Monday, September 27, 2010

Komen kepada: Aku vs Pemburu Lailatul Qadar

Entry asal:

Temu Bual Penulis Bersama Pemburu Bayangan Lailatur Qadar....Lokasi Dan Tempat Dirahsiakan...

Akuhuduh           : Taun Nih Agak Agak Malam Ke Berapa Lailatur Qadar?

Pemburu             : Owh.... Malam Ke Dua Puluh Dot..Dot Laa....

Akuhuduh           : Uiks!!! Camno Bole Tau Tu??

Pemburu             : Emmm...Tiap Tiap Tahun Kita Buru Dia, Jadik Allah Kasi Taufik La Tuk Merasai Saat     Saat   Kedatangan Malam Tuh..

Akuhuduh           : Uuuiiii..... Macam Tu Skali ( Sambil Control Jeles )
salam..maafkan aku tapi aku rasa kau dah tertipu pada malam laila tu. Sebab Baginda SAW pun beriktikaf, kau lak mandai-mandai...

anyway, ni cerita pasal Laila hunter:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/08/interview-dengan-wali-lailatul-qadar.html

dan ini cerita pendapat seorang karkun macam kau pasal memburu Laila:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/09/atan-dan-abu.html

dan ini cerita pengalaman berkhalwat dengan Laila tahun ni:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/09/malam-tadi-aku-khalwat-dengan-laila.html

Anyway..aku tak suka dengan cerita2 kau, so kipidap 
                              (kalau aku puji kang kau kembang, so aku test kau)

Komen kepada 'Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero'


Entry Asal:

Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.


Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.
read more...


Salam semua,

Wahhh..hebat perdebatan dalam entry kalini. Ini memang kebiasaan dalam blog atau site yang menyentuh hal-hal konspirasi. Hal konspirasi berkait rapat dengan psychology manusia yang suka mencari penerangan kepada sesuatu yang ghaib. Sebelum itu, tahniah kepada tuan tanah yang buat artikel ni dengan mengambil kira ilmu tafsir, dan sensitiviti pembaca-pembaca yang berbilang agama dan bangsa serta berilmu tinggi.
Setiap orang ada komen mereka dan seperti ibnuyaacob sendiri, masing-masing ada kepakaran mereka. Cumanya saya rasa, semasa menjawab komen orang lain, kebanyakan kita terlupa akan topik sebab terskizo dek ayat-ayat panas pengomen lain.

Kepada abang-abang karkun, tugas kita hanyalah menyampaikan. Dan bila ada orang yang tak terima ajakan kita atau salah faham sebab kelemahan kita berbicara, diamkan ajer. Jangan layan. Yang penting, lepas kita sampaikan, kita mau bangun malam dan doa sungguh-sungguh agar kita semua Allah berikan taufik dan hidayah.

Kepada brader-brader tarekat dan pondok, saya sangat setuju dengan pendapat yang mengatakan nak tafsir Al-Quran itu termemerlukan 15 cabang ilmu. Namun, ibnuyaacob tak tafsir Al-Quran dalam artikel ni. Beliau cuma dapat lihat KESELARIAN peristiwa dalam surah At Taubah itu dengan apa yang berlaku ini. Dari sini kita dapati beliau bukanlah penafsir tetapi seorang pengkaji dan mengkaji Al-Quran itu amatlah digalakkan. Walhal setiap pergerakan seorang Rasul itu mengandungi hikmah walaupun cara Baginda buang bijik kurma sekalipun, inikan pula Al-Quran yang Allah dah redha dengan susun aturnya pada hari ini. Kalau tak, tentu Al Quran itu disusun dalam susunan mengikut kronologi turunnya ayat.

Kepada orang pertengahan: aku tau ada dikalangan korang yang wali-wali. Sebabnya korang tunjukkan akhlak dengan mengambil jalan tengah dan berbaik sangka dengan semua pengomen yang panas-panas belaka. Baik korang singgah kat blog aku dan bersantai dengan cerita-cerita pasal korang.

Kepada bloggers yang copy paste, sila taruk disclaimer dan link kembali ke artikel ini bagi mengcover belakang korang kiranya ada yang tersalah faham atau sebagainya. Teruskan menyebarkan apa-apa yang korang rasa baik namun lakukanlah dengan integriti dan kesedaran. Jangan ikutkan sangat statistik jumlah visitor ke bloh korang tu sampai korang main publish ajer tanpa usul periksa. Nak lagi best, cuba selidik sikit pasal Cordoba Initiative, Rockefeller atau aku dan tambah lagi info on top info ni. Barulah berkembang. Korang ada masa, jadi jangan membazir.

Yang merisaukan aku ialah golongan yang bermula dengan niat yang baik tapi menjadi panas sebab ditembak oleh orang lain (sebab salah cakap atau salah eja). Kemudian sebab nak cover, dia memutarbelitkan kata-katanya sendiri dan bermain dengan falsafah atau ayat Al-Quran. Pesan aku ialah: bila ada orang nampak kesalahan kita, dan ianya betul salah, maka betulkan diri anda. Jangan jadi macam orang Yahudi. Putar belit sampai diorang pun dah confuse apa yang betul, apa yang tidak...

Apa-apa halpun, perbezaan pendapat itu memang menarik dan ia memberi manfaat kepada yang mahu mengambil manfaat. Aku tau ibnuyaacob dah biasa dengan hal sebegini. Bagus entry ni. Penyampaiannya juga bagus. Diharapkan kita semua akan sekular dengan tidak bermasam muka atau berprasangka antara satu sama lain setelah perbincangan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...