Wednesday, September 21, 2011

Peluru-Peluru Dari Langit



Gua pilih blog ni nombor dua sebenarnya. Nombor satu ialah blog Zar Mind Art. So gua pun bacalah blog ZMA. Gua haus. Gua ke dapur minum air. Balik ke depan semula gua baca blog ZMA balik. Masuk entry kedua, gua pening.

Gua terus ke blog Peluru-Peluru Dari Langit dari Bro AmmoSham. Gua tak pasti bro ni sapa. Ada jugak beberapa kali beliau memaparkan gambar beliau dalam blognya ini tapi gua tak sure. Anyway, gua baca entry yang pertama pasal "Bolo Lagi". Gua tak paham. Memandangkan artikel tu pendek, gua terus ke entry ke dua.

Tunang Bolo
Entry ni ada gambar macam Bro Ammosham ni kot berpakaian sebagai seorang keeper. Perkataan Bolo keluar lagi. Gua baca entry. Nampaknya Bro Ammosham ni minat bola. Dan gaya penyampaiannya banyak kepada 'shock' yakni sudut pandangannya itu berbeza-beza dan perubahan itu bertalu-talu. Tapi masyuk. Gua layan entry ketiga.


Selamat Hari Raya AidilFitri

Ammosham ucap Selamat Hari Raya AidilFitri kepada pembacanya. Ini penting dilakukan oleh semua blogger. Walaupun kita tak pasti ada orang baca ke idak blog kita, kita kena selalu-selalu ucap terima kasih. Ia mengajar kita mencari point nak berkasih-kasihan instead of war atau bermasam muka. Anyway...


Kick Malam Raya

Ini Entry 1st yang page ni offer yang Bro tulis panjang sikit. Ia berkenaan dengan ritual malam Rayanya di Tempoyang Pahang. Dan ia adalah melepak dengan kengkawannya '...seperti amar, amin, padeli, pp, dd dan beberapa kutu yang lain biasanya dah ready untuk melepak bila berita rtm habis disiarkan'.

Yang menarik perhatian gua ialah cara penyampaiannya, dengan keselariannya menggunakan perkataan 'Kick', dan rentetan peristiwa lawak yang berkaitan, serta humbleness Bro Ammosham ni. Gua juga dapati kesamaan gaya penulisan PP dengan Ammosham.
Tapi Ammosham lagi kaw. Hehehe


Lepas tu ni: 


biji getah


dalam keadaan tengahari yang agak power sekarang ni tiba-tiba gua teringat ada satu musim tu gua cari bijik getah sampai ke batu kurap. 


lu tahu tak dari tempoyang ke batu kurap tu jauh tak patut kalau jalan kaki? 


nasib baik abah gua belikan gua basikal Singer...power betul... 

...Power tak?


Entry Ammosham Pasal Mercun Pop.

By this time gua dah mula hooked dengan tulisannya. Yang bestnya ialah gua belajar yang dia ada anak, dipanggil Damia, dan Bro Ammosham ni kerja gomen.

Lepas tu gua straight ke yang ni sebab panjang sikit:

Ini memang MUST READ! Gua rekomen ni! Gua ketawa terbahak-bahak selepas membacanya! Terus hilang demam gua. Mungkin juga mengejutkan jenjiran sebab time gua gelak tu ialah pukul  0151 pagi.

Cukuplah tu. Sibbaik gua takde line internet. Kalau tak memang gua godek lagi blog Bro Ammosham ni. Lu tengok? Gua siap komen SETIAP Entry dia? Pergh!

Anyway, mesej gua kepada Bro Ammosham ialah, agar beliau lebih kerap lagi up new entry. Lebih-lebih lagi apabila ada isu-isu terkini. Gua nak tau apa pendapat Bro Ammosham.

Dan serentak dengan itu, gua declare blog ni sebagai salah satu Blog Inspirasi gua (well, memang dah lama pun. Siap gua buat label lagi)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...