Entry asal:
seorang perempuan datang pada aku dalam tulisannya, meminta aku ulaskan tentang satu perkara yang wallahi membikin aku lebih 6 jam terbeku melangut di hadapan kaca empat segi tepat ini di seminggu nan sudah.
tanya dia pada aku;
apa pandangan aku tentang mereka yang bertudung
mudah. ringkas.
sekelip mata boleh dibalas.
--sepatutnya.
baca sampai habis....
Syabas Cik Fynn!
Sungguh luas skop pemandangannya. Ditulis dalam penuh kehati-hatian. Dan saya paling suka sebab Cik Fynn menyucikan Allah dari segala tanggapan kita terhadap-Nya. Saya sarankan entry ini kepada semua kakcik di luar sana yang cepat melatah bila orang tegur dia pakai tudung. Dan lebihlebih lagi saya rekomenkan entry ini kepada golongan pendakwah.
Biasalah, orang yang sedang bercinta, akan asyik dalam perbicaraan cintanya. Sebab dia belum dapat. Dan kebanyakan golongan yang bersemangat dalam menjalankan dakwah ini ialah golongan pemuda. Dan tak salah jika kita serkap jarangkan bahawa kebanyakan dari golongan ini adalah masih dari tahap bercinta.
Dan orang bercinta memang mudah terbawa-bawa dek emosi. Dan bila emosi dah naik kepala, objektiviti, rasionaliti, walhal harga diri juga kadangkala boleh ditolak tepi bila kalah menang diskusi ini yang menjadi persoalan. Imej Islam seolah jatuh bila si pendakwah kalah berhujah.
Dalam hal berdakwah, persediaan yang secukupnya kena ada. Persediaan itu adalah spiritual dan mental. Persediaan mental ialah kita kena bersedia untuk menghadapi penolakan dari target sebab benda-benda baik dan keagamaan sebegini tak begitu popular. Kena bersedia dengan jawapan-jawapan yang takkan mengguris hati si pendengar, walaupun dia menolak.
Persediaan spiritual pula ialah kita dah terisi dengan amalan pendinding agar bila setan mengetuk pintu nafsu nantik, kita berupaya menempisnya. Sebab tu bila berdakwah, kena bawak otai sebagai guide kita. Takleh nak turun koboi jer dan terjah setiap disko kat Jalan P Ramlee tu. Dan bila dah habis jumpa orang, mau hantar report kat Allah (melalui tahadjud) agar Allah ampunkan kita (takut tersalah cakap) dan orang yang kita dah jumpa/cakap tadi.
Aku setuju dengan dakwaan Cik Fynn yang mengatakan bahawa KITA ni sendiri yang mengakibatkan golongan MUDA JAUH dari Allah.
Mungkin sebab apa yang aku dah cakap.
Mungkin sebab apa yang aku dah buat.
Pepehalpun, syukurlah sebab Allah masih menghantar asbab untuk memperingatkan kita.
Itu semua tanda, tu...