Friday, January 14, 2011

Mengarut 101


Baiklah murid-murid. Harini cikgu akan mula mengajar. Untuk itu, cikgu nak murid-murid semua kelaurkan buku latihan masing-masing dan sebatang pen.

(murid-murid semua bertungkus lumus mengikut arahan. Dark mengangkat tangannya)

Kamu. Kenapa angkat tangan? Cikgu belum tanya soalan lagi.

"Maafkan saya, cikgu. Pen mata bola ke, pen dakwat cair?"

(sorang lagi murid angkat tangan)

Kamu?


"Cikgu-cikgu. Pen merah biru ke pen hitam?"

(tibatiba ketua kelas naik ke atas kerusi)

Mehmet! Kenapa kamu berdiri atas kerusi? Ingat ni Gunung Nuang ke?


"Cikgu, saya tak bawak pen"

Pensil takder, ke?


"Lanchowww!!! Pensil untuk budak darjah 4 dan ke bawah lah!" tempik budak korea bermuka pucat.

Siapa nama kamu, hai toyol berbedak tebal?

(murid-murid ketawa)


"Ju bin On" jawabnya.

Takper, takper. Duduk semua. Rilek. Pen mata bola ke, dakwat basah ke, warna kelabu ke, jingga ke, pensil ke, semua OK. Harini cikgu kasi diskaun. Tapi mulai esok, cikgu nak kamu semua guna pen biru, OK?

(semua murid diam)

Baiklah. Semua dah ada alatulis dan buku latihan masing-masing?


"Dahhhhh" jawab murid-murid serentak.

Bagus. Sekarang, cikgu mahu kamu semua buat satu dot kat buku masing-masing.

(murid-murid mula menconteng buku mereka)


"Cikgu, nak buat dot tu kat mana?" tanya Chirpy Chummy.

Kamu buat dot tu dulu.


"Cikgu-Cikgu! Nak buat dot besar ke, kecik-kecik?" tanya sorang murid yang lain.

Sukati.


"Cikgu-Cikgu! Kalau buat dot kat tengah-tengah muka surat, boleh tak?"

Sukati kamu. Semua dah siap?


"Cikgu-Cikgu!" jerit sorang murid yang dok kat belakang.

Amendernya tercikgu-cikgu ni? Susah ke nak buat dot?


"...dot tu, apa?" tanya budak tadi menyebabkan satu kelas bingit dek hilai ketawa murid-murid yang lain.

Syyy! Kamu jangan bising sangat. Kang guru kat kelas sebelah terganggu nantik.


"Cikgu-Cikgu!"

Hah? Apa lagi? Siapa nama kamu? Cikgu terlupa plak.


"Fontong, cikgu. Cikgu-Cikgu, kalau saya buat garisan boleh tak?"

Saya kan suruh buat dot. Kalau sesapa buat selain dari dot, maka takdelah markah sebab tak paham kehendak soalan.


"Cikgu-Cikgu!"

Apa dia?


"Saya rasa saya taknak buat dot la cikgu. Saya nak buat dot-dot" kata Dark.

Kang ada yang balik rumah muka berdot-dot ni kang. Baiklah, semua dah ada dot masing-masing?

(aku pun mula bergerak melihat hasil kerja murid-murid)

Tak sorang pun yang betul...

komen kepada: kerja berat perlu makanan yang seimbang

Entry asal:

ntahla.kadang memang rasa nak pitam aje sebab slalu ter skip lunch.bukan sengaja tapi memang tak sempat...sebaik sampai di rumah, saya perlu tarik nafas yang panjang sebelum keluarkan 'tangan-tangan' yang banyak itu utk buat kerja rumah.


harapkan breakfast di awal pagi ajela.

read more...



Salam Cik Diyana,


Pada saya, lunch ialah satu masalah. Dahlah nak kena pikir nak makan apa, dan pada weekdays pulak, nak kena pikir nak makan kat mana. Saya tak suka sangat waktu lunch. Pada saya, cuma waktu breakfast dan tea break saja dah memadai kalau kita sedang bekerja. Saya lebih suka dapatkan heavy breakfast, kemudian kerja non stop sampai Zuhur. Rilek kejap. Pastu sambung sampai tea break. Lepas tea break, update blog pakai internet pejabat. Hehehe

Dan mengunjungi drive thru untuk save masa lunch sebab kita ni ultra-busy, adalah satu kesilapan. Fastfood macam McD, kenyang nya sekejap jer.

Kehidupan berdua apatah lagi berkeluarga memang demanding. Saya sangat respek kepada kaum ibu yang bekerja. Dahlah kena kerja 8 hingga 5. Bila dah sampai rumah, nak kena buat kerja rumah lagi. Dengan anak-anak lagi. Nak kena masak dinner nya...Perghhh.

Jadi, kadang-kadang kita terpaksa ambil jalan mudah demi menjimatkan masa dan tenaga. Kengkadang kita skip lunch. Kengkadang kita makan jajan masa lunch. Akibatnya, keadaan kita selepas waktu lunch amatlah menyedihkan. Sama ada kita mengantuk sebab tak cukup energy sebab skip lunch, atau kita jumpy sebab makan lunch yang bercili tadi.

Solusi yang saya nampak dalam hal ini ialah:
Banyakkan puasa sunat...hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...