Monday, October 4, 2010
Komen kepada: That's why you'll never win against Islam
Entry asal:
This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, ...or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...
read more....
Salam Dark Half,
Aku tak tengok lagi video ni. Tapi aku bukan nak cakap pasal video ni, aku nak cakap pasal entry kau.
Memanglah kejahatan takkan win over Islam. Kisah akhir zaman pun dah cakap, Islam akan jatuh, lepas tu naik, lepas tu jatuh balik dan kiamat. Islam ialah kebenaran. Kebenaran bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan nak berjaya dunia akhirat kena ikut cara Nabi Muhammad SAW.
Orang yang telah temui KEBENARAN tidak akan berganjak darinya. Tu sebab orang yang telah menganut Islam melalui KEBENARAN amat susah nak dipatahkan imannya (kisah ahli sihir yang dikalahkan oleh Nabi Musa as). Malangnya kebanyakan orang Islam di Malaysia tidak sebegini. Kita menganut Islam kerana keturunan. Kita tak pernah nak ambil kisah apa ertinya menjadi seorang muslim. Ini dapat dilihat dengan tidak cenderungnya kita terhadap masjid. Bahkan, kita tidak cenderung kepada solat. Solat yang menjadi tanda utama seseorang itu Islam, dah menjadi sesuatu yang dikerjakan semasa susah atau kerana nak jaga hati orang.
Dan atas sebab ini, aku kata ISLAM AKAN KALAH DI MALAYSIA. Islam akan diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri hinggalah manusia lain yang TAK PAHAM akan mengambil kesempatan untuk menghancurkan kebenaran dan kebaikan sama sekali. Dan akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berpecah belah dengan semua komponen negaranya mementingkan diri sendiri. Dan kemudian maksiat akan berleluasa dan huru hara pun tiba.
Iktibar yang aku dapat dari video, dan entry-entry yang berkaitan dengan video ini di blog dan FB ialah; kita orang Islam Malaysia hanyalah PERASAN Islam. Kita tertipu dengan diri sendiri. Kita lebih suka promokan benda-benda cam video ni dari mem blog walk kan salam atau taruk entry pasal hadis nabi. Kita lebih suka berbicara dan mendengar/membaca tentang Islam dari betulbetul menghayati ilmu atau mengamalkan sunnah.
Labels:
Series
Subscribe to:
Posts (Atom)