Les critiques |
Dan dewasa ini, gua dapati, blog-blog mangsa-mangsa gua semakin dewasa dan hebat. Tulisan, design, artwork dan point of view mereka juga semakin berkembang dan matang. Tengok jerlah Sarkasis, Terfaktab Dan 100 penulis. Diorang dah pandai mengasimilasikan point yang diorang nak sampaikan dengan isu terkini dalam gaya penyampaian santai tetapi menyengat. Gua salute bebudak ni semua. Bebudak zaman sekarang pun bila part mengutuk, sama ada akan secara tak hengat punya atau lebih kepada sarkastik. Dah takde guna generic terms yang tak berpa tepat tembakannya kadang-kadang. Atau berpantun-pantun macam orang sebelum kita...
Apapun, perkembangan social networking, mudahnya nak akses internet serta gayatnya kita kat Malaysia ni dalam hal mengaplod sesuatu ke internet, semakin menghangatkan lagi industri blogging dan sosial. Blogger kampung pun dah tau nak konekkan blog mereka kepada akaun twitter, FB dan tahapa-hapa lagi ntah sampaikan kita kena berhati-hati bila bercakap dengan orang di jalanan takut muka kita endup kat internet. Semuanya benar-benar terletak dihujung jari hinggakan si suami kalau nak suruh bini bukak pintu bilik pun terpaksa tweet dulu baru bukak. Takyah ketuk pintu lagi dah.
Keadaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih matang dalam menyampaikan mesej serta berkomunikasi. Keadaan ini juga sepatutnya membuatkan kita lebih matang dalam menangani konflik atau perbezaan yang wujud dek pertembungan budaya, fikiran atau falsafah antara kita. Keadaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih cultured, matured dan open kepada perubahan dan bukanlah takut kepadanya.
Diharapkan agar semua ini akan membawa kepada perkembangan yang lebih positif kepada negara dan masyarakat kita. Supaya setiap komponen didalamnya sentiasa berusaha ke arah kemajuan dan pada masa yang sama selalu ingat bahawa kita bukanlah bersaing sesama kita.
Dan yang paling penting, diharapkan agar kita ini lebih fokus kepada angin yang menyebabkan pokok bergoyang, daripada dok leka bergaduh pasal sapa yang patut sapu daun yang berguguran atau arah mana pokok tu bergoyang selepas ini.