Monday, January 2, 2012

KTM tak pedulikan Pengguna

Kalau korang selalu guna perkhidmatan komuter KTM, korang mesti dah tahap biasa dengan kecibaian servis dan kepukimakan management KTM bab kemuter ni. Gua refuse nak biasakan diri dengan substandard ni. Sebab tu gua sentiasa maintain macam bagus. Ahaks.

Kalau korang ingat, dalam tahun ni (bulan Julai) ada kes yang lori melompat dari jejantas atas stesen ke dalam stesen KTM ni. Aftermath dari kes itu, ada beberapa bangku stainless steel yang terbiar sekian lamanya dalam keadaan bengkok sehingga (mungkin kebetulan) lah gua komen dalam blog ni, barulah bangku-bangku tu semua dialihkan.
Bangku stainless steel ni terbiar dari bulan Julai sampailah Oktober, kalau tak silap

Gua memang selalu naik kemuter dari stesen KL ni. Dan sesapa yang beli tiket dari pintu masuk arah Dayabumi/Pasar Seni, pasti akan lalu eskalator tinggi macam tangga Batu Cave tu. Ada dua eskalator: satu turun, satu naik. Sejak bulan Oktober lagi, hanya satu ajer yang berfungsi dan yang satu tu diorang set supaya jadi untuk naik ajer (common sense la kan?). Gua dah alam nak komen pasal benda ni tapi gua kasi chan lagi, laa... Lagipun gua dah ushar kat whiteboard dalam bilik meeting diorang yang diorang dah report masalah eskalator ni dan masih menunggu technician nak betulkan.




Tapi baru dua hari lepas, gua perasan eskalator ni duadua dah tak berfungsi. Dahlah menyusahkan makcik-makcik tua nak mendaki tangga yang tinggi tu, yang mana satu untuk turun, mana satu untuk naik pun gua tak tau sampaikan duadua dah jadi macam jalan dua hala. Pempaham jelah rakyat Malaysia yang berhemah tinggi dan bertimbang rasa ni masa nak cepat pergi kerja. Dia bukan kira sivik ke apa, yang dia pedulik ialah dia nak cepat. Dan laksana elektron yang bebas di orbit luar, mereka akan guna ajer tangga yang available dan akibatnya bila dah tengah-tengah bertembung dengan orang yang gunakan tangga yang sama dari arah bertentangan.

Point yang nak gua utarakan kat sini ialah perangai "takper". Masa soal bangku stainless steel yang ambik masa lama nak dialihkan, mungkin jugak pihak KTM buleh bagi alasan something like; "takper, itu sebagai peringatan kepada semua, apa yang berlaku pada hari sabtu itu" dan go all phylosophical about it. Tapi masalah eskalator yang barubaru ni tu adalah soal basic. Asas! Bila dah nampak eskalator tu jahanam satu, cepat-cepatlah hendaknya dibaiki. Gua taknak dengar alasan! Roller takder spare, laa. Kucing technician beranak, la... Bad communication laa. Dan last-last kita semua berpuas hati dengan penutup kata something like; "takper...."

Shit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...