Monday, July 23, 2012

Tarikh PilihanRaya Umum Ke 13

Sejak dari puasa tahun lepas, sampailah puasa tahun ni, soalan glamer yang bermain di kedai-kedai kopi dan blog-blog bikin panas di Malaysia-phere adalah: bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13?


Soalan yang semakin menarik sejak terjadinya peristiwa Reformasi pada tahun 1998. Kalau dulu, takde sapa pun pedulik time pilihanraya sebab BN sure menang, keadaan itu tidak lagi berlaku kini, 14 tahun kemudian. Golongan muda yang dipelopori oleh mahasiswa, semakin berminat untuk menyatakan suara mereka dalam Parlimen. Golongan minoriti yang selama ini terpinggir, kini semakin menjadi kuasa yang perlu dipertimbang ketika membuat kenyataan di media. Gaya-gaya pemikiran yang selama ini kita anggap abnormal untuk negara 'Islam' seperti Malaysia, kini adalah piawai kepada taraf gaya hidup yang maju. Globalisasi semakin mencengkam hinggakan semua hilang landasan integrasi diri atau batas kemanusiaan sekalipun. Krisis ekonomi, bencana alam serta kapitalisma, menambahkan garam dan rencah kepada kari kehidupan urban.


Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bahagian kedua 2012. Namun persoalan kepada bilakah tarikh keramat untuk kita turun menutup huha yang terapung-apung di fikiran para peniaga dan pelabur ini masih belum terjawab. Akibatnya, banyak keputusan, banyak projek, banyak duit tak dapat mengalir kerana semua tertunggu-tunggu bilakah akan berlakunya pilihanraya, yang sememangnya akan mengubah halatuju, serta carta organisasi dalam semua agensi kerajaan. Pihak swasta pun tak berani nak labur lebih-lebih sebab kang dia dah bayar mamat BN ni kaw-kaw, last-last mereka down macam kat Selangor dulu. Sampai sekarang main ungkit-ungkit tu berlaku.


Mesej yang nak disampaikan disini ialah, @NajibRazak menyukarkan kami nak menempuh Ramadhan ini. Kami perlukan sen. Tapi komisen tak komfem selagi projek tak sign. Projek pulak takbley nak proceed sebab takut, pengarah, board of director atau akak cleaner tu bakal berubah, selepas #PRU13 nantik. Lagi lama Najib on hold PRU13 dan main-main dengan soalan ini, tensi para rakyat dari akar umbi sampailah ke pucuk baru, semakin meningkat.


Dan tekanan dek duit, adalah jauh lebih berbahaya dari segala dadah, atau blog-blog penghasut yang power.


Fikirkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 16, 2012

'Blogger di kedai kopi'

Zaman sekarang, perkataan 'blogger' tu dah jadi perkataan biasa di mulut pakcik-pakcik dan posmen-posmen di kedai kopi, tempat gua biasa bekfes. Anak Pak Leman contohnya, ada blogshop jual karipap sardin. Pak Akob pula, menguruskan perniagaan ebooknya melalui blog-blog proxynya. Si Amat Posmen, dia ada enam blog. Blog kerja, blog personal, blog blogging, dan tiga lagi yang malas gua nak catit dah. Apapun topiknya pada pagitu, lastlast mesti pegi ke blogger jugak. Ini mengganggu aroma telur separuh masak yang sedang gua hadap sekarang ni. Dan sebagai tukang komen dari blog aderberani, ketergangguan flow brekfes masa menikmati telur separuh masakk, adalah no-no.


Menurut mereka ni semua, nama blogger sekarang dah makin busuk. Pak Akob yang dua tahun setengah menjual ebook dgn menspam komen box kat blog orang berkata, budak-budak sekarang bikin panas. Duludulu Pak Akob cakap, apa dia kencing pun, orang mesti klik link dia. Sekarang, nampak nama dia jer, orang terus blok pukal. Siap kena troll lagi.


Anak Pak Leman pulak pernah komplen yang blogshop karipap dia kena ban dek SKMM sebab ada budak komen kutuk BN dalam post resepi kek Lapis Sarawak dia dua bulan lepas. Terganggu jugaklah rolling duit anaknya, yakni mengganggu kehadiran Pak Leman di kedai ini sebab duit biasanya anak Pak Leman yang blogger ni, lah yang kasi.


Maidin tokey kedai pulak cakap, orang yang ada blogshop zaman sekarang, kalau nak masyuk kena embed logo-logo 1Malaysia. Takpun BN. Kalau dapat, ambik logo diorang yang berkelip-kelip tu. Gerenti lepas tapisan SKMM punyer, kata Maidin lagi. Telur separuh masak gua dah agak sejuk rasanya.


Apa yang dapat gua simpulkan berdasarkan rungutan masyarakat setempat ialah, perkataan blogger dah diterima oleh masyarakat macam perkataan 'paradigma' atau 'sukuk' yang bakal jadi buah mulut tapi tak ramai yang tahu apa maknanya. Sebagai rakyat Malaysia, makna 'blogger' pada gua ialah empunya blog yang tak pro pembangkang. Sesapa yang ada blog dan pro pembangkang, mereka tak dipanggil blogger. Mereka adalah budak-budak yang bikin pannas.


Ramai yang tak puashati dengan ekplanasi gua. Gua tarahal. Yang penting, telur separuh masak. Slurrrrpppp...


Published with Blogger-droid v2.0.4
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...