Wednesday, February 2, 2011

Komen kepada: Past Picture X : Tape Lama


Entry asal:

...Tape lama macam nostalgia sikit. Tape hitam itu cara belajar sains, filter mata supaya boleh tengok matahari kaler merah kejinggaan. Bekas dia boleh bikin pensil-box dan conteng ikut kreativiti masing -masing. Sekarang dah wujud cd, dvd atau download dari P2P, teknologi lama hilang kena telan bumi.

Masuk melalui sini:
remember this, bro?


Salam Sca Ndx,

Kau dah ushar apa kandungan tape tu? Player dia ada lagi? Cubalah ushar apa isik kandungan tape tu. Ntah-ntah cerita baek, ke?

Dah lama tak tengok tape besar macam ni. Kenangan pasal movie yang aku tengok asbab tape macam ni pun bukannya best-best sangat. Semuanya kenangan pahit macam tape tersangkut, gambar tak clear atau lupa pulangkan tape yang disewa. Tape ini juga nostalgic padaku BUKAN dari sudut kemovie an nya. Amender ni?

Kecik-kecik aku suka dismantle tape ni dan ambik 2 benda yang warna putih kat tengah tu buat roket. Tali tape plastik yang berjuntai-juntai tu pulak, aku rentang buat macam web kat sungai atau aku sumbat dalam mulut lembu yang memasuki kawasan rumah arwah nenek aku. Aku ingat tu sumer cool.

Kengkadang bila dah ekstrim sangat kreatifnya, aku rentangkan tali tape tu dalam semak tempat laluan kerbau. Jadi bila kerbau tu melalui kawasan semak tersebut, diorang kelihatan macam ada rambut rebonding sebab tali tape tu berpintal dan terlekat kat tanduk mereka. Takdela lawak sangat tapi bila dapat teka dengan tepat kat mana kerbau tu akan lalu itulah kepuasannya.

Sekarang bebudak setakat main cermin-cermin kat kepingan CD atau DVD. Orang tua pulak gunakan CD yang dah calar buat hiasan kat kereta atau rumah. Aku risau apa generasi akan datang yang pakai pendrive dan external hard disk ni akan buat bila benda-benda tu sumer dah takleh pakai. Buat keychain la kot?

9 comments:

Sca Ndx said...

benda nostalgia. semua pernah merasa kan. tape hitam itu semua tinggal sejarah je. aku tak check pun tape tu. VCR pun dah rosak. mana nak check. hehe.

media sekarang lagi portable dan
read-write-delete. lagi mudah. baca tulis buang. dulu read-write je.

teknologi baru memudahkan,
tapi benda lama akan mengingatkan yang baru.

Irwan said...

cayalah dah tukar gambar...aku takleh nak pakai gambar awek tu sebab ko paham je lahhh..

Anyway, ko ni macam emo lebeyyy jer?

Dark Half said...

video tape lama mmg nostalgik. first time aku tgk electric chair execution dan real live cremation kat tape tajuk faces of death

entry yg sempoy dari sca. lagi geng incik matahari

aku perasan dr tahun lepas lg sca komen entry kat blog aku tapi link dia x wujud. baru tahun ni aku discover blog kau. coolness!

Irwan said...

blog sca Ndx kena pelbagaikan ayat dia.

Balikbalik ayat pendek. Yang bersambungsambung. Dan viewpoint yang tunnel-ish.

Amender aku cakap ni?

Baiklah kengkawan...masa untuk tido

Sca Ndx said...

@irwan emo ke? hehe
aaha ayat aku aku rasa ulang - ulang. banyak merepek. tapi aku tulis jela. cuba polish2 sikit2 . thks bg pointofview kau. baru aku tau orang punya view camne

@darkhalf kau sebenarnya pengomen blog aku yang terawal lah. entry yang awal tu ko pernah komen sekali kot. anyway

thks for the coolness :)

Dark Half said...

ye ke? masa tu aku poser lagi dok membabi buta komen blog org, tapi url x bookmark XD

Irwan said...

dark memang jembalang internet blogosphere malaysia...kira macam ghost in the shell la...cuma pakai baju...dan jantan

Anonymous said...

Wow that was odd. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my comment didn't show up. Grrrr... well I'm not writing all that over again.

Regardless, just wanted to say great blog!

my blog post :: cellulite treatment reviews

dong dong23 said...

hollister clothing
christian louboutin outlet
tory burch flats
cheap oakley sunglasses
fitflops
juicy couture
michael kors outlet online
timberland boots
toms outlet
ed hardy clothing
coach outlet
oakley sunglasses
nike running shoes
celine
timberland outlet
pandora jewelry
michael kors outlet
louis vuitton bags
michael kors purses
adidas originals shoes
adidas ultra boost
christian louboutin outlet
coach outlet online
michael kors outlet
jordan retro
jordans for sale
oakley vault
retro jordans
toms shoes
gucci handbags
timberland boots
true religion jeans
air jordan 13
hermes handbags
cheap jordans
ray ban sunglasses
cartier watches
tiffany outlet
insanity workout
air jordans
20167.21wengdongdong

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...