Apa yang kamu paham dari exercise tadi? Kamu? Kamu dah siapkan keja rumah yang kamu hutang cikgu, tu? Mana list blog yang cikgu suruh kumpul?
"Se-saya, dah letak atas meja cikgu, tu" jawab budak tu. Budak ni lain sikit. Dia tak macam budak Form One yang lain. Budak lain ada kepala semasing. Masih raw dan full of enthuthiastic energy. Aku mengamati sekeping kertas berkelumut di atas meja guru di belakang ku. Aku mengambilnya.
Bila masa pulak kamu letak kat sini?
"Tadi? Masa cikgu ke belakang, cakap dengan eszol" jawab budak tu dengan muka bersalah. Di background kelihatan Dark sedang jual zine sapa ntah kat budak baru. Dark ni cina mualaf. Dan cina pandai berniaga. Dan melukis. Eszol. Mana Eszol? Kenapa dia kat tempat podeh3?
Dan budak berbedak tebal. Mana dia? Biasa tercarut-carut lanchoww itu, lanchowww ini.
Kenapa awak tak bagitau cikgu, tadi?
"Saya cuak, cikgu" jawab budak tu sambil tertunduk. Kelihatan cik chirpy menahan gelaknya mendengar alasan budak tu.
Aku membaca list yang tertulis. Ada kesan kena padam. Ada yang ditulis berkali kali sebab pen habis dakwat agaknya. Takde sense of presentation langsung bebudak zaman sekarang ni. Sumer main selekeh. Macam hasil kerja otai. Tapi kengkadang genius macam ni, lah. Aku pun camni gak dulu, masa kat U.
(Dark angkat tangan setelah berjaya tolak dua keping zine periuk Nasi dan CD band underground nama apa ntah)
Dark? Kenapa?
"Cikgu dah mengarut" kata Dark.
OK-OK. Tapi malangnya, masa dah tamat. Kita sambung dalam kelas besok.
Jangan lupa buat kerja rumah yang cikgu suruh buat semalam, OK?
"Eh? Mana ada cikgu suruh buat kerja rumah?" tanya cik Chirpy.
"A'ah. Cikgu cuma suruh baca buku teks, muka surat 2 sampai 6, ulang baca sampai 4 kali. Takde pun suruh buat keja rumah" sampuk Dark pula.
"Baca 4 mukasurat 4 kali tu, lah kerja rumahnya" jawab eszol pulak meneka.
Dah-dah-dah. Cikgu cakap; kerja rumah. Bukan "kerja sekolah". Nampaknya kamu semua ni, dah lupa pelajaran pertama kita. Sebab tulah cikgu suruh kamu baca balik, apa yang dah berlaku setakat ini dari mula. Kan kita dah episod kelima? Sebab tu lah kena ulang 4 kali.
"Cikgu-cikgu-cikgu"
Ye, kamu. Kenapa kamu suka tercikgu-cikgu-cikgu?
(murid murid ketawa)
"Cikgu-cikgu, saya hantar dalam bentuk sculpture, boleh tak?" tanya Cikgu Gedek di muka pintu tetiba. Eh? Masa dah time, ker? Aku menoleh ke jam dinding. A'ahhhh. Dah 5 minit berlalu. Next ialah kelas Matematik dan aku dengar harini ada kuiz.
(muridmurid terus taat dan menyimpan buku teks dan laptop dalam beg sekolah dan mengeluarkan buku teks Matematik, setelah terlihat wajah 'self-absorbed' cikgu Gedek)
Cikgu Gedek suka ambik gambar sebelum masuk ke kelas... |
"Good luck" kataku pada Cikgu Gedek semasa kami bertembung kat pintu kelas. Cikgu Gedek cam biasa, buat muka self-absorbed dia.
Dari belakang kedengaran bebudak dah kecoh-kecoh bersedia nak kuiz...