Blog-Walk or Blog-Click? |
Nak manipulasi apa benda yang dipaparkan sebagai popular post tu, mudah ajer. Kalau aku, paling senang aku gunakan link ke post tersebut tiap kali aku blogwalk. Contohnya bila nak promo satu-satu entry terbaru di shoutbox-shoutbox orang. Atau entry-entry thought provoking yang sentiasa aku perlukan pendapat kedua. Bila orang klik jer kat nama aku, dia akan masuk ke entry itu dulu. Duludulu zaman aku hantu blogwalk, dalam dua tiga hari jer entry terbaru akan jadi most popular. Sekarang ni, apa yang paling popular tulah yang paling popular. Dari situ kita juga boleh tahu tahap kegempakan si tuan tanah. Atau apakah imej yang terpampang hasil pemerhatian dari pengomen dalam entry tersebut.
Blogwalk ni, dari satu sudut merupakan satu marketing. Tapi orang yang berpikiran jumud dan ada masalah domestik, selalu mengecilkan skop itu kepada kapitalistik saja. Walhal ada banyak sebab lain 'tool' bernama marketing itu boleh mendatangkan manfaat. Dalam mendapatkan pendapat ketiga dan keempat, contohnya. Atau dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu, misalannya. Tapi, takkanlah kita nak marketing kat orang yang baru kita kenali ni dengan entry emosional pasal kematian arnab kita, jer? Atau kita dok guna link itu jer masa kita chatting dalam shoutbox kengkawan blogger yang ketat? Kena bijaklah...
Kalau semua orang adalah Anon |
Tuan rumah pulak, boleh menyalahgunakan widget ini dengan meletakkan link-link ke entry-entry mereka yang dirasakan power dan berupaya menarik minat pengunjung untuk jadi follower atau pembaca setia. Linkkan punchline-punchline dalam popular post korang tadi tu, kepada post-post tersebut. Biarkan saja ia begitu hinggalah post baru yang korang linkkan tadi tu, termasuk dalam senarai popular post jugak.
Dan korang boleh link-link dalam popular post korang untuk menghala ke post-post yang kurang popular. Eh? Tapi sebelum tu, camana nak check apa most popular post korang? Haaaa...Dalam Blogspot, diorang ada tab kat dashboard tu yang namanya stats. Hahaha. Sibbaik teringat.
Dalam menu Stats pulak, kau boleh tengok data-data berkaitan pengunjung ke blog kau. Kat sini jugaklah kau boleh analisa popular post kau mengikut hari, minggu, bulan atau setakat ini. Dah paham?