Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Program Tinja?

Cuba tengok Najib berucap kat program apa

Dah lama rasanya gua tak tengok TV. Bukan sebab gua benci dengan propaganda politik yang menggantikan tajuk-tajuk berita utama. Bukan juga sebab TV yang sepatutnya membantu kita mendapat hiburan dah bertukar menjadi alat pengiklanan. Tapi sebab gua busy. Maklumlah, pepagi buta lagi gua dah kena bertolak ke stesen kemuter berhampiran. Pastu dah lewat malam baru gua sampai ke rumah semula, pulang dari kerja.
(klik untuk besarkan)

Entah camana, semalam gua berkesempatan jugakla nak flip suis TV dan menonton salah satu rancangan kegemaran gua semenjak dah semakin tua ni: Nightline di #RTM3. Gua sebenarnya nak tengok ada tak liputan pasal Trilionaire Melayu yang gua baca tak puas dalam sokkabar. Tapi seperti biasa, TV hanya dipenuhi dengan muka Najib. Sekian.

"Nampaknya media buat LULZ kat lu laa, Jib"
Program Tinja


Wednesday, October 5, 2011

Saranan Tukang Komen

Gua sarankan, agar setiap public transport milik kerajaan, lebih lebih lagi yang jangkamasa perjalanannya lebih dari sejam, menyediakan line wifi. Komuter dan keretapi contohnya. Tambah produktiviti, haper?

Dan pihak kementerian kesihatan (atau universiti) dan pihak pihak lain yang relevan, kena kaji ke-compliance-an seat dalam komuter dan tren dalam skala ergonomik. Kajilah sikit, buat akta, pastu wajibkan semua provider beli bangku dari vendor kroni. Masyuk, apa? Sakit pinggang tau dok lelama kat satu tempat.

Dan yang paling penting; keberkesanan, efisiensi dan kepuasan pelanggan syarikat macam KTMB dan TNB, perlu disukat dan dimetrikkan agar program penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan sistematik dapat dilaksanakan.

Sekian, tukang komen melaporkan dari stesen komuter SetiaJaya.

Tuesday, September 13, 2011

Tips Nak Kasi Trafik Blog Meletup

Adakah anda berselindung disebalik sesuatu di alamaya?


#TIPsblogMeletupCekguBadrul : Troll blog wartawan yang kuat update blog. Cari loophole dalam blog atau hasil kerjanya dan bahannn. Kalau wartawan majidul lagi bagus.
"Akuskizo? That crazy fucker?"

#TIPsblogMeletupCekguBadrul : belanja artis artis baru nak up tengok wayang dan flash perbualan twit anda dengan artis tersebut di blog anda
(gambar hiasan curik dari sini)


#TIPsblogMeletupCekguBadrul : sound gaya pemakaian tudung blogger fashionist a yang lawa yang setiap entrynya at least ada 20komen
"Lepas ni aku kutuk kau. Besok kau kutuk aku pulak. Trafik beb, trafik!"


#TIPsblogMeletupCekguBadrul : buat entry poke blogger yang pergi gathering tapi dendiam kita buat ngeteh sessions, bola brothahood airing, twitup, luncup

Wednesday, August 17, 2011

schizophrenic,skizofrenia,skizo,akuskizo

Issue#1: Beginners 
Issue#2: For bookworms (Artikel jer isisknya)
Isu 3: Komik Abang Polis Ngan Budak HC

(entry ini dicuri dari blog akuskizo sebab gua takde benda nak komplen 2-3 hari, ni. Gua intercept mms scuba dan alurkan msg tu ke blog haku. 
Sila ke blog akuskizo.blogspot.com untuk paham mende yang gua merapek ni. Hahaha)



Friday, March 25, 2011

To Along XP

Dear ALongXP,

Pertama kali, aku nak ucapkan terima kasih sebab kau datang sini walaupun aku tak tinggalkan komen kat blog kau. Aku tau, kau akan tau ,aku cakap pasal kau, sebab aku terjah kau pun sebab aku dapati kau terjah aku dulu. Maka aku menerima kau dengan lapang hati dan dada yang terbuka walaupun kau masuk sini sambil cakap camacam.
 
Aku dah biasa, dah.
Kau nampaknya telah berpegang teguh kepada kehanginan kau kepada aku sebab walaupun kau dah datang sini marah-marah pertama kali, aku masih jugak tak datang ke blog kau untuk mengomen. Siap jawab cam bagus lagi kat sini. Memang kau berhak menghangin. Hehehe. Entry kau power-power lak lepas tu...Cheyyy...

AlongXP,

Ketahuilah,
Entry hate yang kau baca kat sini dulu tu, merupakan usikan kepada kau. Aku rasa, sesapa yang baca ketiga-tiga entry akan tau aku bergurau. Tapi takper lah. Ada orang boleh diajak bergurau. Ada orang kena lepak kat surau. Anyway, kenapa aku usik kau?

Pertama sebab kau citer pasal ketam (so what, right?). Kebetulan aku memang dah ada entry pasal ketam. So instead of kena make a new entry, aku jahitkan ajer lebihan kain perca dan aku buatlah selimut. Yang penting (pada aku) ialah selamat dari sejuk, bukan nak lawa...
Kedua;
sebab blog ni tak berapa go sangat dengan konsep manjangggg read more-read more. Memang ada kebaikannya style ni. Tapi seperti yang aku dah pernah cakap sebelum ni, meletakkan button read more dalam SETIAP entry, pada aku, seumpama memperolok-olokkan kedatangan orang yang datang ke blog kita. Ni baru betul traffic whore, kalau sesapa nak tembak. Satu visit tapi nak dapat dua markah.

Ketiga
pasal no right-click. Suruh orang back link, tapi nak copy link jer kena carut (wtf). Nak gak suruh orang taip satu-satu nama entry dia yang panjang, tu...Tapi, sukatila, kan? Hehehe.


Pasal kita di alam maya yang tak serupa dengan kita di alam realiti, nilah sebab kenapa aku rasa kita patut pakai avatar atau guna nama sendiri.
Dahlah entry tak menerangkan siapa diri kita yang sebenar sebab biasanya entry ni cuba menggambarkan, apa yang kita MAHU gambarkan. Dan biasanya, si penulis tidaklah segempak entry-entry yang ditulisnya sebab by the end of the day, kita semua ni packaging jer lebih. Tapi itulah alam penulisan. Kalau kita cakap benda yang kita buat jer, alamat kita takkan tulis apa-apa. Kadang-kadang kita kena jugak cakap benda yang kita nak buat dan check samada kita ni serupa bikin atau tidak atau apa. Dan kadang-kadang, kita kena jugak berimaginasi sebab dari imaginasilah timbulnya kemahuan, timbulnya gerakan, timbulnya kemajuan.

Nak cuba menafsirkan seseorang dari link-link yang ada dalam blognya, design blognya, atau apa-apa dari presentation blog, juga adalah sekadar hypothesis yang kita kena sahkan. Macam blog Darkhalf, kita nampak cam blog budak underground layan metal yang emo yang baru bertaubat serta ada background dalam design. Tapi in real-life, Darkhalf ialah sejenis bot komputer yang kami wujudkan untuk mencari mangsa untuk blog ini.

Dah tu, bila kita berinteraksi pulak dengan orang tersebut, orang tu dari gaya komennya, cam ustad yang garang, takleh ajak bergurau, over sensitif dan ego. Bila jumpa, baru tau mamat tu sebenarnya nerd tua yang spender pun mak dia yang basuhkan lagi.
Jadi dari sini, kita dapati, dalam dunia cyber ni, camana, kat mana, atau pasal apa kita boleh terberkomunikasi tidaklah sepenting daripada apa keputusan dan perasaan kita tentang pertemuan itu selepas ini.

Dan yang paling penting;
Adakah kita akan berpisah sebagai kawan?
Atau adakah kita akan berpisah sebagai sekadar kenalan?

So, aku harap, segala salah faham yang timbul dipermulaan, takkan memprejudiskan kita dalam menempuh persahabatan yang singkat ini.

Lagipun, kan kat bawah entry aku tu, aku pesan kat kau jangan skizo? Apa yang aku tulis pasal hak ketam ke, apa ke, patutnya tak menerasakan kau kat mana-mana. Sebab kau blogger. Harihari kau update. Orang cam aku ni come and go. Jangan buang masa dengan heran dengan aku.

Dan pasal tak link back-back link tu, elleh, beser arr bro...
Kau tak puas hati, kau dah cakap, life goes on.
Kau suka, stay.
Kau tak suka, kau follow rapat-rapat.


Hehehe.

;p

Sunday, March 13, 2011

Komen kepada: Perangai Manusia



Entry asal:



Ahh! takyah entry asal! Aku baru baca perenggan pertama jer dah hangin. Nak tau sebab apa aku hangin? Sebab aku Cancerian.

Pepehal pun, aku dah pernah jumpa orang yang ketam-haters ni dulu lagi. Nah. Baca kat sini luahan hati aku. Entry aku kena censored takleh masuk dalam blog ni. Banyak mencarut.



akuskizo.blogspot.com

p/s: alongxp, lu jangan skizo! ;p

Friday, March 11, 2011

Paling best! Kiera



Sebagai pembuka tirai hujung minggu ini, kita mempersembahkan blog adik Kiera. Adik kiera berumur 16 tahun, telah diambil oleh additional mathematics and physics. Sorry yer!


Pepehal pun, aku tersampai ke sana sebab nama blog dia yang gila kewl. Jangan salahkanku. Salahkan blogosphere. Besides, semua orang bermula sebagai poser dan follower, tak ye? Aku follow jer ler.

Selamat Membaca!

@_@

*wink-wink*

Monday, March 7, 2011

Goyang ke?

Eh, guys? GOYANG KE?

Baja ORGANIK itu memang busuk. Tapi percayalah; ia baik untuk TUMBESARAN

sarkastik tak?
Ni black (african American) sarcasm, kalau korang tau.
Balik-balik main Malay sarcasm, boring arr


Friday, March 4, 2011

Know your Audience

Kenapa kita cakap cam kelakar masa bercakap dengan baby?

"Alalalala..bucuk-bucuk tomei-tomei"

Kenapa kita cakap cam bagus masa presentation?


"I believe with our suggestions, we can acquire at least 20% from the targeted market segment"

Kenapa kita cakap cam romantik bangang bila dengan yang tersayang?


"Sayang, abang kalau tak jumpa sayang sehari, bagaikan setahun lamanya"

Oleh itu, salah ke kita bercakap dengan orang tertentu dalam bahasa yang dia mudah fahami?




Thursday, March 3, 2011

Menjawab: Attention Whore

Korang kena baca entry asal dari Hellioz. Jangan salah sangka. Dia budak baik sebenarnya. Dia mencarut nakkan perhatian kita. Apa salahnya kita berikan sedikit, ye tak?



Start:
Hahaha. Aku datang kat blog kau pun biasanya sebab orang suruh. Aku spam commentbox kau? Itu memang modus operandi blog ni. Kau baru tau ke? Aku bagitau jer kitorang kutuk kau. Bukannya macam kau cakap sensorang dan mengumpat dalam jamban.

Memang aku nak jadi internet celeb. Aku ikut kau, apa? Kau spam mazidul, aku spam kau. Aku ngan Mazidul adalah sedara. Kau ngan aku juga sedara (kalau kau nak). In fact, bila kau dah grad, kompeni aku ni perlukan legal advisor dan aku tak kisah kalau ambik lemau grad cam kau ni. Boleh aku titik.

Orang baca blog nak rilek-rilek. Aku taktau la orang lain. Kalau baca blog kepala naik pening sebab nak pikir, nak rujuk kitab lama, nak wikipedia, baik aku baca buku untuk Masters aku. Tapi aku setuju dengan kau bila kau cakap kalau semua orang main setuju jer, baik takyah diskusi.


Tapi, camana lah orang nak nampak point kau kalau kau asyik icingkan teguran kau dengan caci maki? Takper, sukati kaulah Luncai...

on a different note,
Aku ada dua anak.  Di sini menunjukkan bahawa aku ADA LIFE. LIFE aku happy, walau tak sehappy kau mungkin, yang membesar dalam carutmarut yang ceria ni.

Aku claim hak aku sebagai tukang komen atas alasan aku ada 5 blog yang update minima 3 kali seminggu (kalau bukan 3 kali sehari). Kalau setakat satu blog pun kau dah takleh kontrol private life kau, obviously you have control problems. Aku pernah ada band, ada zine dan sekarang aku ada 3 kompeni.  OK jer private life aku? Kenapa agaknya? Mungkin sebab aku tak suka sangat mencarut, kot? MAYBE la...


Aku tak pakai ID anon, gambar profil curi atau buat semua baling batu sembunyi tangan tu. Nak tengok tangan aku? Ni haaa. Blog ni is like a big giant hand (and I'm waving it to you guys!)

(hahaha. Mamat ni mesti nak moderate kan komen aku)
Lambat. Aku dah publish.

Dan inilah salah satu keistimewaan blog aderberani. I get my message thru whether you approve it or not.  Fak komen moderesyen.

Oh, by the way. You may call me just WHORE. I like bitches than self-righteous virgins. Because I prefer practitioners, not theories or whiners. Like yous.

Have a freakin good week!


Kat sini, kita sertakan beberapa contoh entry bagi membantu saudara Hellioz kita ni.
Paling baru (dan aku terasa), dari eszol harini:
http://fromglassesandlenses.blogspot.com/2011/03/badut-4.html

Nak direct sikit, dari aku sendiri:
http://akuskizo.blogspot.com/2011/03/mangsa-dakwah-yang-skizo-1.html
http://akuskizo.blogspot.com/2011/03/mangsa-dakwah-yang-skizo-2.html


Atau baca Trivia Nyamuk dari Cero yang menyaiko kan...



semoga SEMUA terhibur!

Saturday, February 19, 2011

Haters and Lovers




For every action, there will be a reaction. The reaction could be favorable or less favorable. To the favorables, we memorize the steps in achieveing it so that we could repeat it. Taking blogging as an example, the best part for me is working on the less favorables. In laymen term: working with the haters.


There are be many types of haters. There could be haters because of what I wrote. Haters because of what I stand for. Haters because of the way I design my blog. Or haters simply because they have a reputation to uphold. I usually park the latter (because that is easy) and focus more on the first two types.


Some people may hate me for what I write. As a blogger, I must admit that the kick of having a "daily-updated blog" is getting to me. Thus sometimes I do write messy things and people get confused by it. Heck, I myself get confused all the time. But when replying the comments to THAT messy entry, I am usually more focused and will change my perspective if I was proven wrong or shallow. In this blog for example, I abuse this knowledge by purposely portraying a wrong image and wait if the person come to rectify me. If they don't come, oh well, I move on.


Some people may hate me for what I stand for. The AKUSKIZO blog is one of such example. Some REAL schizophrenics hate me because I use the medical term as my blog's title, as if mocking those who suffers the sickness. Or the copy-paste issue (refer Popular Post at sidebar). I like playing around with this kinda people because they have different perspective than mine and this differences help in boosting my learning curve in the blogging world and in understanding myself. And most of the time, in order to keep them the way they are (egoistic and feeling self-righteousness so that they will come and correct me in the future), I let them win the discussion (or have the last say).



Mostly the haters are there because of misunderstanding. I believe nobody (in their sane mind) wants to be a villain in this world. There must be a reason to why a person is behaving the way they do. Especially the naughty ones. Exception to those who are mentally ill. They need to be segregated from the society before they start infecting others. Insanity is infectious!


The point here, whenever we encounter these s-o cussing and saying gibberish in our comment box, give them some space. Help them letting it all out first by enhancing their hate. After all their bullets have run out, then only we talk to them nicely.

Happy commenting! Hehehe.



Monday, February 14, 2011

Korang nak Belajar cara tulis message yang berkesan?

Kengkadang kita datang blog kawan kita,
Kita naklah tinggalkan bukti yang kita dah datang.
Atau kepada kawan rapat,
Kita tinggalkan bukti yang kita dah baca entry terbaru dia.

Tapi kepada blogwalkers,
Mereka cari STRICTLY shoutbox kita ajer.
Datang, skrol atas bawah,
tulis dalam kotak, SHOUT!

Kena tulis ayat power
Atau ayat yang kiutmiut
Baru orang nak datang..
Tapi kalau takde idea nak tulis apa,
Kat shoutbox dia.

Lawak giler!

Sunday, February 13, 2011

Lu apahal? Nak Gado?



Lu apa hal daring-daring wa satu macam? 
Buntang-buntang mata cam sial, sekali wa lempang, kang!
Nak GADO?
hah?!

NAK GADOGADO?
Nahh...Tempe yang tak tahan tuuu
Nak lagi? Nah! Kau..
sedap?

Thursday, February 3, 2011

Bored yet?


Bored yet?


Aku taburkan peluru
Kemudian ku berselindung di balik batu...
...dan aku terus menunggu...
..dan menunggu..
...dan menunggu...




last-last...
(ada gak terpikir)


semua gambar di curi dari google

Saturday, January 29, 2011

Hellioz buat blog baru?

Aku dapat ni melalui email.
Aku sungguh terperanjat.
Hellioz dah bertaubat?
Siap buat contest lagi!


Thursday, January 27, 2011

Komen kepada: Schizophrenia Dan Saya (by akuskizo)


Entry pasal pengakuan seorang skizo terhadap bekas awek-aweknya: Nami the Cob Nobbler. Tukang Komen tak minat lagi dengan dia tapi sebab si akuskizo beria-ria nak contribute, dan Tukang Komen pun tengah pening sebab sedang menyiapkan siri terbaru untuk adrberani, so, ini entry sumbangan dari akuskizo. Dah. Tukang komen nak tido...



xxxxxxxxxxxxxxxxxx
    
Komen kepada: Schizophrenia Dan Saya (by akuskizo)

{Baca dulu kat sini}


Antara benda yang menarik pada aku:

"Kalau siapa cakap ada schizo tu cool aku tapek kepala dia - takpun ketuk dia dengan batu lesung"

"Setiap schizophrenic person ada dia punya Ubermench dia.Ubermench ni adalah satu sifat “above human” yang kau wish kau jadi.I have a lot of Ubermench"


“Kenapa kamu pukul kawan-kawan kamu ni?”
“Hah?Saya?Bukan saya.Saya tak pukul dorang”


"So - being a schizophrenic - life is tough.Kau tak tau kau hidup dalam alam realiti atau sebenarnya dunia yang kau cipta untuk Ubermench kau.Pada akhirnya kau lost control dengan Ubermench kau sendiri sebab he’s god-like ability yang gila babi tapi kau sendiri weak"


Korang boleh tengok dan boleh beza sendiri bila aku ada bersama dengan Ubermench aku dengan takde.Bila takde tulisan macam tahik.Bila ada - aku pun tak pernah terfikir benda ni bila aku baca - “Oh shit do I write these stuff?”

Kesan dari jadi schizophrenia ni,orang akan anggap kau ni cerita auta.”Kata boleh buat tapi ni apasal jammed je?”.Orang akan berharapan tinggi akhirnya jadi hancur sebab my Ubermench is left and let me alone.Lagi satu kau akan merasa moral down sebab kau akan sentiasa dibayangi dengan Ubermench kau sendiri.Imej hebat yang kau memang takkan boleh lawan.


Siapa cakap ada schizophrenia ni cool sila pukul diri sendiri macam Edward Norton dalam cerita Fight Club."




Hello Nami,

First of all, aku tertarik dengan komen Ez Puella Sapiens. Hehehe. She's protecting you from the likes of me. Hehe. Since she said it very well in here, and the climate is still a little bit moodish, I might as well let MY ubermench take over for a while...


......

I'm an avid follower to one of your uber-what-ever, so I guess, I might as well knock this little kid's head if you're saying that you'll tepek a person's head if he said schizophrenia is cool. You see, this little kid wanna be an engineer. He wants to be like me.

And being an engineer ain't cool, i tell you that, my friend. And I conclude that from my 8 years as a semiconductor process fucking engineer in a high volume, high complexity shopfloor, who survived thru 3 economic downturns, qualify me to talk like a cock. Hell, I know all about there is to know about semiconductor process from diebond to test and from market trends to manufacturability. And well-versed in the language of process improvement strategies and cost reduction tactics.

But the schizophrenic thing about me being an engineer is ain't about my ordeals with machine or data manipulation. My ubermench usually took over when it involves interaction with human like technicians, akak operators or the damn self-righteous managers. During that times, I'd say funny things or utter unrelated informations about the thing discussed. Only recently I use violence. Violence helps me to sleep at night. You see Nami, I agree with your ubermench that if they are trigerring our so called 'self-defense mechanism', we might as well win the battle, right?

Now, this little kid think that being a process engineer is cool. He thinks that working like CSI investigators and gets to play around with oscilloscopes and Xray machines everyday, looking for clues to who screwed-the-diebonders-up last night is interesting and fun.

I agree with you. Lets kick those damn bastards. We start with this little kid. Little punk wannabes. They sure don't know what the heck they're talking about, do they?


ggg

Truly,
Akuskizo

Monday, January 24, 2011

Komen kepada: fluffymath


Blog ni rilek. Tapi entry dia too tight dan too deep. Maklumlah, orang ambik master (ke pHd?). Dahlah aku saiko baca sarkasis tadi. Ni lagi la saiko baca Kak Zafira ni punya luahan hati.

Ramai betul orang sunyi kat Malaysia ni...

Ayat gempak. Tang fotografi jer masih perlukan kefotojer-nik-an

Komen kepada: Blog kadangkadang aku senyum




Ni satu lagi budak saiko. Entry pendek-pendek tapi menyentap perasaan. Hilang pertimbangan aku dibuatnya. Dari entrynya, nampak gaya macam budak nasa ni mahir tentang dunia blogging sebab dia dah reblog kat tumblr.


Jap-jap. Aku nak picit kepala aku yang berdenyut ni...


Weii...Amender ni saiko-saiko jer blog hari isnin ni wei?
Takleh ke korang isik hati tu dengan bunga-bungaan?

Ke, aku yang tak betul ni? Ah. Cukuplah untuk hari ini.
Aku nak layan blog lawak pulak...

Ada sesapa tau blog lawak tak?

Friday, January 21, 2011

komen kepada: Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Aku tak?


Entry asal:

...Kalau ada pakcik dan makcik yang menghalang korang kahwin maka show offlah kebijaksanaan korang dengan ayat ni:

Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

Dan ini..

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Sekian sekali lagi..

Baca lagi tusukan hati si penusuk hati


Salam Si Menusuk Hati,

Sinopsis yang bagus. Sebagai perbincangan, anggaplah saya ini seorang otai yang macam bagus yang suka membuli budakbudak sebagai hobi masa lapang saya. Jangan marah. Ni sekadar gurauan ajer... Here goes:


1. Gaji yang agak mengizinkan.

Ramai yang ingat keperluan utama berkahwin ialah ada kerja tetap. Pada pendapat aku, selain ada kerja tetap, seorang bakal suami atau bapa juga kena ada PR skil pinjam duit dari orang, kebijaksanaan dalam pengurusan wang dan perancangan kewangan untuk keluarga. Sebabnya, anda boleh rujuk AKPK sendiri.

2. Kalau mati,barulah nabi saw mengaku sebahagian daripada golongan dia.

Kalau tak kawin pun, Baginda SAW akan kenal juga ummatnya melalui kesan wudhu di tangan dan wajah mereka...

3. Malas nak masak tetapi malas juga nak makan kat kedai.

Kau kena berubah. Bila dah jadi suami atau bapa, sifat pemalas adalah paling tidak digalakkan. Jangan ingat bila dah kawin si suami boleh lepak-lepak depan TV lepas makan. Pergi tolong bini tu basuh pinggan. Dan setiap malam sebelum tidur, bincang dengan orang rumah dulu plan breakfast dan lunch esok camana. Nak kena pegi pasar ke, susu habis ke. Lama-lama, kau pulak yang paling rajin nak mengeluarkan diri ke kedai beli something.

4. Pintu rezeki lebih terbuka..Apa maksudnya ni?Aku akan naik pangkat ke?

Naik pangkat tu hanyalah kemungkinan. Tapi memandangkan suasana ekonomi akhir zaman yang volatile dan unpredictable, aku rasa kau akan buat side income dengan buat bisnes kecik jual keronsang atau tudung. Tak pun kau join MLM jual habbatus sauda-related products. Ramai jugak yang diberentikan kerja seraya mendapat anak pertama...


5. Sering berniat untuk membuka laman sesawang penuh kedurjanaan.

Baguslah ada keinsafan. Kau dah tengok gambar Fasha Sandha berbikini yang terbaru? Angle dari atas yang baek punyer...

6. Pahala berganda...Barulah konfiden jadi imam..

Tak tentu gak bai. Nak jadi imam kena betul bacaan Al Fatihah. Kau kompem ke bacaan kau paling betul antara semua yang nak bersolat tu? Yang paling sesuai jadi imam ialah yang paling takut nak jadi imam. Itulah dia imam yang sebenarnya.

7. Aku tak perlu ke masjid,lorong-lorong,rumah anak yatim untuk bersedekah..sedekah lepas nikah ni,jam 3 pagi pun boleh buat.Hihi!

Ni betul. Hehehe. Tapi itu bukanlah alasan untuk mengurangkan amalan bersedekah yang telah diistiqomahkan. Semoga kita semua semakin banyak lagi bersedekah secara amali, bukan sekaar mendapat fadhilat ajer...Dan memperhebatkan lagi berulang alik ke masjid untuk solat fardhu. Hehehe

8. Aku tengok banyak sangat gadis lawa tetapi seksi sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan tertentu dekat shopping complex,pasar ikan, ...

Apa kau ingat, keja bini ni tunggu kau balik rumah dan bersedia untuk ditaram oleh kau jer ke? Bila dah horny dek sesapa ntah yang kau tengok kat luar sana, kau boleh lempiaskan kat bini? Hek, kau?

Orang yang dah berkahwin patutnya lagi tak bernafsu nak tengok yang bukan hak dia. Sebab dia dah sedar, yang dia tak mahu orang lain memandang bini atau anak beranaknya juga sebegitu.

Tambahan pula, jika kita main dengan bini akibat horny yang bukan dari bini kita, dan jika dapat anak hasil darinya, anak tu perangai cam tak elok sikit. Aku tak pasti lak ada ayat ke hapa, tapi aku pikir dari lojik human sense pun, cam ada betul gak tu...


9. Aku teringin untuk menambahkan jumlah umat islam di muka bumi ni..

Niat yang bagus. Disamping menyuruh mereka kenal dan taat pada Allah, jangan lupa juga suruh mereka mendaftar sebagai pengundi. Orang Melayu sekarang ni cerdik pandai. Kelebihan bumiputera ndak, tapi mengundi tak nak.

Dan janganlah harap anak-anak ni akan mengkapankan, atau mendoakan atau membayar hutang piutang kita. Amender punya abi la, lu. Sebagai bapak kita patutnya menyediakan segala bekalan yang perlu agar anak kita tu tak perlu susah payah nak pikir pasal duit masa hidupnya. Barulah kepala hotak dia kita boleh isik dengan Allah-Allah-Allah dan Muhammad ajer. Dan kalau boleh, si bapak banyakkanlah amalan agar boleh tampung 7 keturunan contohnya. Barulah  betul khalifah. Ni nak tinggalkan hutang pulak. Lu kena pergi jumpa AKPK ni bro. Dah dua kali wa ulang, ni...

10. Sebab Allah suruh

Ini sepatutnya yang pertama tama sekali. Tapi, camana kita nak tau yang suruhan itu sudah menghampiri expiry datenya?

Bila hati dah rasa berdebar-debar dan dah takleh pikir benda lain selain kena kahwin...Itulah serunya...

Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...