Agak sulit sebenarnya nak kipap dengan industri ketukangkomenan ni. Kita kena sentiasa relevan. Aptudet. Kena ada akaun fesbuk, tuiter, teget meget kelancuit pesumer baru la pengkritik moden namanya. Sumber takleh nak bergantung kat sokkabar, blog basi atau wall fesbuk bahan-bahan terpilih ajer tapi termasuk juga segala sumber audio video yang boleh di daunlod dari laman sesawang, hack talian skype, atau pakai bomoh jer terus tanam toyol dalam bontot mangsa pilihan.
Cara penyampaian adalah segalagalanya dalam mengomen. Ramai yang bina reputasi sebagai pengomen series dan ketat dengan hanya attack benda-benda series macam politik, ekonomi atau agama, lebih ramai lagi yang ambik pendekatan humor dan parody hingga kadang-kadang buatkan kita berpikir banyak betul masa dan effort yang mamat ni laburkan nak mengomen orang lain.
Cara menerima komen pulak lagila skill yang penting sebagai tukang komen. Tukang komen picisan kena pandai main market, baru nak naik, takleh lah nak simpan lawan keliling pinggang. Kena pandai main tarik tali. Dah melempang 20 kali, mau kasi orang lempang kita sekali, maa. Tapi bila dah ada groupies atau pengikut, barulah boleh ada ego. Ada pendirian. Dah tak kesah dah nak gadoh dengan sapa. Bercakap macam dia dengan Najib tu kamcingg jer.
Tukangkomen yang hardcore ajer tau bahawa benda paling susah dalam industri pengomenan ni ialah nak maintain stamina. Tapi bila stamina dah maintain stim, nak kena kontrol pulak jangan sampai terbawabawa. Ini sampai habis semua benda dikomennya. Jangan tersalah senggol, uwan sendiri pun ditroll.
Komen mengomen ni agak unik dalam sosioloji negara ni, sebenarnya. Rakyat negara ni semasing mengakui menyanjung tinggi nilai-nilai budi bahasa dan toleransi, selagi takde orang yang cibai dengan mereka terlebih dahulu. Di jalanraya misalnya, time semua orang bawak keta elok-elok, jangan sesuka nak potong kiri, main haibim-haibim tanpa sebab atau tunjuk fuck masa lalu sebelah time memotong. Akak pakai tudung awning Fauziah Nawi pun bley bertukar menjadi Makji Schumacher dan cocok angin sama kita...
Pointnya di sini ialah, masyarakat Malaysia sibuk inginkan kebebasan bersuara, soalnya adakah kita semua sudah bersedia untuk membebaskan pendengaran kita?
Haaaaaaa......