Thursday, November 25, 2010

Macam Bagus by Tukang Komen


Sapa mamat ni nak komen-komen blog orang? Blog dia best sangat, ke? Dah berapa lama dia blogging? Dia doktoret dalam penulisan dan media kreatif, ke? Itu ke? Ini ke? Anda boleh terus bermain ke-ke, sedangkan saya sedang sibuk menaip satu komen baek punyer untuk anda.

Komen yang buatkan anda rasa penulisan yang anda susah payah taip tadi, atau perasaan yang anda cuba kongsikan tadi, ada orang yang membaca dan cuba menghayatinya. Komen yang memberikan pendapat kedua kepada effort atau keadaan anda, tentang sesuatu yang anda anggap penting atau berharga. Sebab, jika anda rasa sesuatu itu memalukan, tak baik, rubbish atau tak bernilai, kenapa ia ada dalam blog anda? Anda tentu mahukan sesuatu dari apa yang anda telah publishkan. Selain perhatian dan trafik, anda pasti juga mahukan komen yang sebegini.

Atau komen yang buatkan anda rasa terinspirasi untuk mengeluarkan entry. Komen yang kembali mengujakan anda untuk mengupdate blog hari ini. Yang buatkan anda melepasi writer's block. Melepasi kebosanan yang melanda. Yang buktikan pada anda bahawa ada lagi padang dengan rumput yang lebih hijau dari tempat di mana anda berada sekarang.

Atau komen yang mengingatkan anda akan kealpaan anda. Atau picu kepada imbauan sebuah memori yang ingat-ingat lupa. Atau yang mendedahkan satu sudut, yang mana anda tak nampak pada masa berkarya. Komen yang menegur anda. Tak kiralah sama ada anda pilih untuk terima atau tidak.

Atau komen yang menggalakkan anda. Yang membuktikan bahawa anda tidak keseorangan dalam kegelapan ini. Yang menghulurkan sokongan moral, yakni sesuatu yang amat berharga ketika memerlukannya, walaupun sebatang ranting yang lemah.

Atau aku sedang taip satu komen yang memprovo anda. Mahu lihat bagaimana anda bereaksi. Kerana dunia blogging ini ada pelbagai ragam. Yang ada hanyalah kata-kata dan identiti maya. Ketersiratan perbuatan atau agenda, amat banyak cabangnya. Ada juga komen yang ditulis untuk membantu dalam deduksi ini. Komen sebegini memang pilihanku tatkala kebosanan itu melanda pula diriku.

Tapi, tempat ini bukanlah medan kebenaran atau nak menunjukkan otai. Ia hanyalah sebuah pandangan kepada sebuah pemandangan di tepi pantai. Ada yang nampak laut. Ada yang nampak langit. Tapi aku pasti, setelah dikomen, SEMUA TERASA kemasinan air laut hanya dari bau dan bunyi yang tak nampak dek mata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...