Saturday, September 8, 2012

Hospital dan Klinik di Malaysia adalah terbaik di Asia!

Setakat ni, ada dua benda yang gua tak nampak lojiknya nak buat customer menunggu. Yang pertama ialah kedai makan. Yang kedua ialah hospital. Kedai makan sebab orang datang kedai makan biasanya dalam keadaan lapar dan membuat orang lapar tertunggu-tunggu adalah bad for business. Hospital pulak sebab orang sakit, patutnya mana bley tunggu-tunggu.

Bab kedai makan, gua malas nak sentuh sebab ia lebih kepada perkauman. Bab-bab hentam Melayu ni, gua tak layak. Yang layak ialah mamat kat blog payabesarpedas. Tapi bab menunggu di hospital, gua rasa gua layak nak komen.


Dan seperti biasa, gua taknaklah gaya akademik guna bahasa tinggi nak tunjuk yang gua tau apa yang gua cakap , atau komen isu-isu kronik tahap korporat macam pemberian tender dalam kementerian, sistem parking di hospital kerajaan yang cam lahanat sejak lepas perang, dah tau rakyat ramai yang sakit tapi sistem masih takde breakthrough, kafeteria yg hidupseganmatitakmau, atau masalah wajah attendan hospital yang lebih mirip bouncer daripada pekerja sektor hospitaliti. Tak. Kalini gua nak cerita dua benda jer.


Yang pertama ialah ketepatan masa. Dalam kajian kes ni, Klinik Wanita di Rantau Negeri Sembilan buat sistem by appointment ajer. Maknanya kalau ada minachi miskin sarat mengandung yang ditinggalkan suaminya yang tinggal di Ladang Kombok nak jumpa doktor, dia kena datang ke klinik, buat temujanji dan datang minggu depan untuk temujanjinya. Bukan takboleh call, tapi minachi ni orang susah. Panjang dan sedih cerita dia tapi kita bukan nak cerita kesedihan rakyat di sini. Katakanlah minachi kita tadi, setelah susah payah buat temujanji, berjayalah hadir ke klinik untuk temujanjinya. Tapi ada sikit lambat la sebab beliau kena tunggu teksi dan pergerakan slow sebab mengandung. Akibatnya, minachi kita dibahasakasar dan mukacukakan serta appointmentnya ditunda ke jam yang seterusnya. Ok lagi. Yang malangnya, appointment minachii tu dah dekat dengan waktu makan tengahari.

Menurut pemerhatian spy kami, kami dapati klinik berkenaan seolah kosong tanpa penghuni bermula detik 1205 tengahari. Padahal kalau ikut waktu rehat adalah antara pukul 1pm ke 2pm. Ni by pukul 1245, klinik dah clear. Jururawat yang ada pun, semua pakat berkumpul kat bilik belakang di sebalik label 'Kakitangan Sahaja', kedengaran bergelak ketawa. Sesapa saja boleh ke bilik fail dan bakar semua fail yang masih dalam bentuk kertas mudah terbakar dan sungguh efisien tu. Takpun rembat mesin timbang atau apa saja yang boleh dilelong di pasar karat. Ini yang pertama. Pekerja klinik sungguh mementingkan ketepatan masa.


Yang kedua gua nak komen ialah kusyen kat klinik yang kepam macam takde 5S. Gua waswas jer nak biarkan anak-anak gua yang comel duduk atas kusyen yang sedemikian rupa petanya. Dan gua perati masalah kusyen ni, berlaku di banyak klinik bahkan di hospital besar jugak. Taulah kami rakyat bayar seringgit jer untuk ubat tu, at least kasilah kerusi yang nampak hygenic sikit. Ni tah darah sapa ntah dah kering kat situ. Dan kalau kita yang sampai kat klinik pepagi paling awal, kita akan dapati ruang menunggu dipenuhi bau hapak yang terhasil dari wap kusyen yang tak terekzos sebab aircond off. Ini semua basic, pada pendapat gua.


Dahlah yang datang tu sakit, kena menunggu yang tak perlu, dan menunggu di atas kusyen berpeta mistik yang berbau.


Wow! Semakin maju kualiti hidup rakyat Malaysia ni kan?


Published with Blogger-droid v2.0.4
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...