Sunday, February 27, 2011

SARKASTAS


Harihari mau jenguk blog rakan-rakan. Aku akan selak selai-selai isik blog mereka satu persatu. Komen sedas dua untuk entry yang menyentuh aku. Kengkadang ada benda yang aku tak habis lagi cakap. Kengkadang ada salahfaham yang aku masih hutang. Kengkadang saja jer nak ambik berkat having the last laugh (?)

Aku akan cuba selami hati nurani kengkawan alamaya aku ni. Gempak sebenarnya perhubungan style cenggini. Rasa cam rapat dan mesra tapi batang hidung pun taknah nampak. Mungkin ada benarnya pendapat orang; tak kenal maka tak benci. Arakian dalam mengekalkan kesukaan ini, hubungan itu dikekalkan dalam kemisteriusan yang berpanjangan. Siapa diriku tak sepenting apa yang aku perjuang atau yang aku makan pagi tadi sebagai sarapan.


Aku letih betul dengan blog yang nak kena tekan butang "Kau rugi kalau tak baca lagi". Tak kisahlah dia kawan ke idak. Dahlah taruk 3-4 entry jer satu page, setiap entry pulak ada butang read more. Maka akibatnya, sementara menunggu dia habis loading page, aku akan ke blog orang lain dulu. Dan akibatnya aku terus merapu kat blog orang tu. Dan terus terlupa blog kengkawan tadi sampai kredit aku kat kaunter CC ni habis. Ni pendapat aku jer. Hehehe. Sukati lah nak taruk lagu ke, nak taruk gambar konteks lens ke, mata ayu ker, ye tak?

Dan masa melepak dalam blog member, aku akan tengok apa-apa yang aku boleh usik dalam blog dia tu. Haritu aku challenged myself nak jadi pengomen teratas selama dua hari berturut-turut di blog sukaramai: Sorrow Di Waktu Senja. Ada jugak kengkadang aku support kengkawan aku dengan melibatkan diri dalam perselisihan faham yang takde kena mengena denganku. Apa-apa jelah yang dapat menghiburkanku tatkala keboringan melanda sebagai Tukang Komen.


Lately tah kenapa aku tengok kebanyakan blog bercerita pasal benda yang sama ajer. Walaupun ini satu perkembangan yang baik (dulu blogosphere Malaysia banyak dipengaruhi oleh topik politik dan agama, kini blogger dah ada isu mereka sendiri) Yang cerita pasal benda tu secara direct mahupun yang cuba lari dari bercerita tentangnya dengan bercerita tentangnya dengan lebih dalam lagi. Sorang cerita A, semua cerita A dari sudut mereka. Sorang citer B, yang lain pun buat versi B mereka siap ada anti B lagi. Sorang nak jadi Tukang Komen yang lain pun nak jadi Tukang Komen jugak. Hishhhh...


Tu sebab kengkadang bila aku tengok ada trend sebegitu, aku akan lari dari orbitku. Aku akan ke orbit atas atau bawah atau lepas sampai orbit paling luar sekali. Untung-untung aku akan terlepas dari cengkaman graviti.

Masa tu, barulah komenan aku kat dalam blog ini, FREE...
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...