Monday, October 3, 2011

KTM lambat lagi

Awek debab yang tadinya tidor kontrol ayu pun terjaga dek kepanasan

Yang menunggu sambil duduk dah satu hal. Yang berdiri lagi laaa

Semua bermuka resah mendengar pengumuman yang tak membantu

Gua dah malas nak fedap-fedap dah dengan KTM atau komuter, ni

Pagi tadi gua punyalah semangat nak memulakan bulan Oktober ni dengan punctual. Awal pagi lagi gua dah terpacak kat stesen komuter Sungai Gadut, Seremban, nak catchup dengan train yang pertama, nak masuk keja awal harini, nak surprise bos. Tapi semuanya hancur berkecai apabila train yang gua naiki, terhenti kat stesen Tiroi untuk lebih 30 minit.

Setelah berdetap-detup bunyi relay dalam kabinet tempat gua bersandar tu berketip, dan selepas dua tiga kali pintu train dibuka katup, akhirnya barulah keluar announcement yang mengatakan bahawa train yang kami naiki sedang mengalami masalah bekalan kuasa. By this time, bebudak sekolah yang dok memekak dari tadi dah keluar koc dan awek debab yang dok depan gua pun dah terjaga sebab panas takde aircond.

Menurut spekulasi Herry, budak sekolah yang memekak dalam komuter tadi, beliau memberitahu bahawa minggu lepas hari Rabu pun jadi jugak camni. Beliau dengan sekeras-kerasnya mendakwa bahawa semua isu ini berpunca dari kawan dia Amin yang tak mandi pagi. Amin pula menafikan dakwaan Herry.

Setelah lebih 30 minit bersungut, tibatiba seorang brader berpakaian lengkap uniform KTM telah meluru masuk ke dalam koc kami dan terus menuju ke arah kepala gerabak. Tak lama kemudian, kedengaran semula deruman bunyi motor train dan aircond mula berfungsi. Orang ramai yang kat luar tadi, lebih lebih lagi Herry dan Amin meluru masuk ke dalam train semula. Kemudian brader beruniform KTM tadi keluar semula dan memanggil sesapa lagi yang kat luar agar masuk sebab train dah nak sambung perjalanan. Pintu ditutup secara manual dan brader tu pun ke koc yang seterusnya di belakang. Tak lama kemudian, kelihatan dua orang bangla keluar dari celah semak dan cuba memasuki koc kami. Beberapa orang dari dalam koc cuba menekan butang nak bukak pintu, tapi tak berjaya. Dan dalam kecemasan itu, train pun mula bergerak. Bangla menepuk-nepuk pintu cuba nak bagitau supaya benarkan mereka masuk tapi train semakin membina kelajuan. Lama kelamaan, train meninggalkan stesen Tiroi dan semua yang berlaku tadi bagaikan mimpi sedih dalam tidur di komuter.

Dengar cerita KTMB akan dapat koc baru, nantik. Gua tak rasa ada apa-apa yang akan berubah sebab segala isu yang gua dah perati setakat ni, bukan masalah koc. Ini semua masalah servis dan pengurusan. Contoh macam masalah bekalan kuasa, diorang patut kena adakan backup power supply untuk kes-kes macamni. Macam kes penumpang naik train yang melambatkan train dari jadual, diorang kena ada penguatkuasaan. Dan yang lebih penting lagi, diorang kena ada pemantau nak memantau pekerja-pekerja diorang yang merupakan interface yang mewakili badan kerajaan ini dengan masyarakat .

Ah..mengomel bebanyak kat sini pun, sapa yang pedulik, ye tak? Pepehal pun, gua selamat sampai di ofis lambat setengah jam..Yang bangla dua orang tadi tak tahu lah apa kabarnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...