Monday, November 1, 2010
komen: menweolisus blog
I knew about this blog thru null and alternate, so ahmad farid, please blame cero.
When I visit a blog, I'd checkout the latest entry. Then the number of visitors against the start date of the blog. Then I take note of the number of comments received, and what kind that received the most. If I find one that has many comments, I'd have to check each comment one by one. I count the number of commentors and the length of each comment. And maybe reread the entry few times to see if I could laugh twice at the same joke.
Why go thru all these hassles? Because I would like to know the identity potrayed by the blog. It tells me something about the owner. I love meeting and learning about new personalities (especially those that hates me) because through them, I learn more about Him.
Your blog however, don't have any of the above. So as a lazy commentor who blogs from a CC, I'm putting on my Sherlock Holmes hat and continue browsing your entries.
Although your entries are tickling the right areas, there are not many of them to gratify an itching curiosity. Plus the frequency of update is getting lesser by the month. Maybe you just started working and the end of year is the most busy part in a working calendar. Or maybe your life is getting better since you don't escape much from the 'harsh reality' recently. The latest entry suggested that the last time you escaped was thru learning about the Nirvana band. (Or is it just Kurt Cobain? ;p) Music has been your escapism. This is evident by the range of genre of music selections you put on the side bar.
The striking 'ART not ADS' banner at the top gives a good blow to those who blog for money like me. Everybody has their own blog (opinion). Some may respect you for that. But some might get the wrong impression that your blog is not marketable. Either way, I think you care less.
Nuff said.
Labels:
komen bebas
Komen kepada: Cikgu ada pilih kasih ke.....
Entry asal:
Pagi tadi zaki tak boleh ke sekolah walaupun hari ini adalah hari kedua peperiksaan akhir tahunnya, lelah dan demamnya agak kuat...setahu aku jika murid jatuh sakit pada hari peperiksaan, mereka boleh menjalani peperiksaan yg teringgal itu pada hari lain..(cikgu2 tolong jawab) ...betul ke atau tidak..
Kira2 pukul 9 pagi aku menelefon ke sekolah memaklumkan hal itu pada pihak sekolah..kebetulan cikgu kelas zaki berada di bilik darjah..takut menganggu kalau aku menelefon beliau, jadi aku menghantar pesanan ringkas memaklumkan hal zaki..bunyi SMS aku seperti mula2 tadi..
Namun hinggalah tamat waktu sekolah dan hinggalah ke saat ini tiada sepatah jawapanpun aku terima dari cikgu kelas zaki...sejam...dua...tiga..tiada jawapan..think positive...cikgu sibuk...cikgu takde kredit nak jwb atau cikgu tertinggal handfon kat rumah.....atau HP cikgu hilang....
read more...
Salam Cik Idalara,
Waaahhh...Cik Idalara menyerang payabesarpedas dengan komen-komen pendek tapi menusuk. Jadi, saya yang memakai topi 'tukang komen' dan menerjah blog Cik Idalara dan membaca entry terbaru.
Tajuk entry ini mengingatkan saya kepada zaman sekolah rendah dulu. Pada perasan saya, MEMANG WUJUD PILIH KASIH dalam industri kecikguan. Saya ialah salah seorang yang sentiasa menjadi pilihan kasih para cikgu sepanjang karier saya sebagai murid. Dari cikgu sementara dan cikgu B.I semasa di sekolah rendah, hinggalah ke lecturer Elektromagnetik dan coach basketball semasa di universiti. Sebabnya bukan sebab saya ni suka menjilat papan hitam atau belakang sapa-sapa. Atau kerana markah saya selalu tinggi. Ada pelbagai sebab dan salah satu sebab yang popular ialah saya selalu menarik perhatian guru-guru saya. Ada kalanya guru itu ingat saya kerana saya banyak tanya soalah killer. Ada juga guru yang ingat saya sebab saya suka menyampuk dan melawak masa dia baca buku teks dan suruh kami salin dan tulis dalam buku tulis kami.
Para guru adalah manusia biasa. Mereka bukan wali atau orang yang bijaksana. Ada yang menjadi guru kerana passi (passion). Ramai yang menjadi guru kerana nakkan pencen dan sebab dah tak dapat kerja lain. Apa-apapun, bila mereka dah jadi guru, mereka sudah mendapat satu title yang sangat penting dalam sebuah masyarakat. Serupa seperti title ketua kampung atau bidan atau pak imam.
Dan kita sebagai ibubapa, memang sentiasa harapkan guru anak-anak kita mengambil berat akan anak kita ni. Setidak-tidaknya pun, guru kelas mereka mengambil tahu prestasi kedatangan murid, seperti yang digambarkan dalam telenovela atau cerita-cerita masyarakat di TV.
Tapi dalam dunia globalisasi dan era klip video 3gp, para guru juga terpengaruh dengan desakan serta gaya hidup moden sehinggakan mereka juga selalu terlupa akan peranan mereka sebagai guru. Ada sampai ke tahap nama anak kita ni pun hanya mereka ingat setelah mereka menyebut dua-tiga nama anak orang lain.
Memang ia jadi begitu kerana anak kita ini tergolong dalam kelompok mediocre. Atau kerana anak kita ni low profile. Atau kerana kita ni bukan hotshot. Tetapi itu bukanlah hujah kepada kita untuk menyerkap jarangkan mereka dengan pelbagai andaian dan kongklusi pra matang. Sebagai seorang bekas guru, Puan Idalara sepatutnya menyemak silang keadaan si guru yang tak membalas SMS Puan sekiranya puan begitu pentingkan akan kedudukan akademik Zaki yang tak dapat ambik peksa pada hari tersebut. Jika kita tak puashati dengan subordinate, kita kena escalatekan ke immediate supervisornya pula. Supaya lepas ni, buka setakat Zaki ajer yang dia kasihi...
Saya suka dengan gaya penulisan Puan yang sarkastik. Entry sebelumnya ("Macamana nak tolong....") adalah satu contoh klasik bagaimana puan bijak menggunakan elemen sarkastik dalam penulisan puan. Kali terakhir saya berpengalaman dengan elemen ini ialah ketika berdialog dengan ibu saya sendiri pada petang semalam. Para ibu yang penyayang dan penyabar memang dianugerahkan dengan hikmah ini agaknya...
Saya harap puan sudi datang mengomen ke mana-mana blog saya dan segala pandangan puan amatlah dihargai dan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.
Amacam? Kasih tak kat saya? Hehehe ;p
Labels:
komen bebas,
Series
Subscribe to:
Posts (Atom)