Friday, March 25, 2011

To Along XP

Dear ALongXP,

Pertama kali, aku nak ucapkan terima kasih sebab kau datang sini walaupun aku tak tinggalkan komen kat blog kau. Aku tau, kau akan tau ,aku cakap pasal kau, sebab aku terjah kau pun sebab aku dapati kau terjah aku dulu. Maka aku menerima kau dengan lapang hati dan dada yang terbuka walaupun kau masuk sini sambil cakap camacam.
 
Aku dah biasa, dah.
Kau nampaknya telah berpegang teguh kepada kehanginan kau kepada aku sebab walaupun kau dah datang sini marah-marah pertama kali, aku masih jugak tak datang ke blog kau untuk mengomen. Siap jawab cam bagus lagi kat sini. Memang kau berhak menghangin. Hehehe. Entry kau power-power lak lepas tu...Cheyyy...

AlongXP,

Ketahuilah,
Entry hate yang kau baca kat sini dulu tu, merupakan usikan kepada kau. Aku rasa, sesapa yang baca ketiga-tiga entry akan tau aku bergurau. Tapi takper lah. Ada orang boleh diajak bergurau. Ada orang kena lepak kat surau. Anyway, kenapa aku usik kau?

Pertama sebab kau citer pasal ketam (so what, right?). Kebetulan aku memang dah ada entry pasal ketam. So instead of kena make a new entry, aku jahitkan ajer lebihan kain perca dan aku buatlah selimut. Yang penting (pada aku) ialah selamat dari sejuk, bukan nak lawa...
Kedua;
sebab blog ni tak berapa go sangat dengan konsep manjangggg read more-read more. Memang ada kebaikannya style ni. Tapi seperti yang aku dah pernah cakap sebelum ni, meletakkan button read more dalam SETIAP entry, pada aku, seumpama memperolok-olokkan kedatangan orang yang datang ke blog kita. Ni baru betul traffic whore, kalau sesapa nak tembak. Satu visit tapi nak dapat dua markah.

Ketiga
pasal no right-click. Suruh orang back link, tapi nak copy link jer kena carut (wtf). Nak gak suruh orang taip satu-satu nama entry dia yang panjang, tu...Tapi, sukatila, kan? Hehehe.


Pasal kita di alam maya yang tak serupa dengan kita di alam realiti, nilah sebab kenapa aku rasa kita patut pakai avatar atau guna nama sendiri.
Dahlah entry tak menerangkan siapa diri kita yang sebenar sebab biasanya entry ni cuba menggambarkan, apa yang kita MAHU gambarkan. Dan biasanya, si penulis tidaklah segempak entry-entry yang ditulisnya sebab by the end of the day, kita semua ni packaging jer lebih. Tapi itulah alam penulisan. Kalau kita cakap benda yang kita buat jer, alamat kita takkan tulis apa-apa. Kadang-kadang kita kena jugak cakap benda yang kita nak buat dan check samada kita ni serupa bikin atau tidak atau apa. Dan kadang-kadang, kita kena jugak berimaginasi sebab dari imaginasilah timbulnya kemahuan, timbulnya gerakan, timbulnya kemajuan.

Nak cuba menafsirkan seseorang dari link-link yang ada dalam blognya, design blognya, atau apa-apa dari presentation blog, juga adalah sekadar hypothesis yang kita kena sahkan. Macam blog Darkhalf, kita nampak cam blog budak underground layan metal yang emo yang baru bertaubat serta ada background dalam design. Tapi in real-life, Darkhalf ialah sejenis bot komputer yang kami wujudkan untuk mencari mangsa untuk blog ini.

Dah tu, bila kita berinteraksi pulak dengan orang tersebut, orang tu dari gaya komennya, cam ustad yang garang, takleh ajak bergurau, over sensitif dan ego. Bila jumpa, baru tau mamat tu sebenarnya nerd tua yang spender pun mak dia yang basuhkan lagi.
Jadi dari sini, kita dapati, dalam dunia cyber ni, camana, kat mana, atau pasal apa kita boleh terberkomunikasi tidaklah sepenting daripada apa keputusan dan perasaan kita tentang pertemuan itu selepas ini.

Dan yang paling penting;
Adakah kita akan berpisah sebagai kawan?
Atau adakah kita akan berpisah sebagai sekadar kenalan?

So, aku harap, segala salah faham yang timbul dipermulaan, takkan memprejudiskan kita dalam menempuh persahabatan yang singkat ini.

Lagipun, kan kat bawah entry aku tu, aku pesan kat kau jangan skizo? Apa yang aku tulis pasal hak ketam ke, apa ke, patutnya tak menerasakan kau kat mana-mana. Sebab kau blogger. Harihari kau update. Orang cam aku ni come and go. Jangan buang masa dengan heran dengan aku.

Dan pasal tak link back-back link tu, elleh, beser arr bro...
Kau tak puas hati, kau dah cakap, life goes on.
Kau suka, stay.
Kau tak suka, kau follow rapat-rapat.


Hehehe.

;p

6 comments:

eszol raar said...

2 kali 5

Irwan said...

2+2=5...hehehe

Dark Half said...

kekeke..tetiba aku jadik tukangkomen bot? wey, bukan sume org leh accept joke atau subliminal message kau, target audien kau silap kot. alongxp, jgn la marah2 lg, kencing tilam kang irwan malam2

Irwan said...

Takde ahh...AlongXP is a good sport, macam AA jugak.

Dia tau dan dia main game yang aku mulakan...

alongxp said...

gilek ah,makin top alongxp kat google nih kang,siap ada 1 entri name aku tu...
ok,aku nk jwb mana yg rasanya wajar aku jwb,konsep read more tu untuk
1)ringankn loading blog,sbb aku prefer tunjuk lbh dr 5 entri per page, and setiap entri tu ada gamba,kadang2 1,kadang2 lebih.
2) utk wat kajian, topik yg macam mana yg org suke baca,bukan sume org yg bace suke komen,so topik mana yg org suke bukak,tu yg akan aku bykkan.
psl right klik, right klik ni ada byk sgt kegunaan nye. dipendekkan citer, aku wat atas dasar safety utk 1001 tujuan.
yg laen2 tu...err...ayat ko bersulam sgt,nnt dok nk fhmkn ayat ko,keje aku lak yg tersimpul.
anyway,aku suke org cam ko, bukan typical, tapi hasil bacaan blog2 ko, n bantuan kwn aku dptkn data psl ko. aku da fhm la... juz...tu ar saranan aku, nk kutuk tajuk tu,kutuk la,tp eloknye xyah la dedahkn sape, kesian org tu,mgkn ni la tempat die luahkn,mgkn blog la kawan die, bile ko wat camni ibarat parent marah anak die n halang anak die dpd berkawan ngan best friend die... die leh dpt kwn laen,tp ibarat org suke mkn nsk lemak yg pedas tp dibagi nsk lmak xde sambal... potong wei... peace

Irwan said...

pening aku baca komen ko Long...hahaha, anyway, aku tau kau OK...

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...