Entry asal:
"blablabla.."
...Dalam 9 jilid diari aku,
jilid ke-8 aku terpaksa ambil dan bakar..
Bermula selepas aku berpisah gaduh dengan ex-G aku,
si Is, kawan rapat aku sejak dari kecil,
aku rapat dengan seluruh keluarga Is,
ibunya aku panggil 'ibu'
abangnya aku panggil 'abang'...
..blablabla...
Is tidak berpuas hati,
dia ingin bertemu ex-G aku dan seluruh kawan-kawannya untuk menerangkan bahawa dirinya WUJUD dan bukan WATAK CIPTAAN AKU.
Dalam perjalanan ke tempat pertemuan,
dalam hujan,
Is terkorban dalam satu kemalangan jalanraya...
Semasa aku mahu berada di sisi jenazahnya di hospital,
aku dihalau oleh abang Is.
Ibu Is ketika itu, menghulurkan aku diari jilid ke-8 itu dan berkata,
"Inilah punca segalanya..."
read the whole story...
Salam Cero, aku 1.
Seperti yang diharapkan oleh para pembaca blog Dark Half (Sorrow Yang Begitu Indah) dan aku (tukang komen) setelah membaca ini, tentu mereka mengharapkan aku menerjah blog kau. Semalam aku masuk blog kau dan membaca entry paling latest kau. Maka here we go...
Sapa kata lelaki berdiari itu rare? Ada melambak jantan seperti kita di luar sana yang berdiari. Yang rare ialah orang yang buat apa yang dia tulis dan tulis apa yang dia buat. Kebanyakan kita cumalah terbawa-bawa dengan penulisan sehingga kita hilang punca, kenapa kita menulis diari setiap hari.
Tapi kepada yang hardcore diarier (is there such term?), isi kandungan diari itu amatlah personal. Kebanyakan diari para diarier
biasanya berbau emo dan keakuan. Kadangkadang ada juga
rahsia yang tak patut kita simpan dalam bentuk hitam putih. Kerana menulis diari ialah satu bentuk muhasabah diri dan muhasabah diri itu membawa kepada ilmu kenal diri sendiri. Maka kebanyakan kita menganggap diari itu sacred dan hanya boleh dibaca oleh kita atau orang yang memahami saja (sebab takde yang paham, maka takde sapalah yang boleh baca).
Aku juga berdiari. Ni contoh diari aku untuk tahun 2005 hingga 2009. Hampir semuanya aku isik dalam diari ni, dari budget setiap bulan, detail plan untuk kerja-kerja kat kilang, sehinggalah idea-idea untuk zine Schizophrenic#7 yang aku dok pikir selama 2 tahun. Tidak seperti kau,
aku suka kalau ada orang baca diari aku. Sebab aku buat dengan kasih sayang dan takde benda yang boombastic dalam tu. Dan aku mahu ia menjadi medium agar orang lain (especially aku pada masa tua nantik) akan dapat mengetahui secebis dari perasaan aku pada masa hasil itu ditulis.
|
Siap ada maze lagi |
Hidup ini dah cukup kompleks as it is. Kenapa nak kompleks kan lagi dengan membenci?
Maafkan aku sebab masuk ke bahagian ini pula...
Aku rasa kau sudah
rugi besar sebab membakar jilid#8. Sebab hidup kita ni bukanlah dot-dot. Ia adalah straight line. Sejarah yang dah berlaku, biarlah ia berlaku. Kita takleh nak padam part yang kita tak suka atau melupuskan bahan bukti part yang menyayat hati. Kalau aku, aku akan simpan sebagai peringatan untuk mensedekahkan Al-Fatihah kepada Is. Tapi itu mungkin cara kau. Aku tak kisah. Bukannya murtad atau apa.
Aku pun pernah bakar diari. Tapi diari yang aku bakar tu berisi ilmu jampi serapah Melayu lama yang boleh goyang iman kalau baca tanpa ilmu, maka dari segi warak nya perlu dihapuskan. Macam Kitab tafsir mimpi atau alkemi yang dibakar sendiri oleh pengarangnya kerana takutkan Allah. Kembali kepada topik.
Aku juga sarankan agar kau
menggunakan buku yang lebih official sebagai diari. Sebab kalau boleh, kita nak diari kita ni tahan lama. Atau sebagai simbolik betapa pentingnya buku yang bakal kita titipkan rahsia hidup kita itu kepada kita sendiri.
Sebab perjalanan orang seperti ini ialah keakuan. Dan dalam keakuan, kita tak dengar cakap sesapa kecuali diri sendiri. Dan sapa lagi yang paling mengambil berat akan diri kita jika bukan diri sendiri? Jadi, diari itu penting sebab manusia tak boleh nak ingat semuanya sepanjang masa.
Entry kau ni juga mengingatkan aku kepada katakata Thomas edison:
"A good liar must have a good memory"
yang disambung oleh aku:
"A good memory is a sincere diary"