Medan HAti Dengan Jiwa
Gua tak ingat kat mana gua terjumpa dengan blog ni. Mungkin kengkawan twitter. Tapi gua berminat nak komen sebab ayat-ayatnya yang tabah. Dan keistikomahannya memberikan salutasi di akhir entry. Rasa macam kenal Nasz ni. Anyway...
Persoalan yang menjadi header blog ni selalu bermain dibenak gua sebenarnya. Dalam mengomen pun contohnya, gua boleh pilih antara pendekatan serangan yang bersifat emo (nak meletupkan trafik) atau pendekatan ilmiah dan akademik (nak gain organic follower). ATau dalam hidup di mana gua kena pilih nak pakai baju hitam yang mempamerkan kemachoan gua, atau nak paaki baju putih sebab nak pergi interview kena formal dan skema-skema sikit. Entry-entry Cik Nasz pendek-pendek, maka ia santai keapda gua yang baru nak mula mengomen.
Gua mula dengan Perang Bermula . OK. Mungkin budak ni student dan ini maknanya beliau start semula semester. (Gua main tembak jer)
Lepas tu entry personal pasal Cik Nasz kita ni melepaskan seorang lelaki. OK. Gua taknak nosy dengan mengomen benda yang gua tak tahu hujung pangkal. Tapi, pepehal pun, gua salut dengan keputusan yang Cik Nasz dah buat sebab putus bukan satu benda yang mudah. Bukanlah bermakna gua pro-divorce. Tak. Tapi kengkadang apa gunanya carry on andai kita dalam kepura-puraaan?
Cik Nasz, Pemalu orangnya |
Dan kemudian membawa kepada asbab kenapa blog ini dipilih selepas blog dahsyat Bro Ammosham:
Peringatan Cik Nasz tentang 10 hari Ramadhan. Tarikh 10 Ramadhan tahun ini amat simbolik pada gua dan entry ini mengingatkan gua pada saat malam tersebut. Pergh. Syahdu, dowh. Gua berenti takat sini dulu.
No comments:
Post a Comment