sebab gua ni memang perasan serba serbi, gua merekomen blog ni pada korang semua. Dan gua berdoa juga agar bro Zarch akan lebih lembutkan lagi gaya penulisannya agar pembaca tak bosan atau lembik dek bombardments of info dalam ayat-ayat bro. Gua sarankan bro baca blog Peluru-peluru Dari Langit. Hehehe.


Anyway, gua ucapkan selamat Hari Raya AidilFitri kepada Bro Zarch dan keluarga....


Bro Zarch, relak arrrrrr.....Hehehe...

Medan HAti Dengan Jiwa




Medan HAti Dengan Jiwa 

Gua tak ingat kat mana gua terjumpa dengan blog ni. Mungkin kengkawan twitter. Tapi gua berminat nak komen sebab ayat-ayatnya yang tabah. Dan keistikomahannya memberikan salutasi di akhir entry. Rasa macam kenal Nasz ni. Anyway...

Persoalan yang menjadi header blog ni selalu bermain dibenak gua sebenarnya. Dalam mengomen pun contohnya, gua boleh pilih antara pendekatan serangan yang bersifat emo (nak meletupkan trafik) atau pendekatan ilmiah dan akademik (nak gain organic follower). ATau dalam hidup di mana gua kena pilih nak pakai baju hitam yang mempamerkan kemachoan gua, atau nak paaki baju putih sebab nak pergi interview kena formal dan skema-skema sikit. Entry-entry Cik Nasz pendek-pendek, maka ia santai keapda gua yang baru nak mula mengomen.

 Gua mula dengan Perang Bermula . OK. Mungkin budak ni student dan ini maknanya beliau start semula semester. (Gua main tembak jer)

Lepas tu entry personal pasal Cik Nasz kita ni melepaskan seorang lelaki. OK. Gua taknak nosy dengan mengomen benda yang gua tak tahu hujung pangkal. Tapi, pepehal pun, gua salut dengan keputusan yang Cik Nasz dah buat sebab putus bukan satu benda yang mudah. Bukanlah bermakna gua pro-divorce. Tak. Tapi kengkadang apa gunanya carry on andai kita dalam kepura-puraaan?

Cik Nasz, Pemalu orangnya

Dan kemudian membawa kepada asbab kenapa blog ini dipilih selepas blog dahsyat Bro Ammosham:


Peringatan Cik Nasz tentang 10 hari Ramadhan. Tarikh 10 Ramadhan tahun ini amat simbolik pada gua dan entry ini mengingatkan gua pada saat malam tersebut. Pergh. Syahdu, dowh. Gua berenti takat sini dulu.

Wednesday, September 21, 2011

Peluru-Peluru Dari Langit



Gua pilih blog ni nombor dua sebenarnya. Nombor satu ialah blog Zar Mind Art. So gua pun bacalah blog ZMA. Gua haus. Gua ke dapur minum air. Balik ke depan semula gua baca blog ZMA balik. Masuk entry kedua, gua pening.

Gua terus ke blog Peluru-Peluru Dari Langit dari Bro AmmoSham. Gua tak pasti bro ni sapa. Ada jugak beberapa kali beliau memaparkan gambar beliau dalam blognya ini tapi gua tak sure. Anyway, gua baca entry yang pertama pasal "Bolo Lagi". Gua tak paham. Memandangkan artikel tu pendek, gua terus ke entry ke dua.

Tunang Bolo
Entry ni ada gambar macam Bro Ammosham ni kot berpakaian sebagai seorang keeper. Perkataan Bolo keluar lagi. Gua baca entry. Nampaknya Bro Ammosham ni minat bola. Dan gaya penyampaiannya banyak kepada 'shock' yakni sudut pandangannya itu berbeza-beza dan perubahan itu bertalu-talu. Tapi masyuk. Gua layan entry ketiga.


Selamat Hari Raya AidilFitri

Ammosham ucap Selamat Hari Raya AidilFitri kepada pembacanya. Ini penting dilakukan oleh semua blogger. Walaupun kita tak pasti ada orang baca ke idak blog kita, kita kena selalu-selalu ucap terima kasih. Ia mengajar kita mencari point nak berkasih-kasihan instead of war atau bermasam muka. Anyway...


Kick Malam Raya

Ini Entry 1st yang page ni offer yang Bro tulis panjang sikit. Ia berkenaan dengan ritual malam Rayanya di Tempoyang Pahang. Dan ia adalah melepak dengan kengkawannya '...seperti amar, amin, padeli, pp, dd dan beberapa kutu yang lain biasanya dah ready untuk melepak bila berita rtm habis disiarkan'.

Yang menarik perhatian gua ialah cara penyampaiannya, dengan keselariannya menggunakan perkataan 'Kick', dan rentetan peristiwa lawak yang berkaitan, serta humbleness Bro Ammosham ni. Gua juga dapati kesamaan gaya penulisan PP dengan Ammosham.
Tapi Ammosham lagi kaw. Hehehe


Lepas tu ni: 


biji getah


dalam keadaan tengahari yang agak power sekarang ni tiba-tiba gua teringat ada satu musim tu gua cari bijik getah sampai ke batu kurap. 


lu tahu tak dari tempoyang ke batu kurap tu jauh tak patut kalau jalan kaki? 


nasib baik abah gua belikan gua basikal Singer...power betul... 

...Power tak?


Entry Ammosham Pasal Mercun Pop.

By this time gua dah mula hooked dengan tulisannya. Yang bestnya ialah gua belajar yang dia ada anak, dipanggil Damia, dan Bro Ammosham ni kerja gomen.

Lepas tu gua straight ke yang ni sebab panjang sikit:

Ini memang MUST READ! Gua rekomen ni! Gua ketawa terbahak-bahak selepas membacanya! Terus hilang demam gua. Mungkin juga mengejutkan jenjiran sebab time gua gelak tu ialah pukul  0151 pagi.

Cukuplah tu. Sibbaik gua takde line internet. Kalau tak memang gua godek lagi blog Bro Ammosham ni. Lu tengok? Gua siap komen SETIAP Entry dia? Pergh!

Anyway, mesej gua kepada Bro Ammosham ialah, agar beliau lebih kerap lagi up new entry. Lebih-lebih lagi apabila ada isu-isu terkini. Gua nak tau apa pendapat Bro Ammosham.

Dan serentak dengan itu, gua declare blog ni sebagai salah satu Blog Inspirasi gua (well, memang dah lama pun. Siap gua buat label lagi)

Siri Sebelum Aku Delete 2


Tembakan harus tepat dan jitu...
Gua terkapai-kapai mencari mana nak mula dalam mengomen blog semula. Banyak blog yang gempak dan baru dari twitter dan Innit yang gua dah save pagekan dalam laptop kilang. Tapi takde masa nak komen cam dulu-dulu. Maklumlah, agak busy sikit dengan kerja baru, twitter. Hehehe.

Apapun, semalam gua diserang selsema yang teruk dan terpaksa berada dalam keadaan hibernasi. Ditambah pula dengan Twitter yang lagging cam haram serta radio dan TV yang tahapahapa, gua berpaling ke laptop dan menggodek blog-blog lama.

Akibatnya, terhasillah Siri ini: Sebelum Aku Delete 2. Harus diingat bahawa kesemua entry yang gua komen ini adalah entry yang lama-lama yang gua save pada masa gua bacanya. Pendirian penulis mungkin dah berubah serentak dengan pengalaman baru yang dialaminya setiap hari. Oh well. Siri ini tak penting pada korang tapi amat penting pada gua sebab ia mengingatkan gua akan kejadian selsema yang paling teruk gua pernah alami. Well, setandinglah kot, dengan amount of dosa yang dah gua buat. Sigh...

Anyway, gua harap korang enjoy dengan trip kalini. Siri ini menjanjikan 2 entry setiap hari selama seminggu ni. Dan gua harap, korang komenlah kat blog diorang tu. At least say hi ke. Kirim salam dari gua, ke. Hehehe

Semoga korang terhibur dan masa korang di cyber space yangterluang diisi dengan aktiviti yang berpaedah. Hehehe.



              Zar Mind Art    
        FluffyMath
     FakirFikir  
        Just Dila
PseudoSains
           Ini Fynn Cakap
Kontrol Histeria
              Kereta Mayat
             Jargon Books
The Art of Drawing Without An eraser

Wednesday, September 14, 2011

16 Sept Riot

Datang jangan tak datang! Ada satay!!!
16 September ni Hari Malaysia. Tarikh rasminya penggabungan antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sejak setahundua lepas, tarikh 16Sept ialah cuti. Dan untuk tahun 2011, ia jatuh pada Jumaat ini.
"Nilah sebab kenapa yang taknak balik kampung abang.."
Rakyat Malaysia yang memang sedia maklum gemarkan cuticuti pada Jumaat dan Isnin, makin khayal la look forward untuk weekend ini. Dikatakan jalan haiwey haiwey utama dari pusat pusat bandar dijangka sesak pada tarikh tersebut. Dapatlak suasana Eid 1432 masih ada dan time pun tengah bulan, kesesakan lalulintas ini menjadi durian runtuh kepada abam polis trafik yang gila OT.
"Ini semua angkara Bikmama!"
Perarakan tahunan 31ogos pada tahun ini dibawa ke depan pada 16sept atas alasan Raya dan jimat budget, semakin menambahkan paranoia rakyat yang barubaru ini dikejutkan dengan statement statement pakar sejarah tempatan yang mengatakan bahawa Malaysia tak pernah merdeka kerana secara nasionalismenya, Tanah Melayu tak pernah dijajah. Ia sebenarnya adalah aftermath dari isu pejuang kemerdekaan dan komunisme yang dihangitkan oleh Mat Sabu dan #RTM3, sepanjang Ramadhan lalu.
Dengar citer, diorang nak Israk ke Putrajaya?

Ada-ada ajer yang nak diarakkan

Kuat mencarut la pemuda zaman sekarang. Sigh...

Orang kampung tak jalan kaki der, Kami rempit!

Tak habis-habis lagi?

Memandangkan pula 16sept dah memang cuti, dan rakyat marhaen AKAN berkumpul untuk perarakan pada Jumaat ini untuk program gomen pada paginya, para peniaga di sekitar Jalan TAR dan Masjid Jamek KL mengekstrapolasi bahawa pihak pembangkang dan oportunis akan mengambil peluang untuk mengabadikan 1692011 dengan menganjurkan perarakan selepas solat Jumaat. Apa saja memorandum penganjur, para peniaga tak mahu kejadian 9apr (Bersih 2.0) berulang.


"Kalau nak berarak ke Putrajaya sekalipun, apahal nak berkumpul kat Dataran pastu lalu sini pulak?", tempik sorang brader jual mainan ditepi Jalan TAR ketika diusulkan dengan idea bahawa pada 16sept ada riot.

Apapun yang bakal berlaku pada 16sept nanti, diharap agar semua yang terlibat akan pandai pandailah bawak diri dan jangan lupa bahawa camana sial pun gomen, pembangkang, oportunis dan kapitalis dalam negara ini, kita hanya ada 1TanahMelayu.

"Tak tunjuk kulit tak Pavi la nokss"

Sex Melayu dah tak payah nak online dah...
Kat tepi jalan dah ada LIVE

"Roy sayangkan Latipah, percaya lah...Uhukss..."

Sekian, 
Selamat Hari Malaysia. 
Apa tema, ek?
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...