Thursday, September 22, 2011

Zar Minda Art






Dah beberapa kali gua komen entry dalam blog bro Zarch tapi sampai harini gua tak reti nak nyebut nama dia. Gua malas nak menggodek FB atau profail orang dalam-dalam sebab gua takde masa. Anyway, kita terus ajer ke entry pertama pilihan gua dalam blog ni:

Imam Ghazali r.a 

Entry ini biografi tentang Imam Al Ghazali r.a. Siapa yang tak kenal beliau? Kalau tak kenal memang buta hurup. Gua yang mungkar ni pun tau beliau menulis Ihya Ulumuddin. Cheyyh. Berlagak. Entry ini menceritakan tentang Imam Ghazali, siapa beliau secara akademik dan perjuangannya. Apa yang menarik pada gua yang setakat tau Imam ni tulis kitab yang gua sebut tadi, ialah gua dapat rasa feel tentang SIAPA Imam Al Ghazali sebenarnya. Walaupun dalam dunia ISlam, ada yang menempelak pendapat beliau dalam Ihya, namun pada gua, beliau adalah seorang yang mencari kebenaran. Orang-orang sebegini pada asalnya memandang alam ini secara empirikal. Action, reaction. Kemudian BEliau didedahkan kepada ilmu yang sebenar yakni ilamu tauhid melalui perjalanan kesufiannya. Yang menariknya, gua pelajari dari bio ini bahawa beliau mengalami perubahan itu dalam masa 4 tahun saja! Wow! Itu level GENIUS beb! Outro entry ini tentang saat kematian Imam menguatkan lagi kepercayaan gua bahwa beliau telah menemui kebenaran. Saran bro Zarch diakhir artikel juga amat berkesan dan gua rasa selari dengan nama Imam Al Ghazali yakni Proof of Islam.
Otak aku umpama seekor katak tanpa tempurung...



Entry kedua pula ialah Sebab dan Akibat no 8.

Brader ni memang suka berbicara tentang benda-benda heavy. Last time gua baca artikelnya meleret-leret. Tapi kalini, gua baca artikelnya ada flow. Akibatnya gua terus menerus membaca tulisannya itu sampai habis. Padahal benda tu cerita pasal hukum akal, yakni topik paling boring pada gua. Secara sinopsisnya, gua nampak:

Hukum akal = Wajib, Mustahil, Jaiz

Kemudian petikan yang menarik ini:


"Berputarnya hidup insan saban waktu dengan kefahaman diatas sebab dan akibat disekitar kehidupannya adalah berpaut pada hukum akalnya. Yang mana merupakan kewajaran buat suatu pemikiran rasional atau pemikiran yang jelas, namun disamping itu juga sering membuat dirinya jauh terpesong lantaran ketandusan sumber-sumber kebenaran atau yang hak dalam penjelasan akan apakah suatu sebab dan akibat tersebut."


Kemudian ada cerita pasal persoalan tentang penciptaan manusia oleh para malaikat. Gempak gak ah. Dan seperti biasa, ia bersambung. Takper, gua terus ke entry sebelumnya.

Gua skip entry pasal Ramadhan. Hehehe.

Gua masuk ke Sebab dan Akibat 17.

Pergh! Bro Zarch cerita pasal mental pulak. By this time, tekak gua haus. Gua ke dapur nak minum air. Bila dah dapat air segelas, gua ke depan dan sambung baca artikel ni. Gua pening.


Pada gua, blog bro ini tergolong dalam wajib baca kepada mereka yang perasan ilmiah dalam blogosphere ni. Dan sebab gua ni memang perasan serba serbi, gua merekomen blog ni pada korang semua. Dan gua berdoa juga agar bro Zarch akan lebih lembutkan lagi gaya penulisannya agar pembaca tak bosan atau lembik dek bombardments of info dalam ayat-ayat bro. Gua sarankan bro baca blog Peluru-peluru Dari Langit. Hehehe.


Anyway, gua ucapkan selamat Hari Raya AidilFitri kepada Bro Zarch dan keluarga....


Bro Zarch, relak arrrrrr.....Hehehe...

Medan HAti Dengan Jiwa




Medan HAti Dengan Jiwa 

Gua tak ingat kat mana gua terjumpa dengan blog ni. Mungkin kengkawan twitter. Tapi gua berminat nak komen sebab ayat-ayatnya yang tabah. Dan keistikomahannya memberikan salutasi di akhir entry. Rasa macam kenal Nasz ni. Anyway...

Persoalan yang menjadi header blog ni selalu bermain dibenak gua sebenarnya. Dalam mengomen pun contohnya, gua boleh pilih antara pendekatan serangan yang bersifat emo (nak meletupkan trafik) atau pendekatan ilmiah dan akademik (nak gain organic follower). ATau dalam hidup di mana gua kena pilih nak pakai baju hitam yang mempamerkan kemachoan gua, atau nak paaki baju putih sebab nak pergi interview kena formal dan skema-skema sikit. Entry-entry Cik Nasz pendek-pendek, maka ia santai keapda gua yang baru nak mula mengomen.

 Gua mula dengan Perang Bermula . OK. Mungkin budak ni student dan ini maknanya beliau start semula semester. (Gua main tembak jer)

Lepas tu entry personal pasal Cik Nasz kita ni melepaskan seorang lelaki. OK. Gua taknak nosy dengan mengomen benda yang gua tak tahu hujung pangkal. Tapi, pepehal pun, gua salut dengan keputusan yang Cik Nasz dah buat sebab putus bukan satu benda yang mudah. Bukanlah bermakna gua pro-divorce. Tak. Tapi kengkadang apa gunanya carry on andai kita dalam kepura-puraaan?

Cik Nasz, Pemalu orangnya

Dan kemudian membawa kepada asbab kenapa blog ini dipilih selepas blog dahsyat Bro Ammosham:


Peringatan Cik Nasz tentang 10 hari Ramadhan. Tarikh 10 Ramadhan tahun ini amat simbolik pada gua dan entry ini mengingatkan gua pada saat malam tersebut. Pergh. Syahdu, dowh. Gua berenti takat sini dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...