Saturday, September 24, 2011

Kepada Bebudak Yang Baru Belajar Menulis

Bila kali terakhir korang naik bas?
Kengkadang gua hangin dengan korang semua. Bangkang kerajaan tapi jejak kaki ke jalanan pun tak pernah. Korang samada duk depan lappy atau tab, atau empuk dalam kenderaan semasing. Bila panas sikit, susah sikit, berkokok mengalahkan orang bergelendangan yang kat KL tu. Tapi sehangin hangin gua pada diorang,
hangin lagi gua kepada puak yang baru belajar menulis.
Tulisan mereka elok dan kemas. Orang yang menulis tetiap
jer boleh tulis kat permukaan sebegini.
Puak puak ni, selain menjadi pengiklan atau chatter tetap di pintu pintu tandas awam, puak yang sama juga sering menjadikan bangku dalam bas sebagai tempat nak test pen biru dan hitam mereka. Contohnya ialah bangku bangku bas yang gua naik ni. Lu tengok?
Peh! Dia punya pesanan tak boleh tahan...
Menurut kajian saintifik, bebudak sekolah ajer yang biasanya ada bawak pen kehuluhilir DAN berkeupayaan nak tulis huruf O dalam keadaan vertikal, apatah lagi dalam sebuah bas yang bergerak. Ini dikuatkan lagi dengan survey tidak rasmi yang mengatakan sebab utama mereka mevandal bangku bas ialah membantah paperless world dek penularan iPad dan tab sebagai hadiah kepada segala pertandingan dalam dunia ni sekarang. Kajian sejarah tempatan terhadap bangku bangku bas sekolah yang menampakkan ciri profail pemvandal yang sama juga menguatkan lagi taakulan bahawa culprit utama vandalisme sebegini adalah bebudak sekolah.
Bukti I Love You tulis kat tempat orang taruk buntut?
Pesanan gua kepada adik adik yang baru belajar menulis ni ialah, jika adik tak puas ati dengan cikgu, pakgad atau Salim sekalipun, eloklah adik belajarbelajar mengendalikannya macam orang dewasa. Adik kena bawak berbincang, bertemu face to face. Gentle. Dialog macam gentleman. Alah, paling kuat bergaduh. Biasa ar tu.
Dag naik lunyai dah sarung bangku, tu
Dan kepada adikadik yang nak mengekspresikan cinta, atau carutmarut, atau pesanan masyarakat sekalipun, gunakanlah saluran yang betul. Kita ada blog, twitter, malah FB untuk adik poke atau troll mamat yang merampas cinta hati adik itu. Bukan bangku bas. Kesian parents yang terpaksa tutup mata anaknya dari gambar klivej ala ala dewi aztec yang adik cuba lukis kat pelapik bangku bas tu.

Sebab kalau adik betul betul tak puas hati dengan bas, driver, sistem atau kerajaan sekalipun, at least pakai lah spray paint dan sembur kat body bas tu.
Kali terakhir gua mengamuk dengan bas...
Komankoman petang tu jugak adik masuk Metro. Sekian.

Selamat beramal!

Just Dila




Just Dila


Blog Just Dila lah yang patut jadi yang pertama. Kerana secara umumnya, komen beliau yang seakan merajuk kat salah satu entry gua bulan lepaslah yang mengingatkan kembali gua yang sedang asyik dalam Fasa ketiga, mengomen sistem perkomuteran dan polis trafik. Gua terus ke blog beliau dan save page. Malam semalam gua baca.


My Raya Kali ini.

Apa gua nak komen tentang entry ini? Ia amat personal. Dan penyampaian CikDila79 amatlah berkesan. Mungkin sebab kebolehan Cik Dila dalam hal-hal emo (ingat tak entry beliau yang pertama dikomen di blog ini?), mungkin juga perkataan Raya Kali Ini yang berulang-ulang menjadi seakan hipnotis kepada gua yang sedang mengantuk. Atau mungkin gua masih syahdu dengan peristiwa yang berlaku pada gua pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Oh, sungguh personal. Anyways...

Dan membawa ke entry hangat Cik Dila pasal Perang di FB.
Perang tu pasal komen Cik Dila pasal tudung. Entry nilah yang Cik Dila suruh komen tapi memandangkan dah terlambat dan orang semua pun patutnya dah mintak mahap sempena Raya haritu, maka gua takdelah nak cerita panjang-panjang pasal entry ni. Tapi bagus jugaklah dibaca kepada mereka yang nak tahu serba sedikit pasal FB. Hehehe


Lepas tu ada entry pasal hadiah. Ni sebenarnya cerita pasal hadiah untuk Hari Guru kot? Santai jugaklah mata gua setelah melayan snapshots dari FB page yang dipenuhi dengan warwar yang tahapa-hapa. KAhKAhKAh.

Anyways, gua harap Cik Dila akan terus memblog dan memblog dan berkongsi pendapat Cik tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan hidup Cik. Mungkin Cik Dila boleh salah gunakan keyword macam "Jantan Sial" sebagai tajuk entry dan bagi pendapat Cik. Dengan cara ini, blog Cik akan dapat follower dari Google dan makin ramailah akan memberikan pendapat tentang penulisan Cik. Well, itu yang saya buat haper..Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...