Showing posts with label sindiket soljah. Show all posts
Showing posts with label sindiket soljah. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Korang cuba terjah blog ni!



Aku nak mintak tolong sikit:
Korang cuba terjah blog ni dan ceritakan kat aku apa yang korang tahu pasal blog Dunia Vovinska ini kat dalam ruangan komen aku ni. Aku sendiri pun akan berbuat perkara yang sama dalam masa terdekat. Apapun...


Komen aku kepada entry ini ialah:
"Sungguh lucah imej yang terpampang dari entry ini"



sekian...

Blog Cik Ahsuez




Blog Cik Ahsuez akan berpindah ke sini.


Cik Ahsuez ni salah seorang dari sindiket soljah. Atapun salah seorang dari kengkawan mereka. Ntah? Aku jumpa link beliau satu masa dulu dan terus menerjahnya. Cool gakla.

Aku memang cepat jer rekomendasi blog pompuan bertudung ni. Mudah. Halal-compliance.
No offense...Hehehe...

Wednesday, April 6, 2011

Komen dan rekomen kepada: Cewah sudah mula dijual secara online!



Blog ini ialah blog Lan Sinaganaga, Pangkat Jeneral kepada Sindiket Soljah ni. Aku taktaulah apa maknanya, tapi nama beliau sebagai penulis cool Melayu di Malaysia sudah tak asing lagi.

Entry yang ini merupakan marketing kepada buku Pipiyapong yang terbaru: Cewah. Blook inilah yang ditulis dalam bahasa kutu seperti yang didakwa oleh PyanHabib semasa melancarkannya di Maskara 26 pada 26 Mac haritu.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Blog Jeneral Lan ni kebanyakannya artikel dan promo aktiviti sindiket. Ada juga link-link ke rakan-rakan dan teman-teman Jeneral Naga. Kat atas sekali ada banner gambar award. Taktaulah ye ke idak.


Aku suka entry recycle dari Tokrimau yang diinspirasikan dari entry Jeneral Naga yang ini.

Setelah membaca entry-entry tuan Jeneral, aku dapati semuanya macam biasa ajer. Takdelah gempak sangat. Mungkin aku kena baca buku dia.
Anyway, komen aku untuk entry dan blook pipiyapong ini ialah satu ajer. Dan ia adalah sebab yang sama kenapa aku memilih untuk membeli blook "Siapa Kekah Bidan Sepiah" instead blook "Cewah"

Sebabnya ialah kat cover tu nampak pusat pipi.


Sekian. Majulah landasan keretapi untuk cover buku.

Friday, April 1, 2011

Rekomendasi kepada: Gelap Datang Kembali Setelah...



Nama blog dia bapak panjang.
Puisi dia pendek-pendek
Dan tajam


Tak berani aku komen puisi
Nak mampos?

Komen kepada: Cakap Apa Saja


Rupa pentas malam Maskara ke 26 tu/ Yang rambut panjang tu pipiyapong
Yang botak tu Dean Sham. Yang lagi dua tu pemalu.


Aku mulakan terjahan ke blog ahli sindiket soljah dengan blog ini. Aku pilih dia sebab dia update blog dia hari-hari. Dari Arkib blog Spyz, didapati beliau mula blogging dari tahun 2001.
Ni baru betulbetul otai blogger!

Blog ni blog Spyz. Aku tak kenal SpyZ sapa. Aku budget dia mamat botak yang dok kat sebelah aku masa Sani Sudin perform malam Maskara tu. Page yang aku savekan, dipenuhi dengan gambar dari majlis tersebut. Kalau korang nak tengok gambar-gambar untuk entry maskara yang aku buat sebelum ni, kat sinilah gambar-gambar tu.


mula dari sini


Aku tak dapat nak tengok older post nak cari entry yang berupa artikel supaya mudah aku nak mengomen. Nak mengomen gambar ni, aku takde ilmu fotografi.

Ilmu tokek jadian, ada laaa...

Peluru Tak Kenal Siapa (sindiket Soljah)



Kepada pengunjung blog ini yang setia, pasti teringat siri Peluru Tak Kenal Siapa yang dimulakan satu masa dulu hasil penyiasatan link-link dalam blog Cik Siti Zafirah. Siri itu tak mendapat sambutan sama ada dari tuan punya blog tersebut ataupun pembaca di blog ini. Mungkin kerana bahasa yang digunakan oleh askar-askar dari sindiket soljah agak tinggi. Mungkin juga artikel yang ditulis terlalu personal hinggakan ia hanya menarik kepada niche pembaca yang tertentu. Apa pun, aku salahkan diri sendiri sebab tak buat persediaan yang lengkap dalam menerjah mereka.

Setelah bertweet dengan TokRimau, menghadiri Maskara ke 26, menghafal makna 'kodi' dan membaca beberapa buku dari sindiket ini, barulah aku paham bagaimana sindiket ini melihat dunia. Takdelah paham sangat, cuma buat-buat paham jer.

Apa pun, aku kembali menyambung siri ini dengan menumpukan kepada blog-blog ahli sindiket Soljah. Masalahnya, kebanyakan blog ahli mereka ni dah lama tak update. Jadi, aku terjah ikut suka aku jerlah.

Seperti biasa, aku tak harapkan mereka akan datang ke sini membaca komen terhadap entry yang dah mereka buat hampir 5 bulan lepas. Diorang sibuk dengan program dan aktiviti seni diorang. Tipu kalau aku cakap aku tak kisah. Aku kisah.
Dan kalau diorang tak datang ke blog aku, aku akan spam blog, FB dan timeline tweet diorang.
Hahahaha.


Selamat membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...