Wednesday, October 5, 2011

Saranan Tukang Komen

Gua sarankan, agar setiap public transport milik kerajaan, lebih lebih lagi yang jangkamasa perjalanannya lebih dari sejam, menyediakan line wifi. Komuter dan keretapi contohnya. Tambah produktiviti, haper?

Dan pihak kementerian kesihatan (atau universiti) dan pihak pihak lain yang relevan, kena kaji ke-compliance-an seat dalam komuter dan tren dalam skala ergonomik. Kajilah sikit, buat akta, pastu wajibkan semua provider beli bangku dari vendor kroni. Masyuk, apa? Sakit pinggang tau dok lelama kat satu tempat.

Dan yang paling penting; keberkesanan, efisiensi dan kepuasan pelanggan syarikat macam KTMB dan TNB, perlu disukat dan dimetrikkan agar program penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan sistematik dapat dilaksanakan.

Sekian, tukang komen melaporkan dari stesen komuter SetiaJaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...