Aku pun heran camana Cik Zue ni bley ada dalam list angkatan
Terfaktab yang dianggotai oleh orang macam
Hellioz dan Aqram. Mungkin sebab Cik Zue ni adalah
unsur yang boleh memfemininkan blog yang seakan-akan ditulis oleh
para jantan-wan. Atau mungkin Cik Zue ni juga ada li
nk ke koleksi cerpennya. Atau mungkin kerana Cik Zue ada orang -alam sehingga boleh bersekongkol dengan 11 lagi bloggers yang aku rasa amat ganas dalam blogosphere Malaysia.
Aku tertarik membaca entry Cik Zue
yang ni. Cerita ni mengingatkan aku kepada kebanyakan perangai kengkawan pompuan aku masa kat U dulu.
Kalau kesah, cakaplah kesah.
Kalau Tak OK, katalah AKU TAK OK (sebab aku bukan gay)
Jangan badan mengingkari apa yang dilafaz oleh lidah.
Nantik clashing. Nantik air mengalir deras.
Apa-apahal pun, nasihat aku kepada Cik Zue; jalan tarekat
"I'm Alone but I'm not Lonely" adalah jalan tarekat yang
amat getir, namun ia memberikan hasil yang lebih memuaskan jika kita
sanggup menggagahinya. Hukum utama dalam tarekat ini ialah
jangan ada pergantungan secara emosional kepada sesiapa saja,
walhal keluarga sekalipun. Jangan harapkan apa-apa dari sesiapa dan kita juga
buat sesuatu kerana kita nak buat dan bukan sebab nak jaga hati.
Dan untuk mengekalkan
"loneliness" tu di tempat yang sepatutnya, Cik Zue kena
ada agenda dalam hidup Cik. Sebab emo akan menyerang bila ditiup setan. Setan pulak datang bila otak kita lemah atau kosong. Jadi,
jangan ada dua perkara ni dalam kepala Cik. Jangan bersikap lemah (tonjolkan sisi yang kuat tu) dan sentiasa lakukan sesuatu. Jangan biarkan ada slot dalam jadual Cik tu yang bakal diisi dengan termenung. Ni bahaya. Dan jika sekiranya pun Cik perlu bergantung kepada sesiapa, jangan ada heart feeling jika dia tak tolong. Cik kena ada Plan B, C dan D untuk masa-masa sebegini sebab Cik adalah independent dan bley take good care of diri Cik sendiri..
."Insya Allah, ada jalannya", bak kata Maheir Zain.