Wednesday, March 30, 2011

maskara





"@akuskizo kalau tak datang maskara, lu kodi" kata tweet dari TokRimau.

Aku kaget. Amender nya kodi ni? Aku rasa aku pernah baca perkataan ni masa aku mula-mula blogging dulu. Ni mesti jargon sindiket soljah ni, bisikku. Namun, sebagai control-freak, aku tak boleh nak teruskan hidup aku dengan persoalan yang macam tu dok terapung dalam kepala hotak. Aku pun mula bertanya-tanya:


"Kodi tu nama minuman dari jus habbabtus saudak, buah noni dan peria katak" tembakan dari seorang pakcik dengan lebam di dahi.


"Wa, kodi tatak tau. Body, wa tau" jawab member aku yang hobinya ialah membaca novel. Bahasa dia tak macam orang yang suka membaca langsung.


"Kodi? Todi yang halal kot? Macam beer dari Iran, tu" kata Jeff masa kami meneguk kopi O kat Dataran Senawang, sehari sebelum gathering.

Jawapan yang aku dapat tak banyak membantu. Dan dek desakan last minute, serta customer yang kensel kerja pemasangan sengkuap yang patutnya dirancang pada hari Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk meneruskan penyiasatanku tentang apa itu kodi dengan bertanya sendiri kepada anggota sindiket. 

Maka aku pun ke Maskara ke lima.

Gathering Maskara diadakan di Rumah Pena. Rumah Pena ni, terletak dalam 3 segi antara Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling dan Jalan Dewan Bahasa. Landmarknya ialah Restoran Tupai-Tupai. Masa mula-mula sampai, aku mati-mati ingat rumah Persatuan Wartawan Malaysia yang kat sebelah Tupai-Tupai tu yang Rumah Pena. Sibbaik aku tak order kopi kat Tupai-Tupai. Sibbaik abang waiter tu tau Rumah Pena ialah rumah hantu yang ada kat BELAKANG restoran tu. Aku pun kensel order dan start kereta.

Aku sampai kat sana pukul 810 malam. Dari luar pagar, nampak Rumah Pena dan gathering Maskara ni macam gathering ahli free mason jer. Kelihatan juga air sirap dan benda yang nampak cam nasi bungkus di susun di atas meja depan rumah. Ada stage yang diubah dari kawasan gazebo rumah tersebut. Ada juga orang gila kat sebelah aku yang nak pau rokok aku. Aku kasi sebatang. Aku lepak dulu kat luar pagar, berpikir camana nak keluarkan kereta aku nantik sebab jalan masuk tu muat-muat untuk satu kereta ajer (dan pengunjung pulak parking kat tepi-tepi, menyempitkan jalan).

Aku masuk ke perkarangan rumah dan terus melepak depan stage. Stage dihias mudah dengan bunting gambar askar jepun. Lagu Melayu yang tak kukenali berkumandang. Aku layan tweet sementara menunggu majlis bermula. Kelihatan ahli sindiket main sep-sep dan baring-baring dalam Rumah Pena. Final prep kot. Ada juga kaunter jualan di mana buka Cewah Pipiyapong menjadi main attraction. Ada jugak jual Tshirt gathering dan zine. Ye! Zine! huhu.

Dah dekat pukul 9malam, band pertama pun sampai. Tri-Hadzir. Katanya band post-keroncong. Mereka persembahkan 4 lagu. Semuanya rare padaku walaupun bunyi muzik mereka macam lagu dari Cafe Del Mar 2009 Anthem (without the electronica). Aku terkesan dengan lagu untuk Ibu dari mereka (diroang tak cakap nama lagu, so aku teka jer la). Aku suka dengan band ni. Cool la mesej dalam lagu dia.

Lepas tu, Cik Amira pulak perform. Cik Amira ni, kalau korang dah biasa dengan Vlog dan youtube, mungkin pernah dengar nama beliau. Beliau bawak lagu yang macam duniawi (earth) sikit. Cik Amira disertai oleh seorang penyeruling bambu dan seorang pemain gitar. Suara Cik Amira cam Siti Nurhaliza. By that time, TokRimau dah bakar-bakar aku suruh aku duduk atas kanvas yang dibentangkan kat depan stage. Aku tunggu Cik Amira habis persembahan sebelum menyahut cabaran. Sementara menunggu, aku tolong halau nyamuk dengan berasap di pangkal pokok sena, tempat parking mat rempit.

Bila dah berasap, tekak aku jadi haus. Aku ke kawasan air sirap nak pau segelas. Sirap pulak dah habis. Mr. Lan Naga kelihatan tercungap-cungap cemas cuba menop-up sirap. Sementara menunggu, aku masuk ke dalam Rumah Pena, mengushar hiasan dalamannya. Di pintu rumah, aku perasan Sani Sudin tengah terkumat-kamit. Aku mintak kebenaran nak bergambar dengannya, tapi kamera henfon aku pulak buat hal. Dia taknak keluarkan mode kamera. Lastlast, Sani mintak diri sebab dia kena perform. Aku terpisat-pisat melihat beliau berlalu.

Sepanjang Sani Sudin perform, aku menyahut cabaran TokRimau. Performance Sani Sudin dipenuhi improvisi, sarkastika dan lawak. Aku tertarik dengan cerita beliau masa beliau menjadi seorang pelukis. Masa tu, Sani Sudin nak jual painting dia kepada seorang Datuk berbangsa Melayu.

Datuk tu tanya: "What is this painting all about?"
Sani jawab: " I want to sell it to buy beras"
Penonton ketawa dengan punchline Sani. Tapi air mataku berlinangan. Dan aku tak dapat fokus lagi pada persembahannya sebab dok cover airmata tu dari mengalir (sebab mamat sokernet kat sebelah aku). Aku ushar langit yang dipenuhi awan. Nampak cam nak ujan. Patutlah malam ni berbahang.

Lepas Sani Sudin, ada sorang awek lagi perform. Sorilah cik adik, abang takleh dok depan. Aku kembali mengasapkan pangkal pokok sena sebelum ke kaunter jualan buku untuk mendapatkan hasil aku untuk hari ini.

Di kaunter, buku yang diraikan ialah 'Cewah' dari pipiyapong. Pyan Habib yang merasmikannya kata buku tu pakai bahasa kutu dan lawak. Aku pegang dua buku. Sebagai seorang yang tak berduit, aku hanya mampu nak beli satu buku ajer. Aku suruh OP Zaharin (yang sedang jaga kaunter masa tu) pilih antara dua: "Siapa Kekah Bidan Sepiah" dengan "Cewah". OP sarankan buku yang pertama sebab ia ditulis oleh ramai penulis. Aku percayakan dia dan beli Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lagipun, buku ni di launching masa aku mula-mula belajar blogging tahun lepas. Jadi, ia ada sentimental value padaku.


Bila aku dah mula baca, MEMANG IA adalah buku yang tepat (walau aku tak baca lagi Cewah). Skizo aku dibuatnya....

Selepas membeli buku tu, aku mengundurkan diri sebab aku takmau hooligan yang menunggu aku kat satu tempat mungkar tu, mabuk atau 'berjaya'. Masa tu, Dewangga Sakti baru nak perform. Walaupun rasa bersalah, aku u turnkan jugak kereta aku dan setelah 6 points U-turn, aku berjaya jugak keluar dari perkarangan Rumah Pena.

Apa-apa pun, perhimpunan Maskara ini ialah perhimpunan karyawan-karyawan seni. Mereka terdiri dari penulis, pelukis, orang seni dan karyawan-karyawan yang levelnya lagi tinggi dari penulisan dalam dunia blogging. Geng diorang ni pernah nak aku terjah dalam siri "Peluru-Peluru Tak Kenal Siapa" tapi siri tersebut sebab tak mendapat sambutan, aku holdkan dulu komen dalam siri tersebut. Aku ingat nak sambung balik selepas ini....

Dan sebagai menggalakkan perjuangan mereka, mereka sedang mengumpul penyertaan untuk entry filem Pendek yang tarikh tutupnya ialah 14 Julai, 2011. Filem terpilih akan ditayangkan di Maskara Shorties pada 7 Ogos. Sesiapa yang berminat, bolehlah ke blog ini untuk keterangan lanjut.


Jadi, setelah aku menyertai majlis Maskara tersebut, barulah aku tau apa itu 'kodi'. Menurut mamat sokernet, kodi itu macam "lecehh" la. Macam tak best, la. Perkataan ini di coined oleh pipiyapong.

Lan Naga cakap kodi tu ialah "tak OK".

Apa-apa pun, yang penting, aku dah tak kodi sebab aku datang Maskara ke lima. Terima kasih kepada anggota sindiket yang tak sombong, majlis yang sempoi dan kepada Lan Naga dan TokRimau yang sudi melayan orang tahsapa-sapa cam aku ni.



Semoga kita semua tak kodi.

Tuesday, March 29, 2011

Eh? Aku suka laa komsep dia!



Aku baru jumpa blog ni. 
Aku suka link dia. 
Aku suka entry dia. 
Aku suka KONSEP blog dia. 
Ni patut jadi kawan rapat, ni!
Best-Best!

Eh? Akuphobia pun ader? ok...



Monday, March 28, 2011

Rekomendasi kepada: Pesanan Seorang Senior di Belfast

Ia sebuah quote sebenarnya dan aku suka dengannya, so...bak kata cik Una-berry;...so, yeah.



' Dalam soal berumahtangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.


baca sampai habis...


Sunday, March 27, 2011

Aku dan WanZulqhairi



Masa aku tengah mamai tadi, aku main follow jerlah tweet sesapa punya blog yang aku tengah baca. Aku follow Wanzulqhairi. Pastu aku tidur.

Bila aku bangun, aku tengok ada berjuta tweet baru dalam inbox. Sibbaik henpon aku pakai external had-dis. Bila aku browse sesatu, aku tak dapati satupun tweet baru dari WanZulqhairi. Balik-balik sokerleaks. Balikbalik awek pasal donut BA nya. Dah mati, ke budak ni? Bisikku nakal dalam hati. Aku pun G WanZulqhairi.

Eh? Yer, laa..Cam dah mati.

So aku pun bukak laptop dan baca blog dia.


Perenggan pertama entry yang ni (sebab entry ni yang paling latest masa aku save page tu) telah menjatuhkan prasangka dalam hatiku. Aku scroll bawah. Sampai dotdot. Sabar. Scroll. Scroll.


Cilakak.
Mamat pengiklan rupanya.

Tapi iklan dia menjadi, la, kat aku, at least.

Aku pun baca entry-entry sebawahnya.
Dan aku jumpa! Entry hilang motor!


Akupun pernah hilang motor!
Aku suka perkataan 'tacing'
Lastlast aku pun suka dengan blog ni.
Aku suka style WanZul.
Best woo

Caya, lah!



'Wink-wink'



Eh?
Comel, la mamat ni!

Series!
Mesti, kengkawan aku suka!

Saturday, March 26, 2011

Komen kepada: Nasib Pompuan Tak cantik





Entry asal: korang klik jer kat sini
(akupun right click tapi keluar error:)

"Tak boleh copy, hihi!"


Aku pun malas nak mengomen.
Korang terjah jerlah.

Rekomendasi kepada: Adakah anda Normal..18SX



sebuah perenggan yang dengan penuh perkataan menggalakkan, boleh ditafsirkan kepada pelbagai tanggapan, inikan pula orang yang dah memang berbogel dan memegang batang....


paip nak mandi dalam bilik air.


Kita saksikan kupasan dari SK

Friday, March 25, 2011

Kulup Sakah kembali menggila!


Dulu dia gila secara visual. Sampai skizo la aku dibuatnya.
Pastu kecoh pasal Anwar, dunia Arab dan PRK.
Lately, aku baca entry-entry Brader Kulup, pergghhhhh.....
Dia menggila LITERALLY pulak!

Satira, sarkastik, klasik!


Korang baca sendiri la. Start dengan yang ni...

Earth Hour?





Cero, mamat ala farid kamil, penyenyap dan serap hentakan.
Barubaru ni dia mula bukak mulut kat satu tempat, tu. Tak sangka dia suka dengan orang gilagila.

Anyway, Cero ada buat satu entry pasal Earth Hour pada 26Mac ni. Pada Cero, Earth Hour ialah perjuangan kearah pemuliharaan dan pemeliharaan suhu dunia. Aku setuju dengan Cero part global warming tu. Aku park Earth Hour dulu.

Sebetulnya aku nak buat entry kat blog sukaramai pbp pasal ni. Kat tempat orang gilagila, aku pernah cakap sekali dulu, tapi sebab orang ingat tu merapek orang gila, maka tazkirah itu terbiar begitu saja.

Global warming adalah isu yang semakin mustahak. Semakin mustahak sebab jumlah kenderaan di jalan raya semakin meningkat, penebangan hutan, bencana alam dan pelepasan racun kepada ozon. Tak perasan ke cahaya matahari kita ni semakin menusuk, lately? Kita kat khatulistiwa ni, patut paling merasai kehangatan kebenaran hipotesis ini.

Matahari harihari memancar. Pancarannya pula semakin terik. Kepanasannya dah boleh mencairkan polar ice caps kat kedua-dua kutub bumi. Bila ais dah cair, tahap sea level akan naik. Jumlah daratan akan berkurangan. Korea Tenggara berganjak 5cm pasal earthquake haritu, apa?

Dahlah paras laut semakin naik, jumlah air dalam bentuk cecair dalam dunia ini akan lebih banyak. Akibat pancaran matahari yang panas, air pula cepat menjadi awan. Maknanya, persiapan sedang dijalankan untuk peperangan. Bawah air, atas pun air. Tekan button merah, dua-dua kasi banjir itu semut tengah-tengah, anyway...

Semua orang dah tau bahawa cuaca dunia dipengaruhi oleh kandungan dan pergerakan awan. Monsun timur laut- barat daya, misalnya. Lagi banyak kandungan air dalam awan, lagi powerful angin yang terhasil. Kalau dulu Andrew dan Diana dah datang. Tak salah kalau kita cakap kalini  kalau ada taufan, makbapak Andrew akan lalu.


Dan banjir pula semakin lama semakin brutal. Tiap-tiap tahun, sungai kuning akan banjir. Dulu banjir, ia membawa kesuburan dan keterusan hidup. Sekarang, air banjir tu datang menderu-deru macam setan dan buatkan hidup semua orang macam Survivor season 6.


Air yang lebih-leih dari atas tu, yang tersesat dari tengah, dia datang ikut Thailand dan masuk ikut banjaran titiwangsa. Dia isik telaga diam-diam. Memenuhi lubang dan lohong rakyat Malaysia dah korek dan gali demi tahapahapa kejadah ntah yang dicarinya kat dalam tanah tu. Mati taknak lak ingat. Anyway...


Kat Malaysia, kita ada upacara sukan banjir tahunan yang tak serik-serik memerlukan bantuan mengalahkan orang tempat kena gempa bumi atau taufan.

Hmmmh..Dah lah tu.

Cayalah Cero. Dah lama takde entry yang buatkan aku emo.
sob-sob. Thanks, bro.



You're still da shiznit!





P/S: Kat mana kita park Earth Hour tadi?

To Along XP

Dear ALongXP,

Pertama kali, aku nak ucapkan terima kasih sebab kau datang sini walaupun aku tak tinggalkan komen kat blog kau. Aku tau, kau akan tau ,aku cakap pasal kau, sebab aku terjah kau pun sebab aku dapati kau terjah aku dulu. Maka aku menerima kau dengan lapang hati dan dada yang terbuka walaupun kau masuk sini sambil cakap camacam.
 
Aku dah biasa, dah.
Kau nampaknya telah berpegang teguh kepada kehanginan kau kepada aku sebab walaupun kau dah datang sini marah-marah pertama kali, aku masih jugak tak datang ke blog kau untuk mengomen. Siap jawab cam bagus lagi kat sini. Memang kau berhak menghangin. Hehehe. Entry kau power-power lak lepas tu...Cheyyy...

AlongXP,

Ketahuilah,
Entry hate yang kau baca kat sini dulu tu, merupakan usikan kepada kau. Aku rasa, sesapa yang baca ketiga-tiga entry akan tau aku bergurau. Tapi takper lah. Ada orang boleh diajak bergurau. Ada orang kena lepak kat surau. Anyway, kenapa aku usik kau?

Pertama sebab kau citer pasal ketam (so what, right?). Kebetulan aku memang dah ada entry pasal ketam. So instead of kena make a new entry, aku jahitkan ajer lebihan kain perca dan aku buatlah selimut. Yang penting (pada aku) ialah selamat dari sejuk, bukan nak lawa...
Kedua;
sebab blog ni tak berapa go sangat dengan konsep manjangggg read more-read more. Memang ada kebaikannya style ni. Tapi seperti yang aku dah pernah cakap sebelum ni, meletakkan button read more dalam SETIAP entry, pada aku, seumpama memperolok-olokkan kedatangan orang yang datang ke blog kita. Ni baru betul traffic whore, kalau sesapa nak tembak. Satu visit tapi nak dapat dua markah.

Ketiga
pasal no right-click. Suruh orang back link, tapi nak copy link jer kena carut (wtf). Nak gak suruh orang taip satu-satu nama entry dia yang panjang, tu...Tapi, sukatila, kan? Hehehe.


Pasal kita di alam maya yang tak serupa dengan kita di alam realiti, nilah sebab kenapa aku rasa kita patut pakai avatar atau guna nama sendiri.
Dahlah entry tak menerangkan siapa diri kita yang sebenar sebab biasanya entry ni cuba menggambarkan, apa yang kita MAHU gambarkan. Dan biasanya, si penulis tidaklah segempak entry-entry yang ditulisnya sebab by the end of the day, kita semua ni packaging jer lebih. Tapi itulah alam penulisan. Kalau kita cakap benda yang kita buat jer, alamat kita takkan tulis apa-apa. Kadang-kadang kita kena jugak cakap benda yang kita nak buat dan check samada kita ni serupa bikin atau tidak atau apa. Dan kadang-kadang, kita kena jugak berimaginasi sebab dari imaginasilah timbulnya kemahuan, timbulnya gerakan, timbulnya kemajuan.

Nak cuba menafsirkan seseorang dari link-link yang ada dalam blognya, design blognya, atau apa-apa dari presentation blog, juga adalah sekadar hypothesis yang kita kena sahkan. Macam blog Darkhalf, kita nampak cam blog budak underground layan metal yang emo yang baru bertaubat serta ada background dalam design. Tapi in real-life, Darkhalf ialah sejenis bot komputer yang kami wujudkan untuk mencari mangsa untuk blog ini.

Dah tu, bila kita berinteraksi pulak dengan orang tersebut, orang tu dari gaya komennya, cam ustad yang garang, takleh ajak bergurau, over sensitif dan ego. Bila jumpa, baru tau mamat tu sebenarnya nerd tua yang spender pun mak dia yang basuhkan lagi.
Jadi dari sini, kita dapati, dalam dunia cyber ni, camana, kat mana, atau pasal apa kita boleh terberkomunikasi tidaklah sepenting daripada apa keputusan dan perasaan kita tentang pertemuan itu selepas ini.

Dan yang paling penting;
Adakah kita akan berpisah sebagai kawan?
Atau adakah kita akan berpisah sebagai sekadar kenalan?

So, aku harap, segala salah faham yang timbul dipermulaan, takkan memprejudiskan kita dalam menempuh persahabatan yang singkat ini.

Lagipun, kan kat bawah entry aku tu, aku pesan kat kau jangan skizo? Apa yang aku tulis pasal hak ketam ke, apa ke, patutnya tak menerasakan kau kat mana-mana. Sebab kau blogger. Harihari kau update. Orang cam aku ni come and go. Jangan buang masa dengan heran dengan aku.

Dan pasal tak link back-back link tu, elleh, beser arr bro...
Kau tak puas hati, kau dah cakap, life goes on.
Kau suka, stay.
Kau tak suka, kau follow rapat-rapat.


Hehehe.

;p




"Aku suka mengomen kerana ia mengajarkanku berfikiran secara kritis.
Menerima komen itu pula, ialah satu bab yang lain dari topik kita sekarang ini..."

Thursday, March 24, 2011

Keep Sharp!


If human are like pencils

There's graphite in each of us.
We need to keep the sharpeners
And the erasers

as friends
until we're run
s h o r t

Haramkan blogging?

"Jika blogging ini boleh mengubah apa-apa, sudah lama ia diharamkan."
I just thought it was funny.
Poking at each other is funny where I came from


Wednesday, March 23, 2011

Bila boring, aku main dengan kucheng...



Bila boring-boring, atau lapar, aku akan ke blog dia ni. Catatan serta gambarnya tentang segala macam benda yang dia mentekedarah, selalu membantu dalam menaikkan nafsu makan, serta nafsu mengomen di blog orang.


Aku harap cik Kucing Gemok akan terus banyak lagi mencacat. Eh.
Mencatat.


Sekian.

Kebuntuantu





Segala apa yang berlaku, 
Membuatkanku buntu.
Tidakkah kau juga,
Rasa begitu?

Tuesday, March 22, 2011

Komen kepada: Sebab dia kutuk orang MELAYU...



baca dulu...

...
Dah seperti biasa semalam aku lepak bawah jambatan tunggu hujan berenti...
ramai umat manusia bawah jambatan dan aku parking sebelah apek yang tua...
dan2 je baru nak layan perasaan time hujan2 ni dia leh plak memekak ngan aku pasal politik..
memang aku tak mau cakap berlapik dia memang shial...

Sebab apa aku panggil shial??
sebab ada dia kutuk orang melayu...



Salam HanTwo,

Aku gelak masa membaca entry kau yang ni. Sungguh nostaljik. Senario terperangkap di bawah jambatan semasa hujan sebagai mat motor, lepas tu dengar orang berborak kuat-kuat.

Dapatlak orang tu mengutuk bangsa kau. Kau berhak nak emo sebenarnya. Tapi kalau aku dalam situasi kau (dan kalau aku ada masa pada masa tu), aku akan pegi layan bara yang membara si apek tu. Bukan payah pun.

Kau pegi dekat dia, dan beri tumpuan pada dia. Senyum jer bila dia eye-contact dengan kau. Jangan remark apa-apa. Objektif kau ialah memperbodohkan dia. Biarkan dia dalam cacimaki dia. Kau diammmmm jer dan senyum sekali sekala. Kalau ada punchline yang kau rasa dia memang NAK orang gelak atau feedback, kau tepuk tangan dan galakkan dia.

Kalau hujan berenti sebelum dia berenti, kau bla. Kalau dia berenti sebelum hujan berenti, kau kembalilah ke motor kau.

Inilah adab orang kita. Kita diam jer.
Kita diam jer, simpan dalam hati, redah hujan, basah kuyup dan marah kat kengkawan atau aweks atau makbapak atau kerajaan.


Lebih kurang camtulah....

Hehehe.

Nice entry!

Patutkah aku berenti?





Dapat melalui email:

Lu blog, wa blog
Lu Twit, wa Twit
Mana lu pigi, wa ikot,
Mana lu lepak, wa selit
Wa suka ngan lu
Lu wa punya bi-o-la.
Wa punya lol model.
Wa mau jadi selupa lu.
Lu manyak cool
Mayak sujuk.

lu yangan belenti lu punya blog
Wa manyak saiko lu talak apdet
Lu misti mau apdet
Wa manyak suka lu kongkalikong.
Lu tatakmau wakongsikong si lihamau-cib...
.
.
.



Anonymous melayu separa murtad.

Monday, March 21, 2011

Follow me!




Ikuti komen tukang komen secara LIVE dengan memfollow twitter @akuskizo dan activate twitter direct ke henfon anda.


Kemudian anda boleh cium selamat jalan kepada tidur yang lena dan bateri henfon yang fullbar.

Tuesday, March 15, 2011

Komen kepada: Misteri Setor



Entry asal:

Kebanyakan pejabat menyediakan tempat solat untuk pekerja muslim. Paling tidak pun dibenarkan solat dalam setor.

Perghhh! Entri ini bermula cantik macam sebuah entri dakwah. Tapi sebenarnya entri sekular.


baca sampai habis...



Salam TokRimau,

Kesian benar bunyinya pejabat tempat Tok bekerja tu. Mujahadahnya nak bersolat! Tapi pada pendapat saya yang bidaah ni, pasti orang yang istiqomah melaksanakan solat di bilik stor itu telah mendapat cahaya. Sebab mereka telah membuatkan pejabat Tok bercahaya dengan bacaan mereka.

Anyway, saya rasa tak perlu untuk membuat pengumuman sebegitu. Tambahan pula itu adalah spender pompuan. Saiz besar laktu. Dari tempat saya berdiri, bunyi macam membuka aib, ajer. Namun, saya tak tahu bagaimana keadaan dalam ofis TokRimau. Mungkin lawak sebegitu semakin mengeratkan ukhuwah sesama rakan sekerja, mana tau? Ada tempat yang saya perhatikan, budaya membahan ni mengeratkan perhubungan antara ahli dalam kumpulan itu.

Saya cadangkan agar Tok taruk satu poster ber frame macam kat masjid tu yang menyatakan adab dalam bilik stor tersebut. Gantungkan kat depan pintu tu, bagi semua orang yang nak masuk, kena selak poster nak jumpa tombol. Takde alasan tak baca.

Taruk tong sampah besar kat tengah-tengah bilik stor tu bagi memudahkan mereka menge shoot sampah mereka macam three pointer. Sekarang mereka dah takde alasan cakap tak jumpa tong sampah.

Nak lagi hardcore, kalau poster dan tong sampah tak jalan jugak, taruk jer dummy cctv. Abis, cer.



p/s:
Dah alang-alang, aku juga nak sarankan korang follow twitter @tokrimau. Beliau rajin men twitkan buah fikirannya ke atmosfera. Pada aku, ayat-ayat dia inspirational dan kelakar. Dan kadangkadang beliau spam jugak inbox kita dengan RT-RT iklan dari member-member dia. Informative gak arr...

Monday, March 14, 2011

Opportunis tsunami dan perang nuklear



Selamat minggu tengah bulan. Tak paham apa yang aku cakapkan? Takper. Dunia blogosphere ni, ada musimnya juger. Sebagai seorang yang gila dengan ilmu statistik dan manipulasi data, aku akui, disamping pasang surut ombak trafik yang mengikut trend keluar gaji atau waktu bekerja, trafik blog juga boleh dimanipulasi dengan mewujudkan sentimen.

Kepada yang pemalas dan noobs macam aku ni, untuk menjadi seorang blogger, bermakna kita kena up todate. Kita kena dua tiga step ahead dari apa yang bakal tersiar di surat kabar. Nama, tarikh, lokasi, semuanya keyword yang dah kita sebut dan taip siap-siap dalam blog kita yang tersenarai dalam carian google. Maknanya by the time cerita ni reach the mass, orang search dalam google, benda pertama yang diorang jumpa ialah entry kita. Kita boleh main benda ni dengan mem follow tweet newsportal macam @tm_insider, @bharianmy atau @BreakingNews. Tapi dia bukan straight macam tu ajer. Kena kreatif nak elak polis google yang sentiasa menghidu orang yang macam ni. Hehehe.

Seperti yang telah kita saksikan, aku mulakan ekperimen minggu lepas dengan hipotesis mudah: kita boleh mempengaruhi entry bloggers. Ini ditunjukkan dengan menyentuh isu semasa yang hot diperkatakan diblog orang lain. Nak bagi bacaan itu pedas, kita kena pilih pihak. Entry yang neutral tu memang best, tapi entry yang bias, lagi mengancam. Lagi power pointnya, lagi personal attacknya, lagi best blog tu. Taktik ini banyak digunakan oleh bloggers murahan atau yang perasan otai (setelah lama berkecimpung dalam dunia blogging, misalnya) dan ia dikenalpasti dengan peralihan tona cerita dalam blognya yang dulu ada unsur rendah diri dan neutral 'saya-saya', kepada entry yang emo dan keaku-akuan sikit.

Namun, semua ada daya penarik dan sebab tersendiri dalam melakukan apa yang kita semua sedang lakukan. Dan tatkala kita melihat ada orang yang sedang melakukan sesuatu dalam peihal mencari makan, kalau boleh, sumbanglah seposen dua kalau tidak dengan senyuman. Janganlah dikecam atau dipandang rendah. 


Kita baca entry dia sampai habis. Kalau tak suka, carilah entry yang suka. Cuba selak post yang popular. Cari sebab nak rapat, nak friendly. Cari soalan nak mengenali. Hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan bersendiri!

Oleh yang demikian, aku di blog aderberani.blogspot.com ni mengucapkan setinggi Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan rancangan JomHeboh kita pada kali ini (?)


Sempena kemusnahan dan huruhara diseluruh dunia, blog ini juga menyatakan pesanan ikhlas:

Sabarlah



Untuk itu jua, kita nak menyatakan bahawa blog ini akan dislowkan sedikit pace nya sepanjang minggu ini. Sila ke pbp atau akuskizo untuk update yang laju. Blog ni akan sekadar sehari satu entry ajer.

Semoga Allah merahmati perjuangan mereka yang sedang berjuang dengan kesabaran, sekarang ini, di mana saja mereka berada. Amin.


Rekomendasi kepada: somewhere over the rainbow



Aku rasa aku terjumpa blog ni melalui pengembara dalam link kengkawan Cik LaraSephia. Tapi tak kisahlah, yang penting, blog ni awesome! Serious shit!

Aku tak tau la korang tapi as a noob dalam blogosphere, aku mula suka semula blogging selepas membaca dan menggodek-godek isik blog ni. Serious inspirational. Given that you all paham lah all the statistic jargon yang cik goodaspirin ni cakap.

Aku harap Cik goodaspirin aku mengupdate lebih banyak lagi cerita-cerita pasal peristiwa lama ke, pandangan tentang isu ke, sebab aku nak tau. Nak tau camana cara neuron dalam kepala dia tu bersambung...

Hehehe...


Serious cool!!!

Barulah buatkan aku rasa macam noobs semula! Best!


Sunday, March 13, 2011

Rekomendasi kepada: Color Me Katie



Inspirational! Color Me Katie

Miss Katie bought some tags and wrote little messages on them.
And hung them outside for people to see.

You gotta click here to SEE it.

I wish there's more people like Miss Katie in me.

Komen kepada: Perangai Manusia



Entry asal:



Ahh! takyah entry asal! Aku baru baca perenggan pertama jer dah hangin. Nak tau sebab apa aku hangin? Sebab aku Cancerian.

Pepehal pun, aku dah pernah jumpa orang yang ketam-haters ni dulu lagi. Nah. Baca kat sini luahan hati aku. Entry aku kena censored takleh masuk dalam blog ni. Banyak mencarut.



akuskizo.blogspot.com

p/s: alongxp, lu jangan skizo! ;p

komen kepada : Apa salah babi?




Entry asal:


The first thing about my father is his being the luckiest man in the world because his eldest daughter is yours truly. And the second thing about my father is the fact that he used to smoke. Yeah I did write terrible things about smoking and smokers. And I was thinking about my father half the writing time.

I hate smokers. I do. I say insanely hideous things right to their faces. 'Pakcik, why the fuck are you killing yourself? Do you hate God for creating you from earth because you wish to be made from fire? Is that why you're smoking?' Yeah I wish I could say that. But most of the times I just politely say, 'Pakcik, jangan merokok dah tau. Sakit pun dapat, duit pun habis, dosa pun banyak. Kesian famili pakcik. Nanti pakcik mati, siapa nak jaga anak-anak pakcik, kan? Kalau mati serentak satu famili, alhamdulillah, boleh jumpa balik dalam kubur. Tapi, kalau mati dulu, kena libas sorang-sorang. Tak ada teman nak melolong sama-sama.'

So yeah, hate me. These murderers are desperately begging to be spoken to like that, or worse.

Are you one? Don't tell me. I don't wanna hate you.



panjang lagi weyhhh...best...klik kat sini:



komen:


Salam Cik Nani,

Wahhh, Syok menghentam para perokok ye? Saya sebagai penagih nikotin, merasa terasa dengan perasaan yang terpendam dalam entry Cik Nani ni. Dan sebagai wakil persatuan perokok-perokok berani mati se-Rembau, saya menghadiahkan sekalung tahniah dan penghargaan kerana berani mengatakannya seperti yang sepatutnya.

Ye. Merokok membahayakan kesihatan. Kami sedari ini dan kami sedang dalam usaha nak berhenti. Ini janji kosong. Cik Nani pun tahu. Namun kami harap agar Cik Nani terus berdoa agar bala yang datang kepada kami nantik tu, simple-simple sikit dan berilah para kami ini masa untuk berubah. Maklumlah, bad habit die hard.

Disamping merokok, doakan juga agar kami berenti menipu dan tak tinggal solat. Dah alang-alang tu, kami harap Cik Nani sudilah doakan, agar kami dapat durian runtuh secepat yang mungkin agar kami dapat pergi dengan lebih aman dan sejahtera.

Berbalik kepada blog Cik Nani, perghhhhh..Wa cakap lu. Blog dia punya entry semua very personal. Very deep. Macam seolah-olah dah kenal lama dengan Cik Nani ni. Aku suka disclaimer dia. Rasa macam nak plagiat pulak. Hehe.
Baru haritu ayahanda beliau masuk hospital. Dah selamat dah. Latest ada orang tanya Nani Othman tweet tak? Kalau nak tau jawapannya, korang pergilah sini. Siyes berbaloi!!!


Peace!

hihihi

Saturday, March 12, 2011

Skandal Dari Langit





Walau rintik
Aku terkejut dengan kebasahan

Rintik-rintik walau sedikit
Namun saiz titik hujannya
BESAR!

Fuiyyo!

Tiaptiap hari camni,
Mau banjir Missisippi

Tak paham?
Aku pun tak paham.
Tapi cuba korang baca 
Baca dan baca
Sampai lebam.


Rekomendasi kepada: Hanis Manis




HanisManis

Love her crooked humor.
Love her crooked drawings.
But her messages ain't crooked.
They are straight.
Straight FROM,
And TO the bottom
of the heart.


Dare me, to comment?
Think not
'Recommend' maybe.


Go and know she





Rekomendasi kepada: Aj Nismihan

Aku hingatkan Cik Nani dah deep. Pastu aku jumpa Diloz. Pastu fuckthesupernotcool. Pastu Aj Nismihan pulak. Mau meletup kepala hotak haku ni kang...Mana datang bebudak ni semua? Huarrraggghhhh!!!


AJ Nismihan

Aku baca 7hb Feb punya entry (), deep.



Aku baca yang sebelumnya. Lagi deep. Erotik pun ader.

Aku baca lagi.

Ni kang tak berganjak aku, ni kang...
Aku ke dapur jap. Korang teruskan dengan AJ...Deep...

Rekomendasi kepada: another anonymous




Aku tertarik dengan tajuk entry terbarunya pada masa aku blogwalk tu. Jalang. Dan entry Cik april eight ni direct. Personal dan emotional. Sarcastic. Saiko,lah aku weyhh..

Pastu aku baca sajak jika aku mati muda. Aku tak taulah Cik April ni buat sendiri ke apa, tapi sajak ni cool. Aku relatekan dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi setiap hari di negara ini. Semoga kita semua menjaga batas pergaulan dan kalau terlanjur, bertanggungjawablah. Dunia tak kiamat bila dah ada anak. Rileklah. Sampai bila nak main lari-lari...

Anyway, aku juga berharap Cik April banyakkan lagi entrynya berkaitan isu di sekelilingnya. Best la pulak blogging ni lately...


Salut.


(siyes, aku yang lambat)

Friday, March 11, 2011

Rekomendasi kepada: fuckthesupernotcool


Aku tau blog ni satu masa dulu. Tapi sebab ia tidak memenuhi kriteria pencarian pada masa ITU, maka komen kepada blognya di hold kan dulu.

Itu bukanlah bermakna aku tak jenguk langsung blog-blog yang aku dah jumpa. Tidak. Bahkan nuffnangers yang datang blog aku pun aku simpan page latest mereka, ni kan pulak pengomen-pengomen berani mati yang datang mengomen di sini. hehehe.








Anyway, mamat ni punya point of view biasa ajer. Cuma presentation dia yang gempak. Dan it's relieving untuk membaca orang yang punya semua ini dan menyampaikannya dalam bahasa Inggeris yang berkesan (pada aku, lah). Takdelah aku pening kepala nak menyampaikan penghujung perenggan yang tahapa-hapa ceritanya.


Aku cuma harap penulis-penulis macam ni akan menulis dengan lebih banyak lagi dalam alter ego blog mereka ni dan eksplore lagi gaya penyampaian yang lebih berkesan mengikuta pembaca.

Hei! Kengkadang kita kena belajar menghargai untuk dihargai!

Mulakan dengan menghargai pembaca blog anda!

Paling best! Kiera



Sebagai pembuka tirai hujung minggu ini, kita mempersembahkan blog adik Kiera. Adik kiera berumur 16 tahun, telah diambil oleh additional mathematics and physics. Sorry yer!


Pepehal pun, aku tersampai ke sana sebab nama blog dia yang gila kewl. Jangan salahkanku. Salahkan blogosphere. Besides, semua orang bermula sebagai poser dan follower, tak ye? Aku follow jer ler.

Selamat Membaca!

@_@

*wink-wink*

Thursday, March 10, 2011

Must Visit!

Kepada mereka yang cakap macam bagus, anda semua diwajibkan mengkatamkan blog ini sepam.
Sapa yang tak khatam lagi blog ni tapi dah nak cakap matcham-matcham, tak salah jika kita panggil sebagai poseur. Pengikut membabi buta.



Wednesday, March 9, 2011

Rekomendasi kepada: CRIMEJAZZ

Mamat ni aku kenal melalui tweeter.
Tapi yang lebih menariknya ialah blognya di tumblr.
Korang tweet la dia sendiri akalu nak tanya apa-apa.
Dah tak main dah tekan komen kat bawah tu.

Tuesday, March 8, 2011

Apa yang kita belajar?

di tangkap pada pukul 424pm tadi

Gambar terbaek (personally)


Aku taktau la, tapi aku sangat suka dengan gambar yang ini.
Aku suka sebab aku bayangkan setiap gambar dalam blog Tuan Gedek kita ni,
diambil dalam sedemikian rupa:

Mungkin Tuan Gedek menggunakan khidmat 2 puterinya untuk mengambil shot ini.
Tapi first impression aku sebagai penagih blogbeginsatforty ialah :
Great Shot!

p/s: note Tuan Gedek's facial impression is still the same...baju pun maybe the same. Konsisten!

Rekomendasi lagi: LaraSephia

Tah camana kejap tadi aku terjumpa blog LaraSephia.
In some weird way, aku rasa semua ni thanks to the sarkasis team jugak. Kan aku dah cakap awal-awal dulu, sarkasis ni bley bla. Lagi laju dari terfaktab.

Berbalik kepada LaraSephia, beliau ada dua blog. Yang satu lagi dengan yang ni.  Aku suka yang ni sebab ada link ke kawan-kawan cik LaraSephia.  Ini memberikan satu idea jahat kepada ubermench TukangKomen aku.

Pepehal pun, korang terjah dulu blog beliau dan jangan lupa ikuti ngomelannya yang semakin setiap hari.


Kipidap, Qiez!

Komen kepada: Kain Buruk Dan Cermin Muka


Entry asal:


DarkHalf kembali menghangatkan blogosphere dengan isu mengkritik. Dia membawa metafor Faizal Tehrani (FT) yang dikatakan pengkritik ultra ekstrimis komunis Melayu Islam.
Ikuti entry Darkhalf yang ringan  dan laju (macam pelempang), serta komen-komen pengomennya yang suka mengomen.

Apsal korang suka mengomen kat sana? Apsal tak bergaduh kat sini? Cheisss!!!


Kain Buruk Dan Cermin Muka by DarkHalf


FT. Watak Firmhand separa ideal yang semakin pupus dari bangsa Melayu. Dan benda-benda macam komunis, ekstrimis, politikal, memang laku sepanjang zaman (kat malaysia, la). Dia seorang komunis Melayu. Maka dia bercakap pasal BM, Islam, dunia penulisan dan lain-lain menurut apa yang dialaminya. Ingat komunis kena Karl Marx, anti religion ajer ke?

Lepas tu,
Orang tanya Gubra, dia cakapla Gubra.
Orang tanya Muhsen, dia cakaplah Muhsen.
Orang tanya Anwar, Mahathir, Syiah walhal makan apa pagi tadi pun, dia akan jawab.

Apa yang aku belajar dari dia ialah kita kena kenal siapa diri kita. Kita juga kena punya sebab dalam melakukan atau memperjuangkan sesuatu. Dan sebab itu ialah mencari kebenaran. Bukan mencari kemenangan...

Orang ingat dia ekstrimis atau ultra setelah baca PENDAPAT dia. Imej ekstrim itu akan terpampang jika FT dinilai dari penulisan.
Belum baca dia punya rage atau emo lagi.
Belum dengar dia Bayan tasykil lagi...Pergghhhh

Pada aku dia genius. Dan dia ada habit kelapan orang yang efektif. Yakni menjangkiti keefektifannya kepada orang lain.


Inspritional!!!

Kau juga sehebat FT. Walau bukan dalam skalanya.

eh, sapa 'kau'?


note: beliau diganti dengan dia menunjukkan mesra

Monday, March 7, 2011

Goyang ke?

Eh, guys? GOYANG KE?

Baja ORGANIK itu memang busuk. Tapi percayalah; ia baik untuk TUMBESARAN

sarkastik tak?
Ni black (african American) sarcasm, kalau korang tau.
Balik-balik main Malay sarcasm, boring arr


Saturday, March 5, 2011

Haduiii... Terasa....

Ye...
Aku terasa



sori! aku terlupa nak cakap yang underlined words tu ada link
rerajinlah gerakkan mouse tu
jangan asyik menuding ajer

Friday, March 4, 2011

Datang weyhh...Support!

Aku nyuruh orang jer pandai...
Ada hal malam ni kat Seremban. 
Tapi korang semua, datanglah...
Artis jemputan malam ni

Artis yang nombor 4 tu...

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...