Monday, December 20, 2010

Komen kepada: Jelesnya


Entry asal:

Aku ada la member yang aku anggap kawan baik. Dia pernah menjadi tempat aku bertanyakan nasihat. Kalau aku ada masalah aku mintak tolong dia, dia ada masalah aku tolong. Boleh la dikatakan berkawan baik la. Walaupun dah lama tak jumpe, tapi kami still contact sampai sekarang...

...Tapi perangai dia dah macam orang yang dah lupa asal usul. Tak macam kawan yang aku kenal dulu. Kawan aku dulu elok je. Tak suka cakap besar. Rendah diri. Sekarang?? Aku pun tak tau la nak cakap macam mana.
Aku tak mau tulis nama dekat sini. Kalau ada dia terbaca, harap dia faham-faham sendiri la.

Baca selengkapnya di sini


Salam Mr.Khai,

Entry kau yang ni sangatlah menarik. Sebab ada banyak perspektif yang boleh dicabangkan darinya.

1) Kau cemburu sebab dia lebih berjaya dari kau. Dan api cemburu itu sepatutnya dipadamkan dengan air kebaik sangkaan sebelum ia merebak. Kau patutnya berbangga mengenali seseorang yang sudah berjaya. Kau sepatutnya mengambil pelajaran manalah tau kot-kot ada benda yang kau boleh buat untuk berjaya juga.

2) Pada aku, api cemburu itulah yang telah membuahkan perasaan menyampah kau pada kawan kau itu. Bila kita dah benci sesuatu, maka segala apa yang orang tu buat akan nampak buruk pada kita. Samalah bila kita dah suka akan sesuatu, segalanya nampak baik dan positif. Bahkan kutukan, kritikan bahkan kepoyoan seseorang itupun nampak macam satu cabaran atau lawak agar kau berusaha dan memahami dengan lebih gigih lagi.

3) Standardlah orang yang dah berjaya gebangnya besar. Takkan orang miskin plak nak cakap besar, kang orang cakap tak sedar diri plak. Dan bila kau tak biasa dengan manusia jenis ni, maka kau masih kurang bergaul. Kau boleh elakkan bergaul dengan mereka tetapi aku cakap kau rugi gila. Tak caya, cuba kau pergi mingle dengan mamat dan minah dalam majalah Malaysian Tatler. Aku jamin 80% semuanya cakap besar. Jadi, adakah mereka cibai? Tak. Itulah mereka. Kita ni pulak, yang baik kita ambik, yang buruk, kita cubalah jauhkan dari melekat pada diri kita.

4) Jangan benci orang. Lebih-lebih lagi orang yang kita pernah kenali. Sebab biasanya, kita AKAN berperangai macam orang yang kita benci itu. Dan janganlah putus kawan. Jahat-jahat dia, dia kawan ajer. Bukan awek atau bini kau.

Aku harap kau tak marah dengan aku yang memang macam bagus ni dan rilek-rilek laa dalam hidup kau. Maafkan ajelah kepoyoan kawan kau tu, kau bukan rugi apa, pun. Kalau telinga dah tak tahan, kau bla jelah. Tapi aku cakap, kau kena naikkan semangat kau dan belajar tahan dengan semua ni. Kalau tidak, kau akan semakin melarikan diri dan dunia akan terasa semakin sempit...


Entry Emo dan personal menarik visitor, asalkan ia dikongsi dan tidak dicakap dalam hati...

Komen kepada: Konsep psikologi mudah

Entry asal:

Was-was, sudah gosok gigi atau belum, berulang-ulang - obsessive compulsive.

Akan gagal periksa, pasti, kalau membaca pun tidak menjadi - pesimis.

Berasa malu, rendah diri, orang lain hebat, kita tidak, berasa tidak cantik - low self esteem.

Dia kelihatannya sombong, lebih baik jangan bercakap dengan dia - nujuman penyempurnaan kendiri.

Air penawar ini boleh menyebabkan lulus dengan cemerlang, hakim pun boleh menjatuhkan hukum yang menyebelahi kita - lokus kawalan luaran

Orang lain menulis, kita membaca - pembaca.

Orang lain menulis, kita 'copy and paste' - itu kurang idea!


read more...

Salam tuan Fakir Fikir

Tidak seperti blog Cik Zarch yang menyesakkan nafas saya membacanya (ayat dia panjang-panjang!), blog tuan lebih mesra alam.

Seperti tuan, saya juga ada penyakit gilakan data. Saya suka mengumpul data visitor yang datang ke blog saya, melihat trend waktu puncak dalam sehari dalam seminggu dalam sebulan, menilai entry-entry popular, cuba menafsirkan psikologi disebalik pemerhatian terhadap data, kemudian mengeluarkan hipothesis yang saya akan verifykan melalui entry saya yang seterusnya.
Saya lakukan ini dalam blog payabesarpedas. Blog itu mulanya nak cerita pasal kisah budak underground yang duduk kat kampung. Kelamaan, saya endup bercerita pasal Dia (yang memang menjadi buah mulut saya setahun dua ini)

Dan entry tuan yang ini, amatlah menarik kepada saya. Kerana dari symptom yang tuan observe, tuan mendiagnosekan keadaan psikologi si pelaku. Kebanyakannya adalah umum dan mungkin juga benar berdasarkan data historikal.

Tetapi manusia ini dinamik. Ia berubah-ubah. Statistik yang kita perolehi hari ini, hanyalah benar pada hari ini saja. Yang tak berubah ialah Allah. Dan statistik hanyalah 'flavor' kepada keseluruhan populasi. Sebab tuan pasti tahu, statistik yang baik dimulakan dengan asking the right question, at the right time, at the right crowd.

Saya cuba beri perspektif saya dari apa yang tuan telah tulis dan saya harap ini ialah permulaan kepada sebuah persahabatan bermanfaat:


Orang lain bertepuk tangan, kita bertepuk juga - mengelakkan orang bersangka buruk terhadap kita

Orang lain mengarah, kita mengikut - mendidik nafsu

Semua orang lain ketawa riang, kita bermuram durja - zikrulmaut

Banyak hal harus difikirkan, runsing dan kacau bilau - prioritization problem

Kepala kita sahaja yang betul, orang lain semua salah - budakbudak

Was-was, sudah gosok gigi atau belum, berulang-ulang - akibat tak fokus masa solat

Akan gagal periksa, pasti, kalau membaca pun tidak menjadi - pemalas

Berasa malu, rendah diri, orang lain hebat, kita tidak, berasa tidak cantik - fikrah semasa ghash

Dia kelihatannya sombong, lebih baik jangan bercakap dengan dia - bersangka buruk/kena main dengan setan

Air penawar ini boleh menyebabkan lulus dengan cemerlang, hakim pun boleh menjatuhkan hukum yang menyebelahi kita - hopers

Orang lain menulis, kita membaca - cari idea

Orang lain menulis, kita 'copy and paste' - tukang komen

p/s: Yang last tu, lawak jer. Punch line untuk entry ni.

Spiralling?

The kick I get when I read: Spiralling
The faster I read, the faster the feeling..



Then the pain comes...

Kepala hotak aku jadi mereng sebab terlalu banyak sangat baca blog orang. Aku nak ambik nafas jap. Sat lagi, siaplah korang semua.

Jangan tak terbaca, sudah ler...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...