Friday, October 22, 2010

Komen kepada: Inspirasi Separa Gelap#2


Sebab kau ada dalam list 'mangsa tetap' kat sebelah kanan, aku memaksakan diri me review artikel kau. Aku nak review dialog dengan aku tapi aku taknak menonjolkan sifat self-absorbedku buat masa ni. Akukan tukang komen.

Tambahan pula, goreng pisang masih panas, baik kita salahgunakan, tengok apa jadi..Mak tak Kisahhh...

Secara helikopter-viewnya, artikel kau yang ni ada peningkatan. Kau campur baurkan 3 isik penting dalam satu penyampaian:

1) kenapa kau pilih gambar the crow sebagai avatar kau. 

Simboliknya kau mahu dunia memahamai kau; seorang yang nampak jer ganas...Tang ni, aku komen: "Aren't we all?"

2) kau review character the crow dan semua yang berkaitan dengannya. 

Bagus. Ni menunjukkan kau ada data dan fakta pasal POINT utama artikel kau kali ini. Dan kau ada pandangan kau sendiri tentangnya tanpa memberitahunya pun di akhir artikel. Good.

3) simboliknya segala-gala tentang the crow sampaikan aktor anak tunggal seorang legenda, mati kerana misterinya dan blablabla...


Itu cuma kebetulan jer, bro. Kalau camtu, marilah kita kaji watak The Joker yang dibawa oleh Ledger dalam movie Batman versy Dark Knight pulak. Joker pun cool gak. Ledger dok berkurung dalam bilik hotelnya nak mendalami watak The Joker sampai bunuh diri, beb. Camacam spekulasi timbul lepas tu. Atau mari kita kaji ada tak orang cam John Wayne Gacy dalam Malaysia? KihKihKih. Again, ikut suka kau lah.

Indirectly kau menyatakan kau ada obsession. Ada kemahuan. Ada knowledge. Ada facts. Facts kebendanya? Itu semua fiksyen la bro. Baik kau kaji pasal hal realiti macam: camaner nak selamatkan semua orang masa kat mahsyar nantik atau camana kita nak dapatkan semula rahmat Allah setelah kita menyia-nyiakannya. Tapi sukatilah. Kau dengan perut kau. Aku dengan perutku.


Penyampaian kau juga tak memboringkan dengan menyusun isu provokatif sebagai intro (dialog dengan kengkawan pasal ganasnya avatar kau berbanding who you are in person yang diorang kenal), dan transition dari satu point ke seterusnya adalah seamless. Macam artikel orang isap kokain (Jung's POV, anybody? hehehe) atau orang sedang beremosi. Kalau kau boleh kuatkan lagi emosi dalam artikel kau, aku rasa ada lojiknya sebab kau memang seorang Pisces. Baik kau exploit untuk kebaikan kau (memantapkan blog, lantas tambah trafik blog). Tapi risikonya style penulisan yang aku anjurkan itu ialah kau akan terpengaruh dengan artikel kau sendiri sehingga kau jadi macam watak penulis novel 'Supernatural' dalam siri Supernatural yang kita selalu cerita kat blog payabesarpedas.


Aku cadangkan kau buat cerita mengarut yang emosional giler untuk entry minggu depan. Tarik balik perhatian kepada Novel Grafik. Tapi buat cerita berkaitan setan, hell, lies, backstabbing, konspirasi dan sebagainya pulak. Benda ni feymes dalam intenet. Orang taknak baca pasal daily life. Diorang nak baca perasaan (sex), kekaguman, hiburan, sensasi, tips masa depan dan lain-lain bullshit terkini. Mereka mahu teruja. Mereka mahu ada point yang nak dibangkitkan masa berborak nantik. Mereka mencari identiti. Kat sinilah kita exploit. Kenapa nak exploit?


Nak naikkan earninglah.
Jangan tipu laa.
Dan jika kau macam ni, maka aku pun nak join.
Daripada jadi ego dengan tak letakkan iklan atau shoutbox dalam blog mereka. KahKahKah...


Again:
Kahkahkah.

Selamat mencuba dan selamat hujung minggu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...