Wednesday, December 29, 2010

Komen kepada: Bila nak Khusyuk?

Entry asal:

(kenapa Encik Keretamayat tak letak gambar macam blogger lain? Hensem sangatkah atau hodoh sangat? Tanya korang dalam Email)...

...Mungkin sebab aku tak hensem, atau takut blogger lain yang tak hensem kecik hati bila tengok aku yang tak hensem ini tapi lebih hensem dari mereka , woha!...

Apa-apapun, bukankah kehenseman itu sesuatu yang subjektif?, Untuk itu, aku cuba bagi jawapan dalam bentuk saintifik akan kenapa aku tak letak gambar aku dalam blog keretamayat.

Bayangkan jika aku letak gambar aku dalam blog ini, tentu..., tentu..,

Woha!

Ps: Orang yang lalai dalam solatpun berdosa, apatah lagi orang yang tak solat, memang celaka, oleh itu, ingat mayat, ingat keretamayat dan ingatlah akhirat... (sama sama kita belajar, aku pesan pada diri sendiri)


baca lagi entry gempak-gempak KeretaMayat di sini...


Salam Tuan KeretaMayat

Entry tuan sungguh poyo. Jobo. Tuan telah menggunakan agama dalam menghujah perbuatan tuan. Tuan ada sebab sendiri. Saya cuma mengatakan saya tak suka. Tapi saya memang suka blog keretamayat. Tuan dah jadi idola rujukan masyarakat. Tahniah. Selepas Mistis File, tuan #2 dalam senarai mangsa sniper saya. Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya setelah mengenakan jubah ketukangkomenan. Jadi, here goes nothing...

Tuan tak letak gambar, tapi tuan pakai nama Hamka. Tuan tak taruk profile, tapi tuan taruk konsep.

Pada saya, gambar punai menegang menongkat langit, yang dihalakan ke bibir basah si MILF latino yang sedang diterjah dari belakang oleh seorang blonde wanita memakai dildo plastik berwarna oren lusinar, adalah sama sajer bahayanya dengan ayat yang membawa kepada imagery yang sama.

"Orang kalau dah tak kusyuk, takde nak ingat-ingat kat awak der, masa solat. Banyak lagi benda lagi best"

Apa bezanya dengan menaruk terus gambar tuan atau keluarga tuan? Ia juga akan memaksa tuan dalam menjaga diri tuan sebagai seorang Islam.

Maklumlah. Bila dah dilihat sebagai rujukan, maka kenalah walk the talk. Kenalah nampak macam orang Islam. Berperangai macam orang Islam.

Itulah ujiannya kalau jadi seorang karkun pada saya. Aiseh. Emo, pulak.

Tuan ada sebab sendiri dan pada saya lebih molek jika tuan berkongsi alasan SEBENAR itu dengan pembaca yang menganggap tuan sebagai idola mereka. Daripada menggunakan hujah agama yang menggalakkan penularan liberalisme dalam menjaga kesucian agama Islam.

(giler ahhh.. macam bagusnyer?)

Anyway, selamat kembali!

Saya syorkan tuan buat dua entry seminggu demi menjaga keharmonian mental saya yang dah tahap mangkuk sebab cari idea untuk entry dalam solat.

Yang benar,

KeretaMayat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...