Friday, October 29, 2010

Komen kepada: Pengejar Earning Nuffnang Terunggul



Entry asal:

Seronok tak mengenal Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog? Ok. Kali ini mari kita mengenal ciri-ciri blogger yang kemaruk dengan duit nuffnang plak. Ala. Jangan cakap kau tak tahu langsung pasal Nuffnang ni ye. Kalau tak letak iklan Nuffnang dalam blog pun I bet you know jugak lah kan Nuffnang ni company iklan yang kasi earning kat bloggers kalau letak iklan dorang. Got it? Banyak benda aku nak elaborate dengan hujah-hujah ugly truth aku ni. Bahan-bahan explicit pun dah bersedia nak keluar dari kepala otak aku ni.muahahahahaha (evil laugh with evil look)

read more...

Dear Amoi,

Aku baru dalam blogging. Aku suka blogging sebab ada nuffnang dan segala macam yang lain yang menghasilkan duit dari blog. Aku suka ramai yang baca blog-blog aku. Dan kesukaan itu aku measure dalam bentuk earning nuffnangku, supaya mudah ku diamkan ibu dan orang lain bila ditegur:


"Apo bondo kau buek dalam bilik tu dendiam, Wan? Isap ganjaaa, ko?"

Aku baru dalam blogging dan term macam nang, dang, innit, BE, cashout atau blogwalk adalah asing bagiku. Aku cuba nak catchup sebab aku membesar dalam dunia IRC dan fanzine. Internet is the future dan the future is now. Dan masa aku cuba memahami semua ini, aku mula paham kenapa ada term blogger dan kenapa blogging itu addictive.

Ada banyak sebab orang jadi taik blog. Yang kau menyampah ialah golongan yang kepoh dengan buffered earning (BE) atau cashout mereka sampai jadi TAIK benda tu. Kita parking dulu review entry kau. Kita masuk ke otak aku dulu.


Pada aku pula, dengan adanya nuffnang, ia adalah satu indeks yang menerangkan pelbagai sudut tentang masyarakat Malaysia. Salah satunya:

Nuffnang hanya mengira visitor yang datang dari Malaysia ke blog kita. Sebab barang yang diorang promo kat blog kita adalah barang yang local untuk blog kita, sahaja. Dan diorang promo ikut timing trafik paling ramai dalam sebuah hari. Umpama papan tanda kat tepi highway  yang hanya memaparkan gambar bila ada kenderaan melaluinya. Iklan camni semua orang dapat. Bila ada iklan, blog tu nampak cam ada isik. Umpama seseorang kat shopping mall yang pakai baju branded. Sesetengah orang tak perlukan branded untuk kelihatan gempak sebab gaya diorang berjalan atau muka atau ayatnya memang power. Dan jika kita rasa kita tergolong dalam golongan ini, atau golongan yang pakai barang bundle contoh lainnya, rilekla.
Tanpa diorang yang poyo tu, takdelah pulak entry gempak kau yang ni.

Kembali ke review entry kau;


Antara golongan yang kau senaraikan adalah:

1) Orang yang giler buffered earning sampai tahap buat citer pasal pengiklan tu.

2) Orang yang giler trafik via gila keyword dengan me recycle isu dalam sokkabar atau media lain.

3) Orang yang aktif join aktiviti gathering nuffnang dengan niat nak ada kabel dangan nuffnang (atau nak team-up dengan blogger lain untuk main i klik u, u klik i)

Melalui entry ini, aku rasa aku nak belanja kau pekena chai sambil mendengar, apa lagi pemerhatian kau tentang blogging. Kau ni macam pihak pembangkang dalam politik Malaysia. Walaupun feedback kau tu berbunyi emo atau naive namun, ia berdasarkan pemerhatian yang valid. Dan input itu penting dalam memahami the whole picture, supaya perancangan kemajuan itu lebih teliti.

Aku dah lama berharap agar dapat bertemu secara LIVE bloggers seperti kau atau Dark Half atau para mangsa tetap kat sebelah kanan ni supaya kita boleh menge-beat the system dengan tidak terperap di rumah dengan alasan yang macam-macam (padahal pemalas).

Blogging menyuruh kita berfikiran kreatif dalam lanskap yang terhad (terhad sebab dalam Malaysia).

Ada yang blogging sebab dia nak cakap sensorang. Diorang ni aku panggil syok sendiri. Tapi golongan macamnilah paling ramai visitor dan followernya. Maka kita tau ramai yang syok sendiri dalam industri blog kat malaysia ni.

Ada yang blogging sebab ada benda yang diorang nak cakap pada semua orang. Orang camni, dia akan cuba reach seramai orang yang boleh. Golongan peniaga dan gila populariti pun dalam kategori ni gak (gila trafik). Dan tentulah diorang akan explore wal exploit segala trick yang ada dalam memenuhi kegilaan mereka.

Tapi ramai orang yang taktau what the hell is going on except joining the crowd macam aku ni. Kami mesti tetap nak letak iklan nuffnang kat blog kami. Bila dah letak, baru ada semangat nak meng update. Ada motivasi.

Tapi kengkadang sebab nak pakai duit lebih, kenalah OT sikittt...
Kitorang orang kampung hidup susah. Bukan cam akak. Duit banyak. Tak heran dengan BE-BE ni...

Sebelum bla, ikuti artikel ini:


ekselen wek. kipidap. fak komen moderesyen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...