Wednesday, February 2, 2011

Siri Peluru Tak Kenal Siapa



Siri ini dedikasi kepada blog yang aku jumpa bila menyiasat melalui jaringan yang terdapat dalam blog Cik Siti Zafira. Jadi, salahkan dia...

Diorang ni aku labelkan dalam kepalaku sebagai penulis dan takde iklan nuffnang. Diorang ni jual buku dan short movie agaknya dan ayat-ayat dalam entry diorang pendek-pendek tapi cool.  Dan aku tak expect sangat diorang akan balas komen aku sebab diorang ni ada kelas

Sesuai dibaca kepada golongan anak muda yang berinspirasi nak jadi penulis atau photographer atau pelukis, penyajak, penyair, pengarut atau apa saja. Daripada dok baca inpirational quotes atau novel dari mat salleh atau dakyah illuminati.

Kepada diorang aku salut.
Semoga aku dapat sebijik buku free dari setiap diorang ni nantik.

Hahaha.

Komen kepada: Tinggal bayang



cebisan dari entry asal:

...Kaulah pemuisi terhebat
Membelit kata hingga aku lupa
Untuk berpijak pada bumi yang nyata
Kau pelakon handal
Mempesona aku hingga aku lupa
Untuk menyedari bahawa semuanya...

Sementara...


baca dari mula weyh..


Salam Cik I-Sya,

Kengkadang,
Manis itu perlu untuk meloloskan yang pahit.
Kuntuman senyuman kadangkala dapat legakan sementara,
Luka di hati yang sakit

Sungguhpun bila ketidak adaanmu, aku kalut
Tapi tatkala berdepan denganmu, kaulah seluruhnya padaku.

Aku takut dalam kekalutan
Aku kalut dalam ketakutan

Takut Kalut Makut Talut
Salot Kalut Takut Mulut?

Ketawalah
Lupakanlah sementara
Kekusutanmu tadi...

Bahan bacaan segar: [+]


Rasai Mentari Yang Membakar Hatimu.

Nuff said.
Ada banyak link yang sampai tahun depan baru habis teroka.

Dan a whole lot of cool writtings. Kalau aku jadi aku, dan ada line internet, aku selongkar dalam-dalam blog ni time-time boring (which is around 230am every night).

Checkout site dia yang satu lagi:


Gila cool lah!

Jawapan kepada: Chrono



Korang kena baca entry asal dulu kat sini. Jangan takut nak klik. Sekejap jer..Series puas hati...


Salam Cik Perempuan Cerdas,

Saja menggatal nak mengomen. Maafkan saya jika saya mengganggu kehidupan cik dengan macam memperlawakkan pulak saat yang very the emotional dalam entry ini. Pepehal pun, saya rasa harini Cik pasti dah beransur OK dan sesuailah membaca jawapan dari si dia...


-logy


Pheww! There she is! Thank God she's still there. I hurried myself towards her. The darn tranquilizers hasn't worn-off yet. Damn those aborigines...


Pulled out the chair and stared at her in my most appologetic face, while maintaining what's left of my masculinity. I smiled. She snorted.


Looking at her mad like that makes ME mad. Madly in love. It always blow me away. All the exhaustion i was in just now, all that hardship, the laughs from my friends, donn't seem to matter. I'm lost for words. How I wish I could stare into those dreamy eyes all night...




So, where the hell have I've been?
It doesn't matter anymore. Coz I'm right here, my darling...

selamat the bercuti

Komen kepada: Kawan





Entry asal:

[ishhh..rugi weyhhh...korang klik jelah kat sini dan ALAMI sendiri]


SejutaStanzaSelamba


Setelah mengesat air mata syahdu selepas membaca bait puitis tadi, Tukang Komen memakai topi seorang kawan yang cibai dan menulis jawapan kepada sejutastanzaselamaba:


bai,

kau cakap memang pandai

kau nak jadi Jebat tapi Tuah kan dah kembali?
kau tak suka dipuji tapi selalu merungut kata tak dihargai

kau pijak aku masa kau nak naik selamatkan diri kau
kau ingat kat aku masa kau nak lepaskan sesak kau

kau lempang aku masa aku sound kau ni sorang pemalas
buat apa simbah petrol kalau aku boleh letupkan kau dengan dapur gas

kau nak aku maafkan kau tapi kau ungkit utang limaplohinggit
sebab aku tak kira pun kau ni sapa
bila kau silap;
kau tetap akanku cubit


jangan marah, naaa...

Komen kepada: tip dapatkan komen yang banyak




Entry asal:

Assalamualaikum...

sepanjang aku berblog ni selalu aku tengok
blog yang ada banyak komen..
satu entry dia ada lebih 30 komen..
tu bagi aku satu yang sangat menyeronok kan..
jadi aku pun tertanya2 la jugak
macam mana diaorang buat ye..

kadang2 aku tengok entry simple2 je..
cerita tentang anak tengok tv je..
tapi komen mak iah..
30-40 komen..


baca lagi tips dia...

Salam Diana,

Saya suka dengan presentation tips awak yang simple. Buat dalam perenggan dan dalam intonasi bercakap. Takdelah orang ambik series sangat walaupun point-point yang diutarakan adalah series.

Saya nak berkongsi jugak beberapa pemerhatian saya semenjak berblogging ni dalam mendapatkan komen terbanyak. Saya campur adukkan antara cara baik dan tak baik dan menjauharilah kita semua cuba mengenal manikamnya.


1) Menjadi pengomen tetap di blog-blog yang ramai pengomen.

Blog ni ikut dia punya genre. Ada blog politik, agama, sosial, games, blog lucah atau sebagainya. Kita pilihlah blog yang selari jenis pembacanya dengan blog kita dan selalulah mengomen dan meninggalkan link di sana. Tricknyer ialah kita kena komen sikit entry tuan rumah dan buat orang yang baca komen kita tu nak pergi ke link yang kita sertakan. Along Tapa suka buat benda ni.


2) Blogwalkkan entry terbaru dengan title yang betul

Blogwalk harihari blogwalk. Dan kita sendiri boleh tengok macam-macam jenis ayat bloggers pakai nak kasi tertarik orang klik dia punya nick kat shoutbox tu. Ada yang pakai URL shortener sebab nak kasi surprise (atau sebab dah kena ban sebab pakai software blogwalking). Ada yang pakai ayat panas yang berbau provokasi atau suggestive. Ramai jugak yang sekadar tulis pembohongan macam 'ziarah sambil baca entry baru' atau 'tolong klik iklan kengkawan' atau you know...Blogwalkers arif sangat benda ni.


3) Cara entry ditulis

Cara penyampian entry juga penting dalam mendapatkan komen yang banyak. Sampai satu masa, blog kita akan ada pembaca tetap. Bila sudah sampai tahap ni, tuan rumah boleh mula ubah intonasi entry nya daripada sekadar bercerita dan berkongsi kepada berbincang atau emosi. Entry mestilah ditulis ke arah membuka pelbagai persoalan (kalau jenis bincangkan) atau ke arah kongklusi (kalau jenis bahas). Dan penutup entry kena ada persoalan yang perlu dijawab oleh pembaca. Ini kena jelas sebab zaman sekarang orang suka bercakap pada masa yang tak diperlukan tapi senyap bila dia wajib bercakap. Jadi, setelah menulis sesuatu entry, cuba baca balik dan check samada entry kita tu menarik komen atau sekadar umpama iklan di dinding tandas.








4) Jawab komen yang orang berikan pada kita.

Bila ada orang datang komen kat blog kita, sebaik-baiknya kita balas setiap komen tu dengan berhikmah. Hindari unsur emo atau berlagak sebab ini sifat yang dibenci ramai, wlaupun oleh mereka yang berlagak sekalipun. Aku suka style Cikgu Gedek yang faithfully menjawab setiap pengomen di blognya. Mari kita susahkan hidup dia dengan mengomen ramai-ramai sampai dia tak terjawab...

Masa menjawab pun ada trick jugak. Kengkadang kena jugak tunjuk emo dengan sesapa yang kurang ajar tu. Kengkadang orang berduyun datang blog kita bukan sebab entry kita, tapi sebab dia bergaduh dengan sapa ntah kat dalam entry kita yang satu tu. Gaduh pulak takde kena mengena laktu.


5) Komen diri sendiri banyak-banyak.

Buat cam dia ni buat. saiko betul.

6) Kengkadang tulislah apa yang orang nak baca.

Orang boleh muak bila asyik baca luahan hati kita jer. Kengkadang kita kena kreatif dan mencabar diri sendiri jugak dengan meletakkan diri dalam situasi orang lain. Cuba menulis sesuatu yang tidak ada. Entry sebegini sudah pasti menarik orang yang kita nak jadi tu. Contohnya kita buat entry pasal tampal gigi dari perpsektif doktor gigi. Lepas tu kita promo lah entry tu kat blog doktor gigi atau blog pergigian yang berkaitan, contohnya.


Komen kepada: Past Picture X : Tape Lama


Entry asal:

...Tape lama macam nostalgia sikit. Tape hitam itu cara belajar sains, filter mata supaya boleh tengok matahari kaler merah kejinggaan. Bekas dia boleh bikin pensil-box dan conteng ikut kreativiti masing -masing. Sekarang dah wujud cd, dvd atau download dari P2P, teknologi lama hilang kena telan bumi.

Masuk melalui sini:
remember this, bro?


Salam Sca Ndx,

Kau dah ushar apa kandungan tape tu? Player dia ada lagi? Cubalah ushar apa isik kandungan tape tu. Ntah-ntah cerita baek, ke?

Dah lama tak tengok tape besar macam ni. Kenangan pasal movie yang aku tengok asbab tape macam ni pun bukannya best-best sangat. Semuanya kenangan pahit macam tape tersangkut, gambar tak clear atau lupa pulangkan tape yang disewa. Tape ini juga nostalgic padaku BUKAN dari sudut kemovie an nya. Amender ni?

Kecik-kecik aku suka dismantle tape ni dan ambik 2 benda yang warna putih kat tengah tu buat roket. Tali tape plastik yang berjuntai-juntai tu pulak, aku rentang buat macam web kat sungai atau aku sumbat dalam mulut lembu yang memasuki kawasan rumah arwah nenek aku. Aku ingat tu sumer cool.

Kengkadang bila dah ekstrim sangat kreatifnya, aku rentangkan tali tape tu dalam semak tempat laluan kerbau. Jadi bila kerbau tu melalui kawasan semak tersebut, diorang kelihatan macam ada rambut rebonding sebab tali tape tu berpintal dan terlekat kat tanduk mereka. Takdela lawak sangat tapi bila dapat teka dengan tepat kat mana kerbau tu akan lalu itulah kepuasannya.

Sekarang bebudak setakat main cermin-cermin kat kepingan CD atau DVD. Orang tua pulak gunakan CD yang dah calar buat hiasan kat kereta atau rumah. Aku risau apa generasi akan datang yang pakai pendrive dan external hard disk ni akan buat bila benda-benda tu sumer dah takleh pakai. Buat keychain la kot?

Rekomendasi kepada: Asam Garam Gula



Blog dia simple dan berwarna pink. Header dia nampak cam orang nak kawen. Title entrynya besar-besar dan jelas. Pada hari aku terjah blog ni, dia buat entry pasal roti Ikan Bilis Mighty White (dia bedal sampai 7 bijik). Tapi aku suka bukan sebab roti Mighty White. Atau warna pink blognya.

Aku tertarik sebab aku ternampak ada banyak perkataan DIY kat belah kanan blog ini. Aku memang suka dengan konsep DIY.

Tapi bila diamati lagi setiap entry dalam blog ni, didapati blog ni memang ada kelas dia tersendiri. Original, sempoi dan simple. Aku tak tau pulak cikgu pendidikan seni ada yang cool-cool...

Anyway, blog ni sangat bagus dibaca ketika sedih atau gundah sebab ia menceriakan. Aku tak taulah korang tapi aku memang ceria lepas baca entry-entry dia. Dapat lak entry yang ni:

komen kepada: Ingat Beijing Takde Roti Canai ke?




(Korang pergi jelah kat sini)

Salam Fickry,

Waahhh, ambik degree dalam linguistic (amender, ni?). Kira, bila dah grad, kau ni akan jadi seorang cunning-linguist, lah? Kau belajar bahasa apa kat sana? Pepehal pun, semoga kau dan kengkawan yang kat China tu sumer sihat-sihat belaka.

Bila terbaca entry kau pasal roti canai kat Beijing, aku pun teringat dua lawatan pertama aku ke negara yang sama. Masa tu aku sangatlah muda dan tak pernah lagi ke luar negara sensorang. Aku pulak tak pandai berbahasa Cina. Cina kat sana pun tak reti berbahasa Inggeris (yang fasih pun senget-senget kepala aku cuba menagkap perkataan mereka). Masalah utama ialah nak cari benda makan.

Memula ke luar negara aku fasi jugaklah pasal makanan. Aku siap bawak bekalan dari Malaysia berupa mee segera dan segala apa yang aku jumpa dalam supermarket tu dari Brahim. Pepagi dok belasah roti dan butter hotel sampai muak. Lunch tak makan. Petang balik hotel makan megi. Cuaca sejuk jadi bila makan malam tu aku memang makan tahap mentekedarah macam bukak puasa 2 hari punya. Ini mengakibatkan bekalan rangsum aku cepat habis maka terpaksalah berkelana ke luar dari kawasan (gua) hotel mencari makanan.

Well, kengkadang supplier atau kengkawan yang belanja makan, jadi, memang tak dapat nak mengelak punya. Aku biasanya akan order makanan seafood atau veggies. Kalau ada roti-roti memang aku suka. Punyalah siksa pengalaman ke luar negara padaku masa tu.

Sekarang kalau ke China, aku dah tak risau lagi sebab aku dah tau password:

Chau Fan! Puyau Chu Ro.
(nasi goreng taknak babi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...