Kepada orang Negeri Sembilan, Hospital Tuanku Ja'afar atau HTJ memang bukan asing lagi. Sebut ajer HTJ, akan terbayanglah kesusahan mendapat tempat meletak kenderaan, pendakian yang separa membunuh nak sampai ke pintu depan, dan ruang wad yang mengalahkan keadaan bilik kecemasan di Syria, contohnya.
HTJ ialah hospital kerajaan. Dan seperti lagak mana-mana agensi yang ada nama 'kerajaan' dalamnya, mutu servis memang takboleh nak komen lebih-lebih. Apa taknya, kalau nakkan layanan yang baik, marhaen yang layak BR1M dan PR1MA tu boleh dapatkan dari spital swasta macam Hospital Columbia atau KPJ atau Salam. Memang dah biasa dah dapat layanan macam taik di HTJ dan jika kita tegur (camana baik la pun), potensi teguran itu menjadi punca kita ditaikkan lagi, amat tinggi. Tak caya? Cubalah hari ini! Lol.
Pasal masalah parking pulak, kalau sesapa pergi ke HTJ baru-baru ini akan perasan ada projek bangunan baru yang dah siap. Dulu-dulu mati-mati semua orang (termasuk staff nurse sekalipun), ingatkan ini bangunan tempat letak kereta bertingkat. Bila dah siap, rupanya ia adalah Klinik Bersalin dan Kanak-kanak dan parking di situ perlu dibayar. Wow! Para doktor dalam management HTJ bukan saja pakar dalam bidang masing-masing, malah dan pandai nak jadi kapitalis pulak. Yang membuatkan kita terfikir, nilai kemurniaan profesi seorang penyembuh yang mengeksploitasi keadaan terdesak seseorang untuk buat duit.
Bahkan kalau perasan, Klinik 1Malaysia, hanya mula diperkenal bila dah nak dekat pilihanraya, walhal kelemahan itu telah ada sejak 1980-an lagi. Kenapa baru sekarang nak bina? Adakah benar ia atas dasar keprihatinan, atau ini semua sandiwara politik? Pada gua, alasan sandiwara itu, lebih menyerlah. Itu tak cerita para petugas yg bermuka palat, berbahasa kasar dan suka tanya soalan-soalan bodoh yang jawapannya ada tertulis dalam report kad yang dia wajibkan bawak tiapkali mendapatkan rawatan.
Tak cukup dengan itu, sistem di bilik kecemasan juga tak kurang tahapa-hapanya. Mereka letak doktor-'doktor junior dibarisan hadapan. Jika anda mendapatkan rawatan pada petang Jumaat misalnya, besar kemungkinan anda akan ditahan diwad sampai hari Isnin sebelum dilepaskan oleh doktor senior. Mereka komplen mereka overloaded dan tak cukup kaki dan kepalalutut, tapi itu semua adalah perbuatan merekaz sendiri. Dah la sebegitu, masa ditahan diwad, pastikan anda mengikuti dengan ketat perkembangan anda atau anda akan dirawat kemudian, selepas kes-kes kritikal, sedaramara mereka, dan orang-orang yang lantang bersuara. Diorang pedulik apa?
Semalam, setelah mengelak nak ke spital sekian lama, gua terpaksa akur juga. Setelah mendaftar di Bilik Kecemasan, gua disaring oleh pembantu perubatan sebelum dibiarkan menunggu giliran mendapatkan rawatan dari pakar. Gua perasan pada Piagam Pelanggan yang tertampal di dinding yang setiap pesakit akan dilayan dalam 20-30 minit. Gua pun tunggu.
Tunggu punyya tunggu, dari Cerita Nona mula, sampailah habis, nombor gua tak naik-naik jugak. Ada dua orang pelajar negro duduk di sebelah gua. Salah sorang darinya, tanya mana satu nombor gilirannya. Gua cakap nombor dia 3083, sementara gua pulak 3079. Mamat tu puas hati. Kami pun menunggu. Last-last mamat negro dan rakannya yang masuk dulu. Gua mula berang. Gua tanya registrar tu, camana orang kemudian boleh masuk dulu. Abam resistrar kata, diorang cuma berikan nombor dan doktor-doktor kat dalam yang panggil. Fine. Gua masuk ke bilik di mana doktornya sedang leka berborak terkekeh-kekeh tanpa pesakit. Gua tanya bila giliran gua. Tak sempat mereka menjawab, gua campak nombor giliran gua tu kat muka sorang doktor perempuan (yang obes) berbangsa India. Ketuanya cuba nak tenangkan gua, tapi gua cakap, gua nak pegi daftar kat spital gila pulak sebab diorang dah buat gua gila.
Di luar, para pesakit yang menunggu disajikan dengan montage dari Jabatan Kesihatan pasal Liow Tiong Lai yang nak lancarkan kempen 'Nak Sihat' secara besar-besaran mulai Mei. Gua pikir, ini pun taktik politik. Apa taknya? Sistem nombor giliran pun huruhara, doktor sendiri pun diameter perut lagi besar dari tong dram, dan sistem yang tak mesra pelanggan tidak ditangani, tapi nak kempen-kempen suruh kita jaga kesihatan. Mungkin agar mereka dapat goyang kaki macam penjawat-penjawat awam yang lain, bila jumlah orang sakit berkurangan. Atau ini semua taktik nak lakukan makanan kesihatan yang sole distributornya adalah sedaramara.
Malaysia ni negara kapitalis. Takde sapa yang pedulikkan rakyat. Lu ingat 5tahun mereka diberi mandat, mereka akan lakukan perubahan untuk lu, ke? Piiraaa mabuk.